Rumah Aidan,
"Hey tell me, macam mana korang boleh sampai sini?" soal Aidan pelik. Ye la siapa je tak pelik, tiba tiba anak buah ramai ramai datang depan rumah.
"Adriel answer me"
"Abang, abang yang suruh uncle teksi tu bawa kami datang sini" jawab Aryyan perlahan.
"Why? Mana abang? Ah mummy and daddy tahu tak korang datang sini?" soalnya lagi.
"Mummy and daddy pergi outstation. Kitaorang kena culik then abang datang selamatkan, dia suruh kitaorang naik teksi tu"
"What?! Culik? Macam mana boleh kena culik? Kawalan ketatkan dekat rumah"
"Adriel tak tahuuu"
"Ok, so mana abang?" kelibat anak buah sulungnya dicari.
"Masa abang selamatkan kitaorang, penculik tu ambil abang. Kitaorang nak selamatkan abang, tapi abang suruh pergi"
"You not kidding me right? Benda ni tak boleh main main tau Adriel"
"Adriel tak main main papa" Aidan bangun dari situ. Nombor abangnya didail banyak kali. Banyak kali jugak la dia mencarut menggunakan bahasa itali akibat abangnya itu tidak menjawab panggilan.
"Erina! Erina!" Aidan memanggil pembantu rumahnya.
"Ye tuan"
"Tolong tengokkan anak anak buah aku ni, jangan biar diaorang keluar dari rumah ni. Kalau apa apa jadi pada diaorang, kau aku cari" ujar Aidan kasar.
"Baik tuan" erina mengajak anak anak buah Aidan naik ke bilik untuk berehat. Aidan pula masih cuba sedaya upaya untuk menghubungi abangnya itu tetapi masih tidak berjaya. Akhirnya dia memanggil anak anak buahnya berkumpul di bilik bawah tanah yang berada di rumahnya itu.
•••••••
"Aidan ni dah kenapa call banyak kali. Qash pun" ujar Andre sendiri.
"Kenapa sayang, berkerut je muka tu?" soal Raisya.
"Aidan dan Qash ni ha"
"Kenapa dengan diaorang?"
"Diaorang call I banyak kali,tadi I off phone so tak sedar la"
"Emergency kot, cuba you call balik" cadang Raisya. Andre mengangguk kecil sebelum mendail kembali nombor Aidan.
••••••
"Korang berpecah, cari anak buah aku dekat gudang ni. Kalau takde aku nak kauorang cari area berdekatan. Apa apa inform aku balik" Aidan memberi arahan. Pencarian kali ini agak sukar kerana dia tidak tahu bagaimana rupa penculik itu, siapa dia dan motif dia menculik Qash. Nasib lah Qash tinggalkan alamat gudang itu. Sedang dia berfikir, telefonnya berbunyi kuat minta di angkat.
"Hello Aidan! Kenapa kau call aku?"
"Kau memang nak bagi anak kau mati dulu ke baru nak jawab call?" soal Aidan dingin. Bukan apa Qash tu anak buah kesayangannya.
"Ey, relax la bro. kenapa ni? Cuba bagitahu aku"
"Anak kau kena culik lah bodoh!" marah Aidan.
"Whattttt???!!! Siapa yang kena culik?"
"Uqayl. Sekarang ni aku dah suruh anak anak buah aku pergi cari, kalau tak jumpa jugak aku tak tahu la nak buat macam mana. Sebab aku tak tahu rupa penculik tu macam mana and siapa dia"
"Okay macam ni, aku balik sekarang jugak. Kau tolong jaga anak anak aku yang lain dulu sementara aku balik" pesan Andre. Aidan memutuskan talian. Dia keluar dari bilik bawah tanah itu.
"Adriel! Meh sini jap" Aryyan yang berada di atas terus turun ke bawah.
"Kenapa papa?" soal Aryyan.
"Erina kau jaga yang lain, aku bawa aryyan sekali dengan aku. Jangan leka, jaga diaorang betul betul"
"Baik tuan" Aidan mendukung Aryyan pergi dari situ.
••••
Di dalam kereta,"Papa nak tanya satu soalan boleh?" soal Aidan. Aryyan mengangguk kecil.
"Boleh Adriel bagitahu macam mana rupa penculik tu? Adriel kenal dia?"
"Dia perempuan, Adriel tak kenal dia. Tapi muka dia familiar"
"Familiar? Maksud Adriel, Adriel pernah jumpa dia la?" soal Aidan lagi.
"Adriel tak ingat, tapi Adriel rasa Adriel pernah jumpa dia" jawab Aryyan.
"Okay, Adriel pandai lukis right? Balik nanti Adriel lukiskan muka dia boleh?" Aryyan menangguk kecil.
•••••
Di sesuatu tempat yang tidak diketahui,Qash perlahan lahan membuka matanya, kepalanya berasa pening hingga membuatkan dia tidak larat untuk bangun. Sekeliling dipandang sebelum matanya terhenti pada perempuan yang menculik dia. Perempuan itu sedang tersenyum memandang kearahnya. Qash menghiraukan pandangan itu lalu matanya tertancap pada makanan yang berada didepannya.
"Makan lah, aku taknak kau mati sebelum bapak kau sampai. Kalau boleh, aku nak bunuh kau depan mata dia. Aku nak bagi dia rasa macam mana sakitnya hati aku. Dia boleh hidup bahagia sedangkan hidup aku dan anak aku merana. Tapi aku tak rasa bapak kau akan lepaskan aku setelah apa yang aku buat. Tapi takpe, bapak kau nak bunuh aku bunuh la. Tapi aku akan pastikan kau jugak ikut aku" ayat terakhir dibisik perlahan oleh perempuan itu ditelinga Qash. Membuatkan air mata Qash mengalir. Perempuan itu keluar dari tempat kurungan Qash. Kini tinggallah qash seorang diri.
"Daddy, where are you?" rintih Qash sendiri.
••••••••
Sampai sahaja di Malaysia, Andre terus menuju ke rumah Aidan.
"Aidan!" Andre menjerit nama Aidan sebelum Aidan keluar bersama anak anaknya.
"Anak daddy okay?" soalnya. Semua mengangguk kecil.
"They not touch any of you right?" soal Raisya risau. Mereka menggeleng kecil.
"Qash macam mana, Aidan? Ada info tak?" Aidan mengeluh kecil.
"No, kitaorang tak dapat kesan pun location dia sekarang. Macam apa yang aku bagitahu, kita tak tahu siapa dia. Adriel ada lukis gambar penculik tu. Tapi aku tak kenal. Maybe kau kenal" sekeping kertas diberikan. Berkerut kening Andre saat melihat gambar perempuan yang dilukis oleh Aryyan.
"Shakira?"
"Kau kenal?" soal Aidan. Andre mengangguk.
"Honey, you dengan anak anak duduk dekat sini dulu. Biar I settlekan semua ni" pesan Andre. Raisya hanya mengangguk.
"Come Aidan, aku tahu info perempuan ni"
Bersambung.....
ignore my typo guys... sorry😩
YOU ARE READING
Suratan Takdir
RandomDilahirkan sebagai anak sulung didalam keluarga yang kaya, bukan lah mudah seperti yang orang sangka kan. Berbagai ujian yang menimpanya tetapi dia tetap sabar dan terus berjalan mencari kekuatan. •••••• "Not all man who is nice to you is flirting w...