Akhirnya, harinya tiba. Qash sudah boleh pulang ke rumah. Ikhwan menghantarnya kerana Hani masih dalam pantang. Adik beradik yang lain pula sedang membuat persiapan. Begitu juga Raisya dan Andre. Sampai sahaja di hadapan rumah agam, Qash perlahan lahan keluar dari kereta. Ikhwan cepat cepat memapahnya.
"Ikhwan, aku dah okay" ujar Qash. Ikhwan hanya buat tak tahu. Mereka terus masuk ke dalam rumah agam.
"SURPRISE!!!!!!!" jerit Andre's family dan Hazrul's family. Qash yang terkejut itu terus tersenyum.
"Welcome home Qash!!" sejambak bunga ros yang dipegang oleh Hani diberi kepada Qash.
"Welcome home daddy" bisik Hani. Qash tersenyum. Bunga diambil.
"Mana adik adik?" soalan Qash dibiar sepi. Tiba tiba.
"Happy Birthday to you, happy birthday to you, happy birthday to abangg, happy birthday to you" nyanyi adik adik Qash. Arfan yang memegang kek menuju kearah Qash. Lilin yang berada di atas kek itu hendak ditiup tapi dihalang.
"Make a wish first abang" kata Nadyne. Qash menutup mata lalu membuka sebelum meniup lilin itu.
"Thank you sweetheart" Nadyne dipeluk.
"And you too" Hani dan Nadyne dipeluk.
"Kitaorang?" soal adik adik lelakinya.
"Ololo, nak jugakkk. Come" Hani melepaskan pelukan memberi mereka peluang. Raisya dan Andre senyum. Ikhwan pula sebak. Siapa je tak sebak? Qash dah free kanser kot and dia pun dah sedar dari koma!
•••
Malam itu,
Qash melihat Ien di dalam katil baby. Qash bermain dengan jarinya, kakinya, pipinya. Lalu dia tersenyum kecil.
"Dear, malam ni dear tidur la puas puas. Biar Qash jaga Ien" Hani tersenyum kecil.
"Takpelah, kita jaga sama sama" jawab Hani.
"Kenapa pulak? Bagi la Qash jaga, Hani kan masih dalam pantang, Hani kena banyak rehat. Tak boleh banyak gerak dan tak boleh stres" ujar Qash.
"Qash pun dalam pantang, Qash pun kena banyak rehat, Qash pun tak boleh banyak gerak dan Qash pun tak boleh stres. Hani taknak la Qash masuk hospital balik nanti" Qash mencebik.
"Hani, Qash dah buat pembedahan tu 3 bulan lepas tau. Qash dah sihat dah pun, luka Qash pun dah baik. Hani tu, baru 3 minggu. Lagipun, pantang Hani dengan pantang Qash lain. Hani jangan la risau sangat pasal Qash. Qash dah okay, kalau tak takkan Qash dah boleh keluar daripada hospital. Dah dah, mulai harini, Qash akan jaga Hani dan Ien. So jangan melawan" ujar Qash lalu membuat muka garang. Hani tergelak. Qash senyum.
•••
Hani bangun pagi itu, dia memandang sebelahnya. Qash masih tidur. Ien pula tidur sambil meniarap di atas dada Qash.
"Anak mama ni, kenapa susahkan daddy hurm?" soal Hani. Lalu dia tersenyum kecil. Hampir setiap malam Ien akan berjaga, pukul 4 pagi baru dia tidur. Hani menatap wajah kacak suaminya itu. Dia rindukan lelaki itu. Setelah 3 minggu mereka berjauhan, akhirnya dia pulang semula ke pangkuan Hani. Tiba tiba pintu bilik diketuk. Hani hendak bangun tetapi pintu itu dibuka."Eh, Hani dah bangun. Sorry, mummy ingat Hani tidur lagi so mummy nak kejut" Hani senyum.
"Hani baru bangun jugak ni mummy" Raisya mengangguk kecil.
"Kak ipah yang nak urut Hani tu dah sampai. Hani mandi la dulu ye" Hani mengangguk.
"Urut dekat bilik sebelah la mummy. Kesian Qash baru tidur tu semalaman jaga Ien" Raisya senyum memandang anaknya.
"Okay jom"
•••
Qash bangun dari tidurnya setelah mendengar anak lelakinya menangis dengan kuat.
"Ien sayang, nak susu ya? Kejap daddy buat" Qash memandang sekeliling bilik itu mencari botol susu anaknya, tetapi tiada.
"Mana botol susu ni" soal Qash sendiri. Qash mencari merata tempat tetapi tiada. Fyi, bilik Qash ada pantry so yeah. Qash mendukung anaknya lalu keluar dari bilik tidur. Hani dicari tetapi bayang pun tak nampak.
"Qash? Cari Hani ke?" soal Raisya.
"Haah mummy, ien nak susu. Tapi Qash tak jumpa botol dia"
"Ouh, Hani bawak turun dekat dapur. Sebab biasanya Hani dengan Ien duduk dekat bawah. Malam nak tidur baru diaorang naik atas" Qash mengangguk kecil.
"Takpelah bagi mummy Ien, Qash pergi lah mandi. Hani cakap ada kawan kawan office Qash dekat Johor tu datang nak tengok Ien"
"Hani tak cakap pun dekat Qash"
"Hani lupa la tu"
"Hani mana?" soal Qash sambil memandang sekeliling.
"Dia tengah mengurut dalam bilik tu ha" jawab Raisya sambil menunjuk kearah bilik. Qash mengangguk. Ien diberikan kepada Raisya.
"Mummy jangan mandikan ien lagi tau, tunggu Qash siap mandi and pakai baju. Qash nak mandikan ien" Raisya senyum.
"Ye lah" Qash terus masuk semula ke biliknya.
•••
Setelah siap mengurut, Hani keluar dari bilik itu. Biliknya dituju. Matanya terus memandang ien yang sudah siap mandi dan sudah berpakaian kemas. Hani senyum. Qash keluar dari bilik pakaian. Senyuman terus diukir apabila kelibat bidadarinya muncul.
"Dah siap urut ke dear?" soal Qash.
"Dah"
"Good! Sekarang dear pergi mandi. Qash ada beli baju baru untuk dear. Dear pakai la baju tu. Lagi satu, kenapa dear tak bagitahu Qash, ada kawan kawan nak datang?" soal Qash.
"Sorry, Qash. Hani lupa la, diaorang bagitahu semalam"
"Takpelah, Qash tak marah pun. Dah pergi mandi cepat, nanti diaorang sampai pulak. Or nak Qash mandikan?" usik Qash.
"Jangan nak menggatal ye Encik Qash" ujar Hani sebelum berlalu ke bilik mandi. Qash ketawa bebas.
Bersambung...
YOU ARE READING
Suratan Takdir
RandomDilahirkan sebagai anak sulung didalam keluarga yang kaya, bukan lah mudah seperti yang orang sangka kan. Berbagai ujian yang menimpanya tetapi dia tetap sabar dan terus berjalan mencari kekuatan. •••••• "Not all man who is nice to you is flirting w...