Bab 50

227 18 2
                                    

Qash merebahkan badannya ke atas katil selepas seharian suntuk menemani Nadyne bersiar siar disekitar bandar Kuala Lumpur. Qash dan Hani masih berada di rumah agam. Dia mahu tinggal di KL tetapi sesekali dia akan pergi ke Johor untuk melihat keadaan syarikatnya.

"Qash, esok kita pergi hospital ye?" ajak Hani.

"Saya okay dear"

"No no, Qash dah janji dengan Hani kan"

"Tapi..."

"Takde tapi tapi. Qash nak ke dengar si Ikhwan tu duk ceramah satu hari? Hani tak sanggup tau"

"Dear please"

"Kenapa degil sangat ni hurm?"

"Qash tak suka bau hospitallll"

"Takde takde, alasan tak diterima. Esok kita pergi"

"Okay laa, sekarang dear pula ye jadi the king of paksaan"

"Not King but Queen"

"Eee, mengada tau!" ujar Qash sebelum mereka berdua ketawa.

•••

"Ha, sampai pun. Ingatkan taknak datang dah"

"You ingat senang ke nak pujuk dia ni?"

"Kau ni Qash, cakap nak sembuh. Ni nasihat doktor pun taknak dengar, apa nak jadi?"

"Korang bincanglah dulu. Qash, Hani nak pergi toilet kejap tau"

"Okay, hati hati dear" Hani mengangguk sebelum keluar.

"Macam mana keadaan kau hari ni?" soal Ikhwan.

"Aku okay je, takde rasa sakit apa apa pun. Aku sihat macam biasa je" jawab Qash.

"Kau boleh tipu Hani, tipu family kau. Tapi bukan aku Qash" Qash mengeluh kecil.

"Wan, aku tak tahu apa lagi function aku datang hospital. Haritu doktor aku sendiri cakap, peluang untuk aku hidup dah betul betul tipis. Kau pulak suruh aku buat operation. Aku masih ada peluang ke?"

"Kau ni, sekarang peluang lagi kan? Kau tak kesiankan bini kau ke? kau cakap nak bahagiakan dia. Kalau kau dah give up macam ni, macam mana kau nak happy kan bini kau?"

"Aku takut wan, takut kalau operation tu tak berjalan dengan lancar. Isteri aku tunggu dekat luar berharap aku hidup, last last mayat aku yang diaorang bawa keluar. Kau dapat rasa tu kan Wan?"

"Qash, kalau kita tak cuba kita tak tahu. Habistu kau taknak buat operation?"

"Aku tak tahu. Aku nak luangkan masa lagi dengan Hani, tapi aku tak larat nak buat semua tu. Dalam masa yang sama aku nak buat operation tapi aku takut kalau operation tu tak berjaya" Ikhwan mengeluh kecil.

"Kau still taknak bagitahu family kau?"

"Diaorang baru happy, aku taknak kecewakan diaorang lagi dan aku tak suka nanti diaorang sebak bila tengok aku" ujar Qash sambil tersenyum.

"Sampai bila Qash?"

"Diaorang tak perlu tahu kut"

"Qash, diaorang family kau tau"

"Aku tahu Wan, tapi aku taknak tengok diaorang sedih. Cukuplah dengan kematian mengejut grandma"

"Tapi Qash, bukan ke lagi sakit bila diaorang dapat tahu bila kau dah takde?"

"Sekurang kurangnya diaorang boleh move on nanti kan? Lebih mudah sebab aku dah takde depan mata diaorang"

"Qash"

"Aku taknak mummy dan daddy derita lagi sebab aku. Diaorang dah buat macam macam untuk aku. Dari aku kecik tau aku asyik susahkan diaorang, aku dah boleh berdikari"

"Tapi Qash, diaorang berhak tahu"

"Keputusan aku muktamad Wan. Rahsiakan. Aku taknak diaorang tahu. Kalau diaorang tahu pun, diaorang akan tahu sendiri"

"Suka hati kau la Qash, aku nasihat macam macam pun bukannya kau terima. So operation?"

"Bagi aku masa sikit lagi. Aku nak tinggalkan kenangan banyak banyak dekat Hani. Lepastu aku akan serah diri"

"Jangan lama sangat Qash, makin lambat makin tinggi risiko. Kau pun tahu kan?" Qash mengangguk.

Klakk,

"Dah siap?"

"Dah, dear pergi mana lama sangat?"

"Tadi masa Hani keluar dari toilet tu, ada gerai buah dekat luar. So Hani pergi beli kejap. Qash nak?"

"Taknak la, Qash kenyang lagi" Hani mengangguk.

"Okay la wan, kalau takde apa apa lagi. Aku balik dulu la. Nak bawak Hani jalan jalan" ikhwan mengangguk kecil.

"Ubat jangan lupa makan" Qash senyum lalu dia keluar bersama Hani.

•••

Setelah puas bershopping(😂), Qash dan Hani pulang ke rumah agam. Itupun lepas Hani paksa ajak balik. Tahu je la Qash ni kalau pergi shopping, susah betul nak stop. Bibir pun dah pucat. Qash terus masuk ke bilik. Dia berbaring di atas katil.

"Hani mandi la dulu. Qash nak baring jap" hani risau memandang keadaan Qash. Dia tahu, Qash sorokkan kesakitan dia tu. Hani masuk ke dalam bathroom, cepat cepat dia membersihkan diri. Setelah siap, dia keluar dari bathroom. Qash yang sudah lena tidur itu Hani perhati.

"Qash, bangun. Mandi dulu, baru tidur. Qash" Qash perlahan lahan membuka matanya sebelum dia merengus sakit. Hani panik. Ubat Qash di dalam laci terus diambil. Ubat itu disua ke mulut Qash lalu air mineral diberi. Tiba tiba pintu biliknya diketuk.

"Qash tidur, biar Hani tengok" Hani bangun lalu mendekati pintu bilik. Ammar dimuka pintu.

"Akak, mummy suruh turun dinner" ujar Ammar.

"Ala, kitaorang dah makan sebelum balik. Lagipun abang awak dah tidur. Penat sangat shopping" tipu Hani.

"Ouh, takpe la kalau macam tu. Goodnight akak" ujar Ammar sebelum beredar dari situ. Hani terus menutup pintu. Qash didekati.

"Qash okay? Sakit lagi tak?"

"Okay, jangan risau la" jawab Qash perlahan sebelum dia bangun dan masuk ke bathroom. Hani menghela nafas lega.


Bersambung...

Suratan TakdirWhere stories live. Discover now