"Eh susah susah je korang ni" ujar Qash kepada rakan rakannya. Hamper diberi.
"Tak susah la. Kitaorang balas jasa kau je. Kalau tak sebab kau, maybe kitaorang ni duduk bawah jambatan tau" jawab salah sorang daripada mereka.
"Takde laa, aku tolong mana yang mampu je" mereka hanya tersenyum.
"Jom lah geng, dah lewat ni. Nanti sampai Johor lambat pulak"
"Korang datang KL semata mata nak datang sini je ke?" mereka mengangguk.
"Esok dah nak kerja. So takboleh la lama lama"
"Qash, ajak je la kawan kawan tu tidur sini. Bilik banyak kan" sapuk Raisya.
"Mummy aku dah bagi greenlight. Korang tidur je la dekat sini" ujar Qash pula.
"Esok kerja la Uqayl" Qash menggeleng kecil.
"Korang kerja dekat syarikat aku, kalau aku suruh tidur sini, means, aku bagi korang cuti la. Lagipun, korang empat orang ni jarang cuti. Selalu ada dekat office macam isteri aku ni ha. So tak salah pun kalau korang cuti dua tiga hari. Ini arahan tau"
"Ye la, kitaorang dah tak boleh nak bantah" ujar mereka. Qash senyum kecil.
"Perangai paksa tu dah datang balik ke?" bisik Hani. Qash ketawa kecil.
•••
Keesokan pagi,
"Thank you tau Uqayl bagi kitaorang tinggal dekat sini"
"Ish korang ni. Thank you jugak sebab datang dari jauh" mereka senyum.
"Okay la, kitaorang gerak dulu. Aunty, uncle, thank you" Andre dan Raisya senyum. Mereka masuk kedalam perut kereta lalu keluar dari kawasan rumah agam itu. Andre dan Raisya masuk ke dalam rumah meninggalkan Qash dan Hani diluar. Ien ada di dalam. Qash memeluk Hani.
"Dear happy tak Qash dah sedar?" soal Qash tiba tiba.
"Soalan apa Qash tanya ni? Orang gila pun happy tau" marah Hani. Qash senyum.
"Kalau la, lepas Qash buat operation tu, then Ikhwan bagitahu Qash tak boleh diselamatkan. Hani boleh tak survived macam Hani dah survived sekarang?" soal Qash sambil mengawal suaranya. Hani terus meleraikan pelukan.
"Qash ni kenapa? Soalan jenis apa Qash tanya ni? Sekarang Qash dah sedar dah pun kan, yang sibuk nak ulang balik kenapa? Qash tak tahu, setiap malam, setiap hari Hani jaga Qash. Tunggu Qash sedar, bukan 3 hari tau Qash. 3 bulan. 3 bulan Hani tunggu Qash. Setiap kali solat Hani mintak dekat Allah cepat cepat sedarkan Qash. Alhamdulillah Allah makbulkan. Sekarang? Qash dah sihat, yang Qash sibuk nak tanya soalan macam tu kenapa? Dah bosan dengan Hani?" marah Hani lalu dia masuk ke dalam rumah. Qash mengeluh kecil. Bukan itu yang dia maksudkan.
'Kau pun bodoh Qash, emosi Hani tak stabil lagi' kutuknya sendiri.
•••
Beberapa minggu kemudian,
Hani masih merajuk dengan Qash. Bercakap tidak, pandang lagi la. Setiap malam, Hani akan tidur awal untuk mengelakkan bertembung dengan Qash. Ien pula sepenuhnya dijaga oleh Qash. Qash sudah buntu. Bermacam cara dia cuba memujuk Hani tetapi Hani cuma memalaunya.
Qash keluar dari biliknya setelah menidurkan Ien. Hani juga sudah tidur. Qash turun ke tingkat dua. Ruang tamu itu masih cerah bermaksud ada seseorang di situ. Qash mendekati, kelihatan Raisya sedang menonton televisyen bersorangan. Qash duduk di sebelah mummynya. Raisya memandang Qash.
"Kenapa tak tidur lagi ni hurm?"
"Tak boleh tidur" jawab Qash. Matanya memandang televisyen. Raisya kalau tengok tv malam malam, sorang pulak tu. Confirm tengok kdrama. Andre tidak akan teman dia sebab Andre kuat jealous!
"Qash okay? kenapa mummy tengok seminggu dua ni muram je anak mummy ni?" Qash hanya senyum.
"Nak baring atas riba mummy boleh?" soal Qash. Raisya mengangguk. Qash terus baring. Air matanya mengalir sedikit. Selama ni, dia hanya melihat adik adiknya yang berbaring di atas riba mummynya. Dia mahu juga merasa detik itu sebelum dia mati. Akhirnya, dapat juga dia rasa. Raisya mengelap air mata Qash yang mengalir.
