4 tahun kemudian,
Setelah makan malam, seperti biasa, keluarga Andre akan berkumpul di ruang tamu. Menghabiskan masa bersama.
"Daddy, haritu Qash ada isi surat permohonan sekolah dekat New York and I accepted" perlahan lahan Qash berkata. Takut daddynya marah.
"Siapa suruh Qash isi? Kan daddy dah pernah cakap dulu, keputusan daddy muktamad" kata Andre tegas.
"Tapi Qash nak jugak. Please daddy" rayu Qash.
"Kenapa degil sangat ni?" soal Andre geram.
"Daddy, Qash nak cuba angin luar negara pulak. Please daddy, Qash janji Qash jaga diri. 2 years je daddy" Andre menggeleng. Adik adik Qash hanya melihat mereka.
"Kalau pasal duit, daddy jangan risau. Qash ada duit simpanan. Daddy simpan je duit daddy untuk adik adik" Andre terus memandang Qash.
"Apa Uqayl merepek ni! Setakat New York tu, tak miskin pun daddy. Daddy tak kasi Qash pergi sebab daddy takut Qash sakit ke apa. Qash tu bukannya pandai nak bagitahu. Asyik pendam je!" tengking Andre. Qash menunduk. Raisya disebelahnya cuba menenangkan Andre.
"Qash nak sambung belajar je, bukan nak pergi jalan jalan or what. 2 years je pun" Qash terus bangun dan pergi dari situ. Pintu bilik dihempas. Dia tetap akan berkeras. By hook or by crook.
"Yan, bawa adik adik masuk bilik. Mummy nak cakap sikit dengan daddy" Aryyan mengangguk, dia membawa adik adiknya masuk kedalam bilik.
"You ni kenapa Andre? Risau sangat kenapa? You tak kesiankan dia ke?"
"I risaukan dia je Raisya"
"Sampai bila? Kalau you still macam ni, dia akan anggap you kawal dia tau. You nak ke? Dia dah besar Andre. Qash dah 16 tahun. Bukan budak kecik yang masih tak tahu apa apa" Andre mengeluh kecil.
"Keputusan I tetap sama Raisya. Yes memang I nak dia berdikari tapi bukan dekat New York"
"Habis dekat mana? Dekat negara kelahiran you tu?" soal Raisya geram.
"Ye la, kat mana lagi? At least, ramai yang boleh tengok tengokkan anak I tu"
"Suka hati you la Andre. I kenal anak I, hati dia memang lembut tetapi kepala dia pun keras macam you" ujar Raisya sebelum berlalu pergi.
••••
Keesokan pagi,
Dapur rumah agam itu riuh rendah dengan suara kanak kanak dan suara emak yang sedang memarahi anak anaknya. Memandangkan harini sudah mula cuti persekolahan, jadi semua hanya rileks.
"Makan elok elok, kotor baju nanti" marah Raisya.
"Goodmorning mummy, daddy" ucap Aryyan yang baru turun.
"Goodmorning, abang mana?" Aryyan mengangkat bahu tanda tidak tahu.
"Yan tolong kejutkan abang boleh?"
"Abang tidur?" soal yan pelik. Sebab selalunya lepas solat berjemaah subuh, Qash takkan sambung tidur. Dia akan mengaji dalam bilik solat itu. Ya itulah rutin harian seketul Qash.
"Not sure, sebab tadi abang terus masuk bilik lepas solat" jawab Raisya. Aryyan hanya mengangguk sebelum dia naik ke atas untuk mengejut abangnya itu. Pintu bilik diketuk tetapi tiada respons. Terus pintu itu dibuka oleh Aryyan.
"Abang" panggil Aryyan apabila nampak Qash sedang termenung di meja belajarnya.
"Nak apa?" soal Qash.
"Jom breakfast"
"Taknak, makan je la"
"Ala, jomlah. Nanti perut kau masuk angin. Semalam pun kau tak makan kan?"
"Kau tak faham ke yan? Aku taknak" ujar Qash dingin. Kepalanya dipicit perlahan.
"Kau makan sikit jee. Jom la" Aryyan menarik lengan Qash.
