Iphone Qash yang bising dari tadi menganggu lena Qash yang sedang tidur. Tangan mencari iphonenya dibawah bantal sambil mata tertutup.
"Haih, siapa la kacau aku punya weekend ni" rungut Qash. Butang hijau diseret.
"Hello?"
"Boss!!! Finally, banyak kali tau saya call. Dah nak habis dah kredit saya tunggu boss jawab"
"Awak nak apa ni Hani? Takkan hari weekend pun awak nak suruh saya kerja?"
"Ya Allah boss! Lupa ke? harini kita nak pergi KL kan"
"Hah? What?! Ya Allah Hani, saya lupa laaa. Sekarang pukul berapa?"
"7:30 pagi. Saya dah otw ke rumah boss. Make sure saya sampai boss dah siap" kata Hani sebelum panggilan diputuskan. Qash terus turun dari katil, tuala dicapai. Kaki laju melangkah ke bathroom.
•••
"Hani, awak masuk dulu. Saya tengah pakai baju ni"
"Boss ni tak pikir ke?"
"Buka la pintu sayangku oii"
"Ish, suka hati je panggil orang sayang! Baik boss cepat kalau tak saya tinggal boss"
"Sabar la, saya tengah siap la ni" Qash terus keluar dari rumahnya bersama lagguage. Dia memandang Hani yang berada diluar rumahnya. Hani sedang duduk di pondok yang berada di laman rumahnya. Qash mengeluarkan iphone X nya lalu kamera ditekan. Beberapa keeping gambar Hani sempat diambil.
"Dear, jom saya dah siap"
"Boss please stop call me like that" Qash berpusing kearah Hani lalu senyuman smirk dilemparkan.
"Nak I stop? Bolehhh, tapi you kena stop panggil I boss dekat luar. Can?"
"Ala tak aci la boss"
"Ala, dear ni"
"Okay okay, so what should I call you?"
"Awak boleh panggil saya Qash. Sayang boleh baby pun boleh"
"Merepek la awak ni. Dah jom kita dah lambat ni"
"Okay okay jom" Qash terus mengangkat lagguagenya dan juga lagguage Hani. Hani meninggalkan keretanya dirumah Qash. Qash masuk kedalam kereta. Doa dibaca sebelum Qash memulakan pemanduannya.
Sudah 3 jam perjalanan, akhirnya Qash berhenti sebentar di RNR. Hani yang tertidur itu dipandang.
"Hani, wake up"
"Hani, bangun la. Kita lunch jom?" kejut Qash tetapi Hani masih tidak bangun.
"Sayanggg, bangunlahhh" Hani bergerak sedikit sebelum matanya yang bulat terbuka luas.
"Panggil sayang baru bangun ya. Dah jom turun"
"Eh awak, sabarlah" Hani yang masih blur itu terus keluar dari kereta. Qash hampir tergelak melihat rambut Hani yang serabai itu. Tanpa dia sedar, tangannya sudah ada di kepala Hani.
"So, ni la rupa Hani Miqayla yang cantik bila bangun dari tidur?"
"Ish boss ni jahatla"
"Sayang ni degil la"
"Kalau saya tak panggil boss pun, boss tetap panggil saya macam tu. Saya bukan girlfriend boss la" kata Hani lalu meninggalkan Qash sendiri dibelakang. Qash sudah tersenyum sendiri.
"Sabarla sayang!" kata Qash lalu mengejar langkah Hani yang laju tu. Setelah selesai, mereka meneruskan perjalanan. Qash dari tadi tersenyum sendiri.
"Awak ni kenapa dari tadi tersenyum senyum?"
"La, saya senyum pun salah ke? Saya jadi singa pun awak marah senyum selalu pun marah"
"Tak marah, just pelik. Ke awak excited nak jumpa awek awak dekat KL?"
"Takdenya" senyuman Qash terus mati. Dan terjadila awkward silent.
•••
Kuala Lumpur,
"Thank you boss"
"Takde apa la, setakat nak hantar sayang saya ni. Small matter"
"Boss, dah la panggil camtu"
"Okay okay. Hani saya bagi awak cuti sebulan, enjoy cuti awak dengan family awak tau. Jangan risaukan saya"
"Kenapa pulak boss?"
"Salah ke saya nak kasi awak cuti? Awak dah kerja keras 3 tahun tau. So manfaatkan cuti yang saya bagi ni. Oh btw, jangan lupakan saya tau. Nanti kalau nak balik Johor, saya call awak. And one more thing, please jaga diri awak baik baik okay. Kalau sakit apa terus bagitahu saya tau"
"Ish boss ni, macam suami pulak"
"No no, Qash okay"
"Okay Qash, thank you again"
"No hal"
"Qaylaa, kenapa tak ajak boss masuk?"
"Eh abah, boss nak cepat sebab tu tak ajak" ujar Hani. Hazrul iaitu ayah Hani memandang kearah Qash. Qash turut memandang. Kening Qash berkerut.
"Uncle Haz?" ujar Qash sebelum tangan disalam.
"Ya Allah. Qash kan? Anak Andre?"
"Ye uncle"
"Ya Allah, dah besar dah"
"Uncle sihat? Lama tak jumpa uncle" Hazrul tersenyum.
"Sihat, Qash macam mana?"
"Alhamdulillah, sihat uncle"
"Keciknya dunia ni kan. Patutla masa uncle tengok dekat tv tu macam kenal je. Tapi tak cam, ye la last jumpa masa Qash 15 tahun kan?" Qash tersenyum.
"Uncle la, pindah senyap senyap tak bagitahu"
"Abah kenal dengan boss?"
"Mesti lah. Kawan baik abang kamu masa kecil ni"
"Cakap pasal Luqman, mana dia?"
"Dia keluar dengan aunty. Lambat lagi balik tu"
"Oh, uncle kirim salam la dekat aunty and Luq. Qash pergi dulu la uncle, dah lewat dah ni. Hani, saya pergi dulu" kata Qash sebelum dia masuk ke dalam keretanya. Laju kereta itu memecut keluar dari kawasan rumah Hani.
"Kamu ni ada apa apa ke dengan Qash tu?"
"Eh mana ada abah. Dia tu boss Qayla je tau"
"Abah faham tau cara dia pandang kamu, siap pesanan apa lagi"
"Takde apa la abah, boss tu memang perangai dia macam tu. Abah tu, rapat sangat nampak dengan boss?"
"Mesti lah, dulu abah dengan daddy Qash tu kawan baik. Tapi lepas kita pindah UK, abah lost contact" Hani mengangguk kecil.
"Dah jom la masuk" Hazrul mengambil bagasi Hani lalu dibawa masuk ke dalam.
Bersambung...
YOU ARE READING
Suratan Takdir
RandomDilahirkan sebagai anak sulung didalam keluarga yang kaya, bukan lah mudah seperti yang orang sangka kan. Berbagai ujian yang menimpanya tetapi dia tetap sabar dan terus berjalan mencari kekuatan. •••••• "Not all man who is nice to you is flirting w...