Bab 18

179 14 0
                                    

Pagi yang indah, cuaca yang baik. Rumah agam Andre dan Raisya sudah mula kecoh pada pagi itu. Anak anak kecil berlari dengan bebas. Qash turun dari tingkat atas apabila suara sepupu sepupunya kedengaran.

"Heyyyy Qayyum" ujar Qash lalu dia mendukung sepupunya yang muda sekali itu. Qayyum tersenyum kecil apabila diagah oleh Qash. Qash mendukung Qayyum kedapur. Mak mak agak sibuk ye disitu. Semua sedang berperang. Begitu juga Raisya. Adik adiknya masih belum bangun. Semua masih lena dibuai mimpi. Oh mesti ada tertanya tanya kenapa Raisya tidak tempah catering je kan? Ye la Raisya dan Andre kan kaya. Lebih afdal memasak sendiri. Gituw. Qash berjalan ke luar rumah pula. Kelihatan anak anak buah Andre sedang memasang khemah. Qash hanya tersenyum. Tiba tiba Qayyum menangis didukungannya. Qash cuba untuk menenangkan Qayyum tetapi tidak berjaya. Tiba tiba dia terbau sesuatu yang tidak menyenangkan. Lalu dia tersenyum kecil.

"Qayyum eyak eyyy" ujar Qash. Dia terus ke dapur. Kelibat maksunya dicari.

"Maksu, Qayyum eyak nii" Syasya terus memandang kearah Qash.

"Kejap, maksu nak basuh tangan" ujar Syasya.

"Biar Qash cucikan je la maksu. Dekat mana diapers dia?" soal Qash.

"Qash pandai ke? Tak susahkan?"

"Maksu ni, Qash ada 5 orang adik tau"

"Erm ye lah. Dekat dalam bilik maksu. Qash masuk je la ambik, tukar je dalam bilik tu terus"

"Paksu mana maksu?"

"Paksu kerja, petang nanti baru dia datang" Qash mengangguk kecil sebelum pergi dari situ.

"Nasib ada anak kak long, boleh jugak tolong adik jagakan Qayyum" Raisya hanya tersenyum.

"Takde apa sangat lah kalau setakat cuci eyak tu. Adik adik dia dulu pun dia yang mandikan, yang tukar diapers. Aku ni busy, kadang tak sempat" ujar Raisya.

"Untunglah kau kak long ada anak macam tu. Anak aku tu, lambat lagi nak tolong aku jaga adik adik dia" ujar Eisya pula. Raisya hanya tersenyum kecil.

•••

Qash mengambil diapers, tuala dan bedak. Dia meletakkan semua itu diatas katil. Tuala diletakkan di atas bahu. Dia membawa Qayyum masuk ke dalam tandas. Dan bermulalah proses pembersihan. Setelah selesai membersih dan memakai diapers, Qayyum menguap kecil.

"Qayyum nak tidur ye? Kita tidur dekat bawah la" ujar Qash lalu mendukung Qayyum. Sampai sahaja di tingkat bawah, Qayyum sudah tertidur dalam dakapan Qash. Qash tersenyum kecil. FYI, Qayyum baru 4 bulan. Dia meletakkan Qayyum diatas tilam bayi yang berada diatas sofa ruang tamu itu. Qash meletak bantal disekeliling Qayyum supaya tidak jatuh. Qash melihat sepupu sepupunya yang sudah tertidur diruang tamu. Qash tersenyum kecil sebelum dia mengemas tempat itu yang sudah bersepah akibat mainan mereka.

••••••

Di dapur,

"Kak long, adik nak tengok Qayyum kejap. Sian dia" ujar Syasya.

"Takpelah dik, pergi tengok anak tu. Nak siap dah pun ni" ujar Raisya. Syasya terus keluar dari dapur. Kelibat Qash dicari sebelum matanya tertancap pada seorang lelaki yang sudah tertidur disofa bersama sepupunya yang lain. Syasya tersenyum kecil. Dia mendekati sofa itu. Anaknya yang lena dipandang. Dia memandang semula lelaki itu.

"Qash, bangun. Kenapa tidur dekat sini?" Qash menggosok matanya.

"eh maksu" syasya senyum.

"Kenapa tidur dekat sini? Pergi masuk bilik tidur"

"Qash taknak tidur pun, tertidur je. Ingat nak main dengan budak budak ni, tapi diaorang tidur pulak. Qash bosan lepastu tertidur"

"Oh, tak payahla tunggu diaorang bangun. Budak budak tidur lama. Lagipun mak mak diaorang dah siap masak, Qash pergilah naik rehat dekat atas"

"Takpelah maksu. Erm, Qash nak kejut adik adik kejap. Diaorang tidur lewat sangat semalam, itu yang tak bangun lagi"

"Ye ke? Setahu maksu diaorang dah bangun tadi. Maksu nampak yan dan keluar dengan kembar dan Afan. Nadyne pulak ada dekat dapur tu"

"Keluar?"

"Haah, keluar dengan daddy Qash" Qash mengangguk kecil.

"Qash nak duduk dekat pondok belakang sekejap. Kalau mummy cari Qash, maksu tolong bagitahu ye" Syasya mengangguk kecil.

•••

Qash sedang duduk di pondok berhadapan kolam. Angin sempoi sempoi menampar lembut pipi Qash. Qash memejam matanya.

"Kan best kalau hari hari macam ni. Tenang je aku tengok" ujar Ikhwan yang baru muncul. Qash terus membuka matanya.

"Eh bila kau sampai?"

"Baru je" Qash mengangguk kecil.

"Ah, siapa yang tenang?" soal Qash.

"Kau lah, tenang je aku tengok kau" jawab Ikhwan.

"Selama ni aku nampak tak tenang ke?"

"Nampak serabut sikit"

"Biasalah, semua orang ada masalah dia"

"Kau, kalau nak share apa apa, aku ada tau" ujar Ikhwan lalu memeluk bahu Qash.

"Thank you hyung" Ikhwan tersenyum kecil.

"I've never seen two pretty bestfriend" kata Miquel yang baru muncul. Qash terus tersenyum. Suara itu! Terus Qash berlari lalu memeluk Miquel.

"Ya allah budak ni" pelukan turut dibalas.

"Bila abang Miq sampai?"

"Pagi tadi"

"Balik tak cakap"

"Surprise!" kata Miquel sambil tersenyum menayangkan giginya yang putih itu.

"Phone mana? Kenapa Uqayl call and message tak reply?"

"Phone tu kena curi. Hilang sim card semua. So i'm using new number"

"Oh"

"Eee, mengadanya dia peluk. Macam tak jumpa 10 tahun" ejek Ikhwan.

"Itu la tu Wan, abang ni hampir sesak nafas tau!" Ikhwan dan Miquel ketawa. Qash pula mencebik sebelum dia menolak dua orang manusia itu kedalam kolam dihadapannya.

Splash!

"Hey!!" jerit Miquel.

"Qash!!!" jerit Ikhwan pula. Qash hanya ketawa di tepi kolam.

"Oops! Sorry guys, tak sengaja" Miquel dan Ikhwan memercikkan air kearah Qash.

"Tak sengaja kau"

"Sorry lah, need help?" Qash menghulurkan tangannya. Ikhwan dan Miquel memandang sama sendiri sebelum tersenyum jahat. Ikhwan memegang tangan Qash dan menarik Qash masuk ke dalam kolam.

Splash sekali lagi

"Woi!"

"Hahahahaha" gelak Ikhwan dan Miquel.

"Draw. Fair and square" kata Miquel.

"Ya Allah budak budak niii! Orang buat majlis, dia mandi kolam pulak. Naik sekarang! Pergi tukar baju!" jerit Raisya. Kalau diikutkan, around 1 jam lagi before majlis itu start. So memang mummy marah lah kan?

"Okay, habislah kita. Monster Queen dah mengamukkk!!" Qash terus keluar dari kolam itu. Dengan selaju yang mungkin, dia berlari ke belakang rumah atau pintu dapur la.


Bersambung....

Suratan TakdirWhere stories live. Discover now