Paris, August 2014, 8 AM
Udara yang segar dihirup. Sambil mata melilau memandang keindahan alam di Negara itu. Kemudian dia tersenyum bahagia.
"New chapter begins!" jerit lelaki itu sebelum Iphonenya berbunyi. Butang hijau diseret.
"Hello, anak mummy dah sampai Paris?" Qash tersenyum.
"Yep! Dah sampai semalam, ni Qash keluar jogging"
"Alhamdulillah. Bila class start?"
"Tak tahu lagi, esok baru pendaftaran"
"Okay. Qash jaga diri tau, ingat pesan mummy. Ni lagi satu, apa apa call terus. Jangan nak berahsia sangat"
"Ye mummy, mana boleh Qash lupa pesan mummy Qash yang cantik ini"
"Ha, bodek la tu"
"Mana ada bodek! Mummy memang cantik"
"Ada ada je, Qash ni" Qash tersenyum kecil.
"Nadyne macam mana? Dia ada cari Qash?" Fyi, Qash pergi Paris tanpa pengetahuan Ikhwan dan adik adiknya. Hanya mummy dan daddynya tahu.
"Dia tak tanya lagi, tak sedar lagi la kot" Qash mengangguk kecil.
"Ooo, okaylah mummy. Qash nak sambung jogging ni"
"Okay take care tau" talian diputuskan sebelum Qash menyambung joggingnya.
•••
Di rumah agam Andre,
"Honey, you tak bagitahu lagi ke dekat kids pasal Qash?" soal Andre.
"Not yet. Diaorang tak tanya lagi so I diam je la" jawab Raisya. Andre hanya mengangguk kecil.
"Riel dengan Am mana? I tak nampak lagi duaorang tu" soal Andre sambil matanya mencari kelibat dua orang anaknya itu.
"Keluar dengan Heidy"
"Kenapa I tak tahu?" soal Andre pelik.
"Macam mana nak tahu, asyik terperap dalam bilik kerja you tu jee. Buat apa entah" rungut Raisya.
"Kenapa honey? You fikir I ada perempuan lain ke?" soal Andre sambil tersenyum nakal.
"Berani ke you nak buat macam tu? I ni isteri mafia tau. Dah 20 tahun I hidup dengan you, pistol, pisau or alat alat you tu semua dah sebati dengan I. Kalau you nak tahu bakat I macam mana, you cuba la cari perempuan lain. I akan make sure you takkan hidup lagi tau dekat dunia ni" kata Raisya sambil tersenyum. Andre smirk.
"Wah! Takutnyaaaaaa. Tapi you boleh ke hidup tanpa I?"
"I ada ramai anak lelaki, diaorang semua boleh jaga I"
"Ye la, I ni siapa jeee. You pun bukannya sayang I pun" ujar Andre acah merajuk.
"Eeeee, mengada! I memang tak sayang you pun!" ujar Raisya sebelum berlalu dari situ. Andre senyum kecil sebelum berlalu pergi juga.
•••
Beberapa bulan kemudian,
"Adam" panggil Qash. Adam merupakan housemate Qash di Paris. Ada lagi tiga orang yang juga merupakan housemate Qash iaitu, Harry, Zac and Leo.
"Yup?" mata Adam tidak beralih dari phone.
"Mana yang lain? Senyap je?" soal Qash pelik.
"Diaorang ada study group harini. Kejap lagi balik la tu"
"Harry pun?"
"Tak, Harry pergi beli barang dapur" Qash terus memandang Adam.
"Kenapa tak cakap? Aku nak ikut!" rengek Qash. Adam menayang muka menyampah. Adam ni emotionless sikit.
"Jangan nak mengada, kau tu baru baik demam. Nanti kalau demam balik, kau sanggup ke nak dengar si Harry tu membebel?" marah Adam.
"Ala, korang ni jaga aku terlebih sangat, aku demam je pun. Dekat Malaysia tu dah biasa la aku demam"
"Kau kalau demam 2 3 hari kitaorang tak kisah tau. Tapi kau sekali demam, berminggu" Qash mengejek cara Adam bercakap.
"Aku cakap, kau ejek. Ei budak ni"
"Aku bosanlah Ad, dah lama aku tak keluar rumah"
"Kau nak salahkan kitaorang ke? Kau yang malas nak keluar!"
"Bila masaaa? Ni aku nak keluar, kau tak bagi"
"Okay fine! Petang nanti kita ajak semua keluar" ujar Adam lalu menjeling Qash.
"Yeay! Nak pergi mana?" soal Qash teruja.
"Ada café baru buka dekat depan sana. Kawan aku cakap macaron dia sedap gila. Kau suka macaron an?" Qash terus terbayang macaron.
"Nak nak. Jom la pergi sekarang. Aku dah lama tak makan macaronnnn" rengek Qash seperti budak kecil tak dapat aiskrim.
"Petang nanti la, kita tunggu Harry, Leo and Zac balik dulu"
"Erm, ye la" ujar Qash sebelum dia sambung menonton tv.
Bersambung....
YOU ARE READING
Suratan Takdir
RandomDilahirkan sebagai anak sulung didalam keluarga yang kaya, bukan lah mudah seperti yang orang sangka kan. Berbagai ujian yang menimpanya tetapi dia tetap sabar dan terus berjalan mencari kekuatan. •••••• "Not all man who is nice to you is flirting w...