Beberapa minggu kemudian,
"Ikhwan, aku nak keluar dekat taman bawah tu kejap boleh?" soal Qash.
"Erm... biar aku fikir dulu" ujar Ikhwan sambil meletakkan jarinya di dagu.
"Alaaa, boleh la" rengek Qash.
"Ye la ye la. Tapi sekejap je tau. Tunggu sini dulu, aku pergi ambik wheelchair" Ikhwan terus keluar dari bilik itu.
•••
Sepanjang perjalanan, mesti ada yang menegur Qash. Qash hanya tersenyum.
"Puas dapat keluar?"
"Puas, baru aku rasa aman. Dapat jugak hirup udara luar ni"
"Kau tak boleh duduk lama lama tau. Kejap lagi kita naik" Qash mengangguk.
"Aku tak sangka aku dapat lagi tengok dunia ni. Aku tak sangka aku dapat jumpa family aku lagi. I thought masa aku dah tutup mata dalam bilik bedah tu, aku takkan buka lagi mata ni. Tapi aku diberi peluang kedua untuk hidup" ujar Qash sambil tersenyum.
"Qash, miracle happens. Allah beri kau peluang kedua untuk kau jaga anak bini kau. Maksudnya kau kena cepat sihat, makan ubat, dengar cakap doktor dan paling penting jangan degil"
"Wan, aku anggap ni peluang kedua untuk aku selesaikan apa yang patut. Lepas semua settle mungkin aku akan pergi dengan tenang"
"Apa kau merepek ni Qash? Kau dah sihat ni kan. Stop la cakap benda benda merepek tu. Tiga bulan dah cukup buat aku terseksa tanpa kau"
"Aku cakap je. Kita tak tahu ajal kita kan? Btw minggu depan aku dah boleh keluar kan?"
"Ye dah boleh keluar, tapi kau jangan nak lasak sangat"
"Yeayy, rindunya dengan balykan. Lama aku tak bermanja dengan dia"
"Kau jangan macam macam Qash, aku wardedkan kau balik nanti"
"Ala kau ni, nak bawa kereta pun tak boleh ke?"
"Bukan tak boleh Qash, cuma buat masa ni, mintak tolong orang lain dulu. Karang kau lasak sangat terbuka jahitan tu naya je"
"Sampai bila aku nak susahkan si yan tu? Kesian dia, aku takut dia pula yang sakit nanti"
"Aku tak cakap dia, adik adik kau yang lain kan ada. Tak pun aku boleh tolong"
"Ikhwan, aku ni kan. Dah boleh sebenarnya nak berlari. Tapi kau dengan family je tak kasi"
"Kau gila ke? memang tak ah kitaorang nak kasi kau berlari" Qash mencebik. Mereka berdua diam sambil memandang kawasan taman itu.
"Erm Ikhwan"
"Kau nak apa lagi?"
"Bawa aku keluar"
"Ni dah keluar, kau nak keluar apa lagi?"
"Takkan nak keluar dekat sini je? Jom la kita pergi jalan jalan"
"Qash, kau ni..."
"Wan, 3 bulan dah cukup untuk aku rest. Aku dah sihat. Percayalah"
"Tapi luka kau tak baik lagi"
"Ye aku tahu, tapi aku dah okay"
"Kau nak keluar?" Qash terus mengangguk.
"Tanya daddy kau, kalau dia kasi baru aku bawa kau" Qash terus mencebik.
"Kau ni saja an, aish" iphonenya dibawa keluar, nombor Andre dicari.
•••
"Wan, kau ni lambat lah" ujar Qash sambil berjalan dengan laju. Pinggangnya sakit tetapi dia menghiraukan kerana excited dapat keluar.
"Kau tu slow slow la sikit jalan"
"Aku okay, janganlah risau sangat"
"Kau ada nak shopping lagi ke? Kita tak boleh lama lama sangat"
"Ada, aku nak beli hadiah untuk Hani dan anak aku" Qash terus masuk dalam butik didepannya. Ikhwan mengeluh lagi melihatnya.