"Kalau aku cakap taknak, taknak la!" suara Qash naik satu oktaf. Aryyan terkejut tetapi dia rileks je.
"Kalau aku cakap jom, jom la!" Aryyan pula menengkingnya. Qash menghentak mejanya. dia berdiri, kolar baju Aryyan digenggam.
"Susah ke kau nak faham? Aku cakap taknak kan? Kau tak faham ke!!" marah Qash. Raisya dan Andre terus masuk kedalam bilik Qash apabila mendengar jeritan tadi. Andre mendekati mereka. Dia cuba meleraikan genggaman Qash dari baju Aryyan.
"Ni kenapa ni sampai gaduh ni?" soal Raisya.
"Abang ni, nak ajak makan je. Nak gaduh pulak" Aryyan mencebik.
"Qash kenapa marah sangat ni?" soal Raisya lagi.
"Aryyan—" belum sempat Qash menghabiskan ayatnya, dia terus berlari masuk ke dalam tandas. Qash terus mengeluarkan segala isi perutnya. Raisya menggosok belakang Qash.
"Qash okay?" soal Raisya apabila Qash sudah berhenti muntah. Qash hanya mengangguk. Dia ingin bangun tetapi kepalanya terasa berat. Baru hendak jatuh mencium lantai, badannya disambut oleh Andre dan Aryyan. Mereka memapah Qash ke katil. Raisya meletakkan tangannya didahi Qash.
"Tak panas pun"
"Perut masuk angin la ni. Dari semalam dia tak makan" kata Andre.
"Yan tolong ambik minyak angin dalam bilik mummy. Biar mummy letak dekat perut abang"
"Mu...mmy" panggil Qash.
"Ye sayang kenapa?"
"Qash nak muntah" Andre terus mengambil besen didalam tandas. Besen itu ditadah. Qash terus muntah ke dalam besen itu. Aryyan masuk memberi minyak angin.
"Nah mummy" Raisya terus mengambil. Qash dibaringkan semula. Minyak angin dicalit sedikit keperut Qash. Raisya mengurut perlahan sehinggalah Qash tertidur. Minyak angin turut diletak dikepala Qash.
"You pergi la tengok anak anak makan dekat bawah. Biar I jaga Qash" kata Raisya. Andre hanya mengangguk. Aryyan masih setia ditepi Raisya.
"Yan pergi la turun makan. Lepastu bagitahu maid tolong buatkan bubur untuk abang"
"Okay mummy" Aryyan terus keluar dari bilik Qash. Raisya mengusap kepala Qash. Pandangan sayu diberikan.
"Kesian anak mummy ni, nak pergi New York punya pasal" Qash bangun dari baring. Belum sempat turun dari katil, dia telah muntah di atas katil.
"Bluekkkk" Habis cadarnya yang berwarna kelabu itu penuh dengan muntah Qash. Nafasnya bertukar laju. Raisya hanya membiarkan.
"Qash duduk dekat sofa dulu. Biar mummy tukar cadar" belakang Qash diusap.
"Sorry mummy. Qash dah susahkan mummy" ujar Qash.
"Takde apa la sayang" Qash dipapah kearah sofa. Raisya terus menukar cadar. Setelah selesai, Qash duduk semula diatas katil.
"Qash, kenapa seksa diri? Qash tahukan mummy tak suka anak mummy buat perangai macam ni" ujar Raisya perlahan.
"Qash rasa bersalah sebab lawan cakap daddy. Qash tak pernah lawan cakap daddy selama ni. Tu impian Qash. Qash nak sangat pergi, tapi Qash taknak jadi anak kurang ajar" kata Qash sayu. Air matanya mula bertakung lalu mengalir.
"Nanti mummy cuba pujuk daddy lagi okey" ujar Raisya lembut. Air mata Qash disapu.
Bersambung...
YOU ARE READING
Suratan Takdir
RandomDilahirkan sebagai anak sulung didalam keluarga yang kaya, bukan lah mudah seperti yang orang sangka kan. Berbagai ujian yang menimpanya tetapi dia tetap sabar dan terus berjalan mencari kekuatan. •••••• "Not all man who is nice to you is flirting w...