Satu bulan kemudian,
Qash balik ke rumah agam setelah mendapat panggilan daripada Andre.
Flashback on
Qash sedang berehat dikondonya. Tiba tiba iphonenya berbunyi. Butang hijau diseret.
"Hello?" ujar Qash.
"Qash, dah balik minggu lepas right? Minggu depan balik rumah daddy, dah new year. So you know why right?" soal Andre. Qash mengeluh kecil sebelum dia menutup panggilan itu.
Flashback end
Yeah, dah tiba masa untuk penyerahan jawatan mafia tu. Kali ni, dah tak boleh tangguh lagi. Sebab sepatutnya penyerahan ni dilakukan apabila dia mencecah 18 tahun. Tapi Qash minta untuk ditangguh sehingga la hari ni. Sudah 7 tahun dia menangguh, dan kini harinya tiba. Dengan muka dingin dia melangkah masuk. Riuh rendah di rumah agam itu langsung tidak diambil tahu. Rumah agam itu penuh dengan anak buah Andre. Grandpa dan grandmanya juga ada. Qash terus naik ke biliknya. Katil yang empuk terus dia baring.
"Huhh, good to be back(?). But its not a good idea too!" ujar Qash sendiri sebelum dia masuk ke dalam bathroom untuk membersihkan diri.
•••
Pada malam itu, mereka semua berkumpul di dewan rumah agam Andre. Qash masih dengan muka tiada moodnya. Dewan itu mula senyap apabila ketua legendary mereka iaitu Agustin membuat ucapan. Habis ucapan itu, disambung pula dengan Andre.
"Thank you sebab sudi luangkan masa korang semua. Walaupun aku tahu korang busy, but you guys make it. Tanpa membuang masa, aku akan kenalkan anak lelaki sulung aku yang korang sememangnya dah kenal. Uqayl, come" panggil Andre. Qash mengeluh kecil sebelum naik. Dia membisik sesuatu kepada daddynya.
"Daddy, I can't do this" bisik Qash. Muka Andre terus berubah.
"But why? Uqayl dah sampai sejauh ni, and you said no?" soal Andre. Qash memandang orang ramai dihadapan. Mic dicapai.
"I'm truly sorry. I really really can't do this" Andre terus merampas mic.
"Sorry guys. Uqayl nervous ni. Why don't you guys makan dulu? Kejap lagi kita sambung" semua mengangguk sebelum berlalu ke tempat makan. Andre menarik Qash keluar dari dewan itu. Keluarga Andre turut mengikut.
"What's wrong with you Uqayl?! Perlu ke malukan daddy macam tu? Kalau taknak bagitahu awal awal!" marah Andre. Dia terus menarik Qash masuk ke dalam rumah agam itu. Akhirnya mereka bergaduh di ruang tamu.
"Qash dah banyak kali bagitahu daddy yang Qash taknak terlibat. Tapi apa daddy cakap? Fikir masak masak, masih ada banyak masa. End up daddy still paksa Qash" Raisya, Agustin, Ariana(grandma Qash), Aidan, Aiden dan adik adik Qash hanya memerhati. Mereka tidak boleh masuk campur apabila Andre tengah marah. Tak pasal pasal ada yang mati free je malam ni.
"Daddy cakap macam tu sebab daddy nak suruh Uqayl ambil alih jawatan tu! Bukan taknak ambik! That's why, bila Uqayl cakap taknak, daddy suruh fikir lagi dan lagi!"
"Qash faham. And tu lah jawapan Qash. Qash taknak!" ujar Qash sepenuh hati.
"What's wrong with you Qash Endra Uqayl? Mana Qash Endra Uqayl yang selalu dengar cakap daddy?" soal Andre.
"Sorry daddy. I can't" ujar Qash perlahan lalu memandang ke bawah.
"You know what? Selama ni, daddy letak harapan yang terlalu tinggi dekat Uqayl sampai daddy tak perasan yang harapan tu takkan jadi kenyataan pun. I think it's just not me. Aidan, Aiden and your grandpa too. Daddy latih Uqayl dari kecik, and look now. Apa yang daddy dapat sebagai balasan" ujar Andre sebelum mengeluh kecil.
YOU ARE READING
Suratan Takdir
RandomDilahirkan sebagai anak sulung didalam keluarga yang kaya, bukan lah mudah seperti yang orang sangka kan. Berbagai ujian yang menimpanya tetapi dia tetap sabar dan terus berjalan mencari kekuatan. •••••• "Not all man who is nice to you is flirting w...