Hari yang dinantikan tiba, dimana Qash Endra Uqayl akan menamatkan zaman bujangnya. Selepas ini, tanggungjawab besar berada dibahunya. Qash mula sebak apabila dia teringat pesanan mummynya semalam. Cepat cepat dia mengelap air matanya yang sudah mengalir. Aryyan, Harriz, Ammar, Ikhwan, Arfan, Luqman, Harry, Leo, Adam dan Zac masuk ke dalam bilik Qash.
"Abang! Kenapa tak pakai lagi baju melayu tuu" marah Harriz. Qash terus tersedar.
"Sorry sorry. Kejap eh, aku pakai jap" Qash mengambil baju melayunya lalu dia memakai. Ikhwan menolongnya memakai sampin. Bahu Qash ditepuk.
"Tak sangka kawan aku ni dah nak kahwin. Aku rasa kita baru kawan tu pun kau hingus meleleh lagi" usik Ikhwan. Lalu mereka semua ketawa.
"Alah, kau nak buat sedih ke. Tak payah la. Bukannya lepas ni kita tak jumpa dah" Ikhwan terus memeluk Qash.
"Tahniah bro. Aku sayang kau tau! Jangan lupa aku"
"Takde maknanya nak lupa kau. Entah entah hari hari aku jumpa kau nanti" ujar Qash lalu dia ketawa. Luqman dan yang lain turut memeluk mereka.
"Dah dah jom. nanti lambat" ujar Ikhwan. Mereka semua terus keluar dari bilik hotel itu.
•••
Qash menghela nafas kecil di depan pintu dewan. Dia cuba untuk menenangkan dirinya dahulu. Aryyan di belakangnya menepuk bahu Qash. Aryyan akan mengiringi Qash.
"Kau dah ready?" soal Aryyan. Qash mengangguk kecil. Aryyan memandang dua orang lelaki yang ditugaskan untuk menjaga pintu dewan itu. Dia mengangguk sebelum membuka pintu dewan itu. Qash terus melangkah masuk ke dalam dewan. Semua memandang ke arah Qash. Ada yang sudah tersengih sampai ke telinga. Qash mendekati meja dan kerusi yang sudah tersedia. Aryyan mengambil tempat dibelakangnya. Manakala Andre ditepinya. Dan abah Hani didepan. Qash memandang Hani di atas pelamin sebelum tersenyum kecil.
"Qash Endra Uqayl Bin Andre Endra Fran" (fuh nama dia kalah pengantin perempuan)
"Saya" jawab Qash.
"Aku kahwinkan dikau dengan anak perempuanku Hani Miqayla Binti Hazrul Iman dengan mas kahwinnya RM 27800 tunai"
"Aku terima nikahnya Hani Miqayla Binti Hazrul Iman dengan mas kahwinnya RM 27800 tunai"
"Sah?"
"Sah"
"Alhamdullilah" doa terus dibaca. Air mata jantan Qash sekali lagi mengalir. Andre ditepinya terus dipeluk. (Qash sudah berbaik dengan daddynya)
"Congrats son!" Andre menepuk bahu Qash. Qash berlalu ke Raisya pula. Mummynya di peluk. Qash bangun lalu dia mendekati Hani. Hani sudah tersenyum malu.
"Assalamualaikum isteri saya" ujar Qash. Hani tersenyum kecil.
"Waalaikumussalam suami saya" Qash tersenyum. Cincin diambil lalu disarung ke jari manis Hani. Hani turut menyarung cincin ke jari manis Qash lalu dia menyalam tangan suaminya itu. Qash mencium ubun ubun isterinya. Jurugambar sempat menangkap kenangan manis itu. Setelah selesai upacara batal air sembahyang, Qash terus bangun. Dia mendekati pengacara yang sedang tersenyum. Pengacara tersebut memberikan mic kepadanya. Qash naik semula ke pentas dimana terletaknya pelaminnya. Dia tersenyum ke arah Hani yang terpinga pinga memandangnya. Qash memandang pengacara tersebut sebelum mengangguk.
Bermulalah saat yang baru
Kisah antara kau dan aku
Ku pasti kau telah terubat
Saat seseorang hadir untukmuQash memandang Hani lalu mengeyitkan matanya.
Dalam hati hanya ada kamu
Kau yang miliki semua cintaku
Kau menjadi penawar hatiku
Sentiasa ada temani akuQash mendekati Hani lalu menghulurkan tangan kepada Hani. Hani menyambut huluran tersebut.
YOU ARE READING
Suratan Takdir
RandomDilahirkan sebagai anak sulung didalam keluarga yang kaya, bukan lah mudah seperti yang orang sangka kan. Berbagai ujian yang menimpanya tetapi dia tetap sabar dan terus berjalan mencari kekuatan. •••••• "Not all man who is nice to you is flirting w...