"Dia ni, macam biasa je. Tak sakit ke?" kaki turut masuk ke dalam butik itu.
Setelah selesai membeli, mereka berehat sebentar di starbucks.
"Qash, jaga makan kau" Qash membuat muka bosan.
"Haish, degil betul la dia ni" Qash hanya menjelir kearah Ikhwan. Mereka mencari meja kosong lalu duduk.
"Qash, aku nak tanya something boleh?"
"Apa dia?" mata Qash langsung tidak beralih dari iphonex nya itu.
"Apa yang kau tengok tu?"
"Tu ke soalan kau?"
"Bukan"
"Ni ha, ada orang ambik gambar aku shopping dengan kau. Lepastu sebar dekat Instagram"
"Captions?"
"Setelah 3 bulan terlantar di hospital akibat Kanser buah pinggang tahap 3, Ceo QU Holdings juga dikenali sebagai EQ didapati sedang membeli belah disebuah pusat beli belah di Kuala Lumpur. Kelihatan beliau sedang membeli belah bersama rakan baiknya. Persoalannya, adakah EQ sudah pulih sepenuhnya?"
"Wah, laju betul diaorang buat kerja"
"Macam mana diaorang tahu aku ada kanser?"
"Masa kau koma tu, ramai gila wartawan datang. Aku pun tak tahu macam mana diaorang boleh tahu. Then, diaorang tanya daddy kau, tanya Hani apa semua. So kitaorang terpaksa bagitahu, sebab taknak kecoh nanti" Qash mengangguk.
"Apa soalan yang kau nak tanya tadi?"
"Kau jangan marah tau. Kenapa aku tengok kau macam tak sakit pun? Ke kau tipu aku?" Qash mengeluh sambil tersenyum sedikit.
"Ikhwan, peraturan hidup aku hanya 2 hari je aku boleh sakit. Selebihnya aku kena tahan sakit dan pretend like nothing happened. Aku dah pernah kena lebih teruk dari ni Wan. Tapi takde orang tahu, sebab aku tak suka cerita. Operation ni tak beri kesan apa apa pun pada aku"
"Peraturan mana kau ambik ni Qash?"
"Peraturan hidup aku la"
"Kau seksa diri kau Qash, tempoh dua hari tu tak cukup untuk kau pulih sepenuhnya. Kau ni dah lah jenis kasar"
"Tu la cara untuk aku sorok kesakitan aku" jawab Qash lalu menghirup airnya.
"Erm, masa aku bedah kau, aku ada nampak satu parut dekat bahu kau. Tu parut apa?" muka Qash seakan terkejut tapi dia berdehem kecil sebelum menjawab.
"Oh parut tu. Parut kena tembak" jawab Qash selamba. Ice latte didepannya dihirup perlahan.
"What?!" muka Ikhwan yang terkejut tu menyebabkan Qash tersedak. Lawak!
"Uhuk uhuk uhuk. Auch!" Qash terbatuk sambil memegang pinggangnya.
"Eh sorry sorry" Ikhwan terus menepuk perlahan belakang Qash.
"Haish kau ni, jangan la terkejut sangat. Buruk betul muka. Sakit aku tau" Ikhwan mencebik.
"Sorry sorry. Kau okay? Or nak balik?"
"Aku okay je"
"Okay, okay back to the topic, macam mana kau boleh kena tembak?"
"Tempat ni tak sesuai la untuk aku cerita. Nanti bila dah tiba masa yang sesuai, aku akan cerita semuanya dekat kau, Wan. From A-Z. Dah jom lah balik" mereka terus berlalu pergi dari situ.
Bersambung...
YOU ARE READING
Suratan Takdir
RandomDilahirkan sebagai anak sulung didalam keluarga yang kaya, bukan lah mudah seperti yang orang sangka kan. Berbagai ujian yang menimpanya tetapi dia tetap sabar dan terus berjalan mencari kekuatan. •••••• "Not all man who is nice to you is flirting w...