Pagi yang indah dimulakan dengan senyuman dan coffee!
Qash hanya tersenyum membaca pesanan itu. Dari siapa lagi kalau bukan dari abang Miq yang disayangi sangat tu. Sudah sebulan berlalu. Miquel pun sudah pulang ke New York. Qash pula di Malaysia menyelesaikan apa yang patut sebelum dia pergi ke Paris. Keputusan yang dibuat tanpa pengetahuan sesiapa, akhirnya sudah terbongkar. Keluarganya sudah tahu dia akan berangkat ke Paris dalam beberapa minggu lagi. Pada mulanya dia dimarahi oleh daddy dan mummynya kerana membuat keputusan tanpa berbincang. Tetapi akhirnya, daddy dan mummynya faham dan memberi izin. Adik adiknya pula? Like usual, Nadyne sudah merajuk dengannya. Arfan tidak lagi, dia sudah matang dan faham. Oh, pasal Iris tu? Jom kita flashback.
Pada pagi itu, semua berkumpul di meja makan untuk sarapan pagi ofcourse. Semua bergelak tawa dan senyuman tidak lekang. Tetapi berbeza pula dengan Qash, dia hanya diam sambil menikmati sarapan pagi. Andre yang perasan perubahan anak sulungnya itu terus bertanya.
"Qash, are you okay?" terus meja makan itu senyap. Qash mengangkat mukanya.
"O..okay, kenapa daddy tanya?"
"Nothing, just pelik. Selalu Qash bising. Ni senyap je"
"Erm, Qash penat sikit daddy"
"Penat atau sebab perempuan semalam tu?" soal Raisya.
"Raisya"
"What? Salah ke I nak tahu?"
"Of course. You asked him in public" bisik Andre sambil melihat kearah adik adiknya dan adik adik Raisya. Qash pula mengenggam tangannya dibawah meja. Isu Iris ni takkan tamat selagi dia tak cerita. Tetapi dia tidak mahu hal ini dibesarkan. Dan kalau boleh dia taknak pun sesiapa tahu. Dia juga pelik dimana mummynya jumpa gambarnya bersama Iris itu. Tanpa berfikir panjang, Qash terus berlalu dari meja makan itu. Biliknya dituju.
Qash meletakkan beberapa helai baju dan seluar ke dalam bagnya. Barang barang lain turut dimasukkan. Setelah selesai mengemas, dia terus menuju ke pintu utama rumah agam Andre itu.
"Kau nak pergi mana Qash?" soal Ikhwan yang baru masuk kedalam rumah itu. Miquel turut berada disebelahnya.
"Where are you going Uqayl?" soal Miquel.
"Tenangkan fikiran" jawab Qash sebelum dia membuka almari kasut.
"Tenangkan fikiran atau kau nak lari dari masalah?"
"Apa kau merepek ni Wan?"
"Qash, kau pernah cakap dekat aku haritu, there's no secret between us right? Tapi sekarang siapa yang berahsia?"
"Aku bukan nak rahsiakan hal ni dari kau. Aku buat ni ada sebab. Aku taknak ingat dia, sebab tu aku tak cerita. Aku dah move on, aku dah lupakan dia" kata Qash. Miquel hanya diam.
"Aku faham. At least kau cuba la selesaikan hal ni. Jangan lari dari masalah Qash. Keadaan tak berubah pun kalau kau lari. Nanti kau balik, mummy akan tanya jugak"
"Tak kisahlah, tapi kalini, aku betul betul kena tenangkan fikiran aku. Aku serabut gila. Sorry abang Miq, I cant" Miquel hanya mengangguk kecil lalu dia menepuk bahu Qash perlahan.
"Pergilah Uqayl. Tenangkan diri dulu. Apa apa call abang okey" Qash mengangguk kecil sebelum keluar dari rumah agam itu.
End flashback
So yeah. Lepas dia balik semula kerumah agam itu, tiada sesiapa berani tanya tentang hal itu.
Qash bangun dari baringnya. Pintu balkoni dibuka. Angin pagi yang nyaman membuatkan Qash berasa sangat indah. Dia berlalu ke bilik mandi pula untuk membersihkan diri. Dia perlu ke office daddynya harini.
Setelah siap membersihkan diri, Qash mengambil kemeja berwarna mustard dan jeans biru cerah yang koyak dilutut. Lalu dipakai. Jam tangan dipakai. Perfume Sauvage Dior dispray seluruh badan.
Setelah puas membelek dirinya dicermin, Qash mengambil beg galasnya lalu keluar dari biliknya. Memandangkan harini dia agak malas, dia menggunakan lift untuk turun ke tingkat bawah.
"Goodmorning son. Come breakfast first" ajak Andre. Qash mendekati Andre.
"Goodmorning daddy. Qash breakfast dekat luar harini. Dah janji dengan Wan" Andre memandang pakaian Qash.
"Are you sure nak pergi office pakai seluar koyak?"
"Kenapa? Tak boleh ke?" Qash mula memandang pakaiannya.
"Office kut Qash"
"Daddy, selama ni okay je Qash pakai macam ni"
"Qash pakai macam ni pergi mall, bukannya pergi office"
"Ala daddy, bukan selalu pun. I got to go. Jumpa dekat office nanti. Bye" Andre hanya menggeleng.
"Qash taknak breakfast dulu ke?"
"Dah janji nak breakfast dengan Ikhwan katanya" Raisya mengangguk kecil.
•••
Starbucks,
"Kau dah kenapa pagi pagi ajak aku breakfast dekat sini?" soal Ikhwan pelik.
"Kenapa? Aku kacau tidur kau ey?" Ikhwan hanya tersenyum.
"Kau ingat aku asyik tidur je ke? Aku tanya sebab kau kan selalu breakfast dekat rumah, tu yang aku pelik"
"Saje. Bukan selalu breakfast dekat luar" kata Qash sebelum dia menghirup hot latte.
"Kau nak ikut aku pergi office tak?" soal Qash.
"Tak boleh kut, sebab ada sikit lagi barang aku nak kemas" jawab Ikhwan bersalah.
"Ouh yes! Lusa kau dah nak masuk university. Take care tau"
"Ye, Qash. Tapi sorry tau, aku tak boleh hantar kau nanti dekat airport sebab aku dah start kelas"
"Takpelah Ikhwan. Orang lain boleh hantar aku"
"Bersalah lah bro. Kau hantar aku, tapi aku tak boleh hantar kau"
"Rayyan Ikhwan, hantar airport je pun. Lagipun kau belajar dekat KL ni jugak bukannya jauh pun" for the first time, nama penuh Ikhwan dibongkarkan.
"Hm, ye lah. Dah kau cakap nak balik office tadi. Nanti lambat pulak"
"Hehehe, lupa pulak. Okay lah aku pergi dulu" Qash terus bangun dari duduk. Laju dia berlalu pergi dari starbucks.
Bersambung....
YOU ARE READING
Suratan Takdir
RandomDilahirkan sebagai anak sulung didalam keluarga yang kaya, bukan lah mudah seperti yang orang sangka kan. Berbagai ujian yang menimpanya tetapi dia tetap sabar dan terus berjalan mencari kekuatan. •••••• "Not all man who is nice to you is flirting w...