Bab 61

147 9 0
                                    

Di café,

"Kenapa kau nak jumpa aku pagi pagi ni Qash?" soal Luqman.

"Sebenarnya aku nak tanya pasal Hani. Kau tahu kan Hani jenis tak meminta. So aku nak tanya kau la, Hani pernah tak bagitahu negara yang dia nak pergi?" soal Qash.

"Ni mesti kau nak buat surprise birthday dia kan?" Qash mengangguk kecil.

"Tapi kau jangan la bagitahu"

"Erm, tak silap aku New York. Dulu kitaorang ada plan nak pergi New York. Tapi tak jadi sebab Hani ada exam. Lepastu semua busy then tak tercapai impian Hani nak pergi New York tu" Qash mengangguk.

"Tapi kau dah sihat ke?"

"Aku dah sihat la Luq. Lagipun, birthday Hani lagi berapa bulan"

"Kau bawak ien sekali ke?"

"Tak kot, dia kecik lagi. Lagipun uncles dia ramai boleh jagakan" ujar Qash.

"Thank you la Qash, kau selalu bahagiakan adik aku. Dulu, masa dia putus cinta sebab boyfriend dia curang, dia call aku. Menangis teresak esak. Dia tak suka share dekat mummy and abah. Dia taknak diaorang risau. So aku la tempat dia luah. Aku dah pesan dekat dia, apa apa inform aku. Kalau aku jumpa budak laki tu memang aku cincang. Tapi dia cakap bos dia dah pujuk dia. Lega la sikit hati aku ni.. tak sangka pulak kau boss dia" ujar Luqman lalu dia senyum.

"Aku dah jumpa la budak tu. Tapi aku malas la nak gaduh gaduh apa semua ni. Aku tarik je Hani lari dari situ. Aku pun tak suka tengok dia nangis. So lepas hari tu, aku janji dekat diri aku. Aku akan bahagiakan dia sampai akhir nafas aku Luq. Tapi kalau aku dah mati, aku tak boleh la nak bahagiakan dia dah. So aku turunkan tugas tu dekat kau. Kau abang dia, kau lebih tahu cara nak happykan dia" ujar Qash lalu senyum. Kopi dihadapannya dihirup.

"Kenapa kau cakap macam tu Qash? Hani lebih bahagia dengan kau. Aku mintak sangat, kau teruskan je untuk bahagiakan dia. Dia sayang kau sangat Qash. Janji dengan aku kau takkan tinggalkan dia" Qash senyum.

•••

11:00 PM

Qash menutup pintu rumah agam. Baru ingin mendaki anak tangga tetapi dihalang oleh Andre.

"Pergi mana baru balik? Keluar pagi pagi, sekarang baru balik" soal Andre.

"Qash jumpa kawan" jawab Qash.

"Jumpa kawan sampai satu hari? Tak ingat ke ada anak bini dekat rumah?"

"Sorry daddy, ye salah Qash"

"Bukan mintak maaf pada daddy. Pada Hani, satu hari tau dia tunggu Qash balik. Ien pulak menangis je hari ni. Qash pun satu, kenapa tak bagitahu keluar pergi mana? Phone dah la off, semua orang risau tau"

"Sorry daddy. Qash naik dulu, nak rehat" Qash terus naik atas. Andre pelik melihat keadaan anaknya.

•••

Qash cuba membuka pintu bilik tetapi tidak boleh. Dia juga cuba mengetuk tetapi juga tiada respons. Qash menