Bab 32

169 10 0
                                    

Ikhwan mundar mandir diluar bilik kecemasan. Kejadian Qash ditembak tadi asyik bermain difikirannya.

"Ikhwan!" panggil Andre. Ikhwan terus berpaling kearah Andre.

"Qash macam mana?"

"Tak keluar lagi daddy" Andre mengeluh kecil.

"I'm sorry daddy, Ikhwan tak dapat nak selamatkan Qash. Ikhwan tak perasan pun siapa yang tembak. Semua ni jadi dalam sekelip mata" kata Ikhwan lalu dia tunduk ke lantai. Air mata terus mengalir ke pipi.

"Bukan salah Ikhwan. Benda dah nak jadi" Andre menepuk bahu Ikhwan.

"Mummy tahu?"

"Nope. Daddy tak bagitahu lagi. Lagipun mummy ada meeting penting so daddy taknak ganggu" ikhwan mengangguk.

"Aryyan and others?" Andre menggeleng.

Klak, pintu bilik kecemasan dibuka dari dalam. Terus Andre dan Ikhwan berdiri dan mendekati doktor lelaki itu.

"Keluarga Qash Endra?"

"Saya daddy dia. Macam mana keadaan dia doktor?"

"He's fine. Saya dah buang peluru yang terkena di lengan kirinya"

"Dalam ke luka tu?"

"Takde la dalam sangat, but still need rawatan yang rapi dan akan tinggalkan parut. Tapi encik jangan risau, parut tu boleh hilang dalam masa beberapa bulan. Keadaan Encik Qash pun dah stabil"

"Alhamdulillah. Boleh saya tengok dia?"

"Boleh, selepas dipindahkan ke wad ye" Andre hanya mengangguk.

•••

"Kenapa you tak call I ha? At least text pun dah okay. Ni anak I jugak tau" marah Raisya.

"Anak you? Bukan Alisa ke anak you?" perli Andre. Aryyan dan Ikhwan hanya menggeleng kecil.

"Yang you nak perli perli I kenapa? I tahu la salah I, tak payah la nak perli perli"

"I tak perli, you yang terasa"

"Mummy, daddy. Enough. Tak malu ke? Dah tua pun asyik nak gaduh je? Yan dah muak dengar daddy dan mummy gaduh" kata Aryyan selamba.

"Daddy takkan gaduh kalau mummy riel ni tak menyakitkan hati" kata Andre sebelum keluar dari bilik Qash. Aryyan mengeluh kecil.

"Mummy balik la dulu, biar yan dan wan jaga abang"

"Takpe la. Biar mummy jaga, mummy nak tebus balik kesalahan mummy"

"I know. Tapi mummy balik la dulu. Mandi and makan. Then datang la sini balik"

"Okay son. Tengokkan abang tau. Mummy balik sekejap" Aryyan mengangguk kecil. Dahi Qash dicium sebelum Raisya keluar dari bilik itu.

"Kau tak nampak ke siapa yang tembak Qash?" Ikhwan menggeleng.

"Maafkan aku, aku cuai"

"Bukan salah kau. Ni aku nak turun bawah kejap, kau nak kirim apa apa tak?"

"Taknak"

"Sure? Kau dah lunch belum?" Ikhwan hanya diam.

"Kau tengokkan abang kejap. Aku pergi beli makanan" Aryyan terus keluar dari bilik itu. Ikhwan mengeluh kecil sebelum dia membawa keluar iphonenya. Nombor Adam didail.

Tut tut

"Hello?"

"Qash kena tembak"

"What?!"

•••

"Ha okay" tut. Talian diputuskan.

"Why? Is everything okay?" soal Harry risau.

"Qash"

"Whats wrong with him?" soal Leo pula.

"Qash kena tembak"

"What?!" jerit Harry, Leo dan Zac.

"Wait, macam mana?"

"Ikhwan cakap, benda ni berlaku dalam sekelip mata. Dia pun tak sedar siapa yang tembak Qash"

"Macam mana keadaan dia sekarang?"

"Stabil tapi masih tak sedarkan diri"

"Dekat mana kena tembak?"

"Lengan kiri"

"Haih, nasib baik tak kena dekat luka dulu" mereka semua hanya mengangguk.

•••

Mata dibuka seluas yang mungkin, kemudian dia mengeluh perlahan.

"Hospital and hospital. Kau ni asyik sakit je" kutuk Qash sendiri. Qash berpaling kekanan. Andre yang sedang lena itu dipandang. Dan dia berpaling kekiri pula. Ikhwan dan Aryyan yang turut lena dipandang. Telefon bimbit Ikhwan yang berada diatas meja, Qash ambil.

3 pagi. Tiba tiba pintu biliknya dibuka dari luar. Qash terus buat buat tidur. Keluar sahaja orang itu, Qash bangun semula. Sejambak bunga yang diletak di atas meja itu diambil. Qash menyelak bunga itu sehingga terjumpa sekeping kertas kecil.

"Pedih tak kena tembak? Macam tu la pedihnya hati aku sejak 12 tahun lepas. At least bapak kau aka bapak aku jugak jaga kau. Aku ni? Terbiar. Oh, aku takkan kacau kau untuk beberapa tahun mungkin? Tetapi aku akan selalu perhatikan kau. Kau tak boleh lari dari aku Qash Endra Uqayl, aku akan datang balik"

Qash ingin mengoyakkan kertas itu tetapi tidak sempat apabila Andre sedar.

"Qash dah sedar?" kata Andre sambil tersenyum. Tiba tiba matanya jatuh pada kertas yang berada ditangan Qash. Terus kertas itu diambil. Andre membacanya sebelum dia memandang Qash. Mukanya berubah.

"Ni ke orang yang tembak Qash?" Qash mengangguk kecil.

"Kenapa tak kejutkan daddy?"

"Qash pun buat buat tidur tadi"

"Dia tak usik Qash kan?"

"Nope, dia just tinggalkan note tu"

"Qash tahu siapa yang tembak Qash?" soal Andre. Qash diam.

"You know right? Tell me" Qash masih diam.

"Qash, tak payah takut. Qash tahu apa yang daddy boleh buat kan?" Qash mengeluh kecil.

"Daddy pun tahu tu siapa. Kenapa daddy tanya Qash?" ujar Qash sebelum dia memejam mata. Andre mengeluh kecil.

"Apa lagi yang kau tak puas hati Zaim?" soal Andre sendiri.


Bersambung....

Suratan TakdirWhere stories live. Discover now