"You ni dah kenapa? Apa yang hebat sangat si Alisa tu sampai nak tampar anak sendiri? Alisa yang sepatutnya ditampar, bukan Qash!"
"Alisa terusap, bukannya dia sengaja! Tapi anak you tu, pergi tengkingnya si Alisa. Habis menangis budak tu" kata Raisya dan berlalu ke biliknya. Andre mengeluh kecil. Dia turun ke dapur dan mengambil kotak first aid kit. Dia perasaan, bibir Qash sudah luka akibat tamparan Raisya tadi. Pipinya pun sudah merah. Walaupun Andre mahu anaknya berdikari dan kuat menghadapi apa apa cabaran, tetapi bukan dengan cara macam ni.
•••
Aryyan keluar dari biliknya setelah mendengar seseorang menjerit. Bilik abangnya terus didekati. Pintu bilik yang sudah terbuka itu terus Aryyan masuk.
"Bro? Kau okay tak?" soal Aryyan.
"Riel! Tolong daddy" panggil Andre. Aryyan terus mendekati bilik mandi. Qash yang sudah terbaring di bawah pancutan air itu terus menjadi tumpuannya.
"Ya Allah abang! Kenapa ni daddy?"
"I don't know. Tolong daddy, ambilkan towel abang" Aryyan terus mengambil tuala Qash.
Perlahan lahan Andre membawa Qash ke katil. Qash sudah tidak sedarkan diri. Andre membalut Qash menggunakan comforter yang tebal itu.
"Daddy, baju abang basah. Kena tukar. Nanti demam"
"Oh yes. Daddy almost forget about it. Ambilkan baju" Aryyan terus menghulur tshirt. Andre terus menukar baju Qash. Semasa menukar, dia perasaan akan parut yang berada di bahu Qash.
'Parut ni, nampak macam baru lagi. Qash kena apa?' soalnya sendiri.
"Okay lah. Riel pergilah masuk tidur. Takpe abang ni, daddy uruskan"
"Sure?"
"Yep" Aryyan mengangguk kecil sebelum keluar dari bilik Qash.
•••
Perlahan lahan mata dibuka. Kepalanya yang berdenyut terus diurut. Tiba tiba dia terasa seperti ada benda yang melekat ditangannya. Terus matanya mengecil memandang benda itu. Iv drip? Mata terus melilau memandang sekeliling. Masih di biliknya. Qash terus mencabut Iv drip itu. Comforter diselak. Air mineral yang berada ditepi meja terus diteguk rakus. Pintu biliknya didekati dan dikunci. Dia tidak mahu diganggu.
Qash mendekati balkoni. Pintu balkoni terus dibuka. Udara segar dihirup sepuasnya. Tanpa sedar dia melepaskan keluhan. Tiba tiba iphonenya berbunyi. Qash terus menyeret butang hijau.
"Qash dah bangun? Pergi mandi, bagi segar. Lepastu turun makan okay"
"Daddy tak payah risaukan Qash la. Daddy pergi je office"
"Qash turun makan dulu, baru daddy pergi office"
"Qash masuk lewat sikit office"
"No. harini Qash cuti je. Tak payah masuk. Rehat dekat rumah" Andre sudah menahan tawa. Anaknya masih mamai.
"Okay" Qash terus memutuskan talian. Baru hendak masuk ke bilik mandi, iphonenya berbunyi lagi. Adam.
"Qash! Kitaorang dalam flight sekarang ni"
"Pergi mana?"
"Malaysia of course! Kitaorang datang nak jumpa kau!"
"Hah?!"
"Tak payah terkejut sangat. Lagi 1 jam kitaorang sampai. Kau boleh jemput kitaorang tak?"
"Bo...boleh nanti sampai call aku"
"Okay bro!" panggilan terus diputuskan.
•••
Qash keluar dari biliknya bersama beg galas dan beberapa helai baju kemeja yang sudah siap tergantung di hanger. Satu persatu tangga dituruni. Sampai ke tangga akhir, Andre menegurnya.
"Where are you going Qash?" Qash terus memandang Andre.
"You kidding me daddy? Daddy tak pergi kerja semata mata nak tunggu Qash turun?"
"Qash dah lupa ingatan ke? Lepas duduk bawah air semalam terus lupa harini hari apa?" Qash terus melihat iphonenya. Saturday.
"Oh. Sorry" terus kakinya melangkah laju kearah pintu. Adik adik dan mummynya hanya dianggap seperti tidak wujud.
"Qash belum jawab lagi soalan daddy"
"Qash nak keluar dari rumah ni buat sementara waktu. Nak tenangkan fikiran. Kalau Qash rasa nak balik, Qash balik la. Daddy jangan risau, Qash still pergi office. We can meet at office. I got to go" Qash terus keluar dari rumah agam itu. Andre memandang Raisya.
"Pujuk sendiri. I tak terlibat dalam hal ni"
•••
Harry, Leo, Zac dan Adam melangkah keluar dari balai ketibaan. Kelibat Qash terus dicari.
"Kau sure ke dia dah sampai?" soal Harry.
"Sure. Aku dah call tadi. Kau ni, sabar la" jawab Adam. Seorang lelaki memakai tshirt putih, seluar slack hitam dan denim jacket mendekati mereka. Kaca mata hitam yang dipakai, dicabut dan digantung pada baju.
"Hey boys! Miss me?" soal Qash. Leo dan Zac terus memeluk Qash.
"Kau duaorang taknak peluk aku ke? Tak rindu aku?"
"Banyak mata memandang la bro. Kau tu famous tau. Nanti tak pasal pasal kitaorang masuk berita"
"Ah! Merepek la. Dah jom, korang mesti penat kan?"
"Kau nak bawak kitaorang pergi mana?" soal Adam.
"Balik kondo aku la"
"Kondo? Rumah family kau?"
"Erm...takboleh la. Aku... gaduh dengan mummy aku" Adam hanya mengangguk.
"Dah, jom lah. Nanti petang, jalan jam pulak" Qash baru hendak melangkah tetapi soalan yang keluar dari mulut Harry membuatkan Qash kaku.
"You arguing with your mum because of us right?"
"Mana ada. Kenapa kau cakap macam tu?"
"Kalau kau tak gaduh pasal kitaorang, tak salah pun kau bawa balik kitaorang ke rumah kau kan?" teka Harry. Dia bukan nak sangat pergi rumah Qash. Tapi Qash ni suka berahsia, so kena push dia sampai la dia bagitahu. Qash hanya diam.
"Harry, enough. Kau tahu Qash tak suka orang lain masuk campur hal dia kan" kata Leo.
"Yep. Memang aku gaduh pasal korang. Tapi, tak besar pun. Lebih kepada perempuan sebenarnya. Dah la, aku malas nak cakap pasal ni. Korang mesti lapar kan? Jom aku belanja korang makan" ujar Qash sambil memeluk bahu Harry.
'Kau tak berubah Qash, suka pendam' kata Adam sendiri.
Bersambung....
YOU ARE READING
Suratan Takdir
RandomDilahirkan sebagai anak sulung didalam keluarga yang kaya, bukan lah mudah seperti yang orang sangka kan. Berbagai ujian yang menimpanya tetapi dia tetap sabar dan terus berjalan mencari kekuatan. •••••• "Not all man who is nice to you is flirting w...