"Kenapa nangis sayang? Qash ada masalah ke? Meh share dengan mummy"
"Takde la mummy. Qash sebenarnya dah lama nak rasa detik ni" ujar Qash lalu senyum.
"Maafkan mummy sayang" Qash menggeleng.
"Bukan salah mummy. Ni Qash dah dapat rasa" Raisya senyum. Kepala Qash diusap.
"Qash ada masalah lain kan? Gaduh dengan Hani?" soal Raisya. Qash senyum kecil.
"Bukan gaduh mummy, Qash tersalah cakap je. Lepastu Hani merajuk. Salah Qash sebab tak fikir perasaan Hani. Main cakap je" ujar Qash.
"Mummy dah agak dah. Korang berdua mana pernah berenggang(?) asyik berkepit je. Dah tu kenapa tak pujuk?"
"Macam macam cara dah Qash buat mummy, satu pun tak jalan" Qash menghela nafas berat.
"Biarlah dia bertenang dulu. Nanti Qash pujuk okay"
"Qash taknak hilang Hani mummy. Qash takut kalau dia dah taknak maafkan Qash. Qash sayang dia sangat sangat mummy. Sumpah. Kalau ada sesiapa cakap Qash ada perempuan lain tu. Tipu la, Qash hanya ada Hani sorang je. Hani je satu satunya yang mampu buat Qash rasa bahagia macam ni mummy. Kalau tanpa dia jugak, mungkin Qash dah lama mati. Dia yang selalu yakinkan Qash untuk buat operation tu. Masa daddy halau Qash, dia yang pujuk Qash. Dia yang buat Qash rasa nak hidup. Lepas Qash tahu Qash ada kanser, Qash dah putus asa nak hidup mummy. Qash fikir buat apa buat kimo kalau nanti mati jugak. Qash rahsiakan pun sebab Qash taknak menyusahkan mummy, daddy dan orang lain. Dari kecil Qash asyik susahkan semua orang" ujar Qash. Air matanya sudah banyak mengalir. Qash mengelap air mata itu. Air mata Raisya turut mengalir. Sudah banyak ujian yang anak sulungnya lalui sendiri.
"Qash, sepanjang hidup mummy, mummy tak pernah pun rasa Qash menyusahkan mummy. Walaupun dari kecil Qash asyik masuk hospital, mummy anggap tu ujian untuk mummy. Tak pernah terdetik pun dekat hati mummy Qash anak yang menyusahkan. Apa guna mummy kalau tak bolehjaga anak, dengar masalah anak. Qash sepatutnya bagitahu mummy. At least kita boleh ikhtiar. Tapi sekarang Qash pun dah free kanser. Mummy harap sangat anak mummy ni ada dengan mummy sampai akhir nafas mummy"
"Insyallah mummy. Maafkan Qash sebab rahsiakan perkara ni. Qash cuma taknak mummy sedih" Raisya senyum.
"Anak mummy jangan banyak fikir sangat tau. Pasal Hani tu, takkan la Hani nak tinggalkan Qash. Dia sayang Qash sangat sangat tau. Biasalah adat rumah tangga. Mana ada rumah tangga yang tak pernah bergaduh. Mummy dengan daddy dulu dulu, lagi la banyak gaduh tau. Sekarang je dah kurang sikit. Tapi tengoklah, dah 26 tahun mummy hidup dengan daddy Qash tu" Qash senyum lalu dia memeluk mummynya. Raisya menepuk bahu Qash sehingga Qash tertidur.
•••
Hani bangun pagi itu, dia melihat di sebelahnya tiada orang. Ien ada di dalam katil. Hani turun dari katil. Dia membasuh muka lalu membuka langsir. Ien masih nyenyak tidur. Hani keluar dari bilik. Tingkat bawah dilihat. Masih senyap bermakna semua masih tidur, jadi mana Qash? Soal Hani. Dia masuk semula ke dalam biliknya. Hani membersihkan diri.
•••
Hani turun ke tingkat bawah bersama Ien. Kelibat Qash dicari tetapi masih tidak jumpa.
"Cari abang ke?" soal Arfan.
"Haah. Afan ada nampak abang?"
"Abang dah keluar. Awal pagi tadi dia dah keluar"
"Keluar? Ada dia cakap nak pergi mana?"
"Takde la pulak. Takkan abang tak bagitahu akak?" Hani menggeleng.
"Nanti abang balik la tu. Akak jangan risau la. Ni mummy suruh Afan panggil akak makan tadi. Ien bagi Afan. Biar Afan jaga" Hani mengangguk sebelum memberi Ien kepada Arfan.
Bersambung...
YOU ARE READING
Suratan Takdir
RandomDilahirkan sebagai anak sulung didalam keluarga yang kaya, bukan lah mudah seperti yang orang sangka kan. Berbagai ujian yang menimpanya tetapi dia tetap sabar dan terus berjalan mencari kekuatan. •••••• "Not all man who is nice to you is flirting w...