4 tahun kemudian,
"Qash, jom la pergi hospital. Demam kau tak baik baik dari minggu lepas lagi tau. Makin teruk ada la. Bibir kau dah pucat sangat dah tu" pujuk Harry. Keadaan Qash makin teruk sejak minggu lepas. Sudah puas mereka berempat memujuk Qash untuk pergi ke hospital tetapi Qash taknak.
"Aku okay, aku boleh tahan lagi" ujar Qash perlahan.
"Aku dah bosan dengar alasan tu. Leo ambik phone Qash, aku nak call family dia" ugut Adam. Leo mengangguk kecil.
"Okay okay! Aku pergi hospital" ujar Qash. Mereka semua tersenyum kecil.
"Kalau aku tahu cara ni berkesan, dari 4 tahun lepas lagi aku buat" celah Harry.
•••
Di hospital, Harry sedang menunggu Qash. Hanya Harry yang teman, kerana yang lain sibuk mengemas. Qash keluar dari bilik doktor itu dengan riak biasa.
"How?" soal Harry risau.
"Doktor ambik darah, lepastu esok kena datang lagi nak tahu result"
"Sorry, esok aku tak boleh teman kau"
"Takpe aku pergi sendiri, ambik result je pun"
"Tapi kau still demam Qash"
"Harry, kau ni risaukan aku sangat. Aku dah besar la, pandai la aku jaga diri aku"
"Dalam family kau memang lah kau dah besar. Tapi dalam geng kita, kau paling muda tau"
"Ada ada je, dah jom lah balik. Nanti diaorang risau pulak lambat balik" Harry mengeluh kecil lalu mengikut Qash yang sudah jauh dihadapan.
•••
Keesokan hari, Qash sudah siap untuk pergi ke hospital. Harry mendekati Qash.
"Jom?" Qash memandang Harry.
"Bukan kau tak boleh teman aku ke?"
"Aku ada dekat sini, means aku boleh teman kau la. Dah jom, nanti lambat pulak" Qash hanya mengikut.
Di hospital,
Sudah dua jam Harry menunggu diluar bilik doktor. Qash masih berada di dalam bilik itu. Sesekali dia bangun, tetapi kelibat Qash masih tidak muncul.
Ktak,
Harry terus memandang ke arah pintu bilik itu. Qash turut memandang ke arahnya. Harry perasan mata Qash yang sudah sembap.
"Qash nangis? Why?" Harry bermonolog. Harry bangun lalu mendekati Qash.
"Are you okay? Doktor tu cakap apa sampai mata kau sembap ni?" soal Harry risau. Qash memberi surat doktor itu kepada Harry sebelum dia duduk di kerusi. Dia mengelap air mata yang masih ingin mengalir lalu menghela nafas berat. Harry memandang Qash risau.
"I have been diagnosed with kidney cancer stage 1" ujar Qash. Harry terus menutup mulutnya menggunakan tangan kanan. Dia memandang Qash yang berada di tepinya.
"Harry, aku harap takde sesiapa tahu hal ni. Aku taknak bebankan sesiapa" rayu Qash.
"Apa kau cakap ni Qash, kitaorang ada. Kenapa kau nak rahsiakan? Hal ni tak bebankan sesiapa la" ujar Harry.
"Ni kanser tau Harry, bukan demam. KANSER"
"Ye aku tahu Qash, tapi kau boleh lawan. Kau boleh buat kimo, baru stage 1 kan?"
"Taknak. Nanti kalau aku buat, badan aku jadi lemah. Aku tak sepatutnya datang hospital semalam" ujar Qash sayu.
"No Qash. Kau kena buat ni. Aku ada, aku akan teman kau"
YOU ARE READING
Suratan Takdir
RandomDilahirkan sebagai anak sulung didalam keluarga yang kaya, bukan lah mudah seperti yang orang sangka kan. Berbagai ujian yang menimpanya tetapi dia tetap sabar dan terus berjalan mencari kekuatan. •••••• "Not all man who is nice to you is flirting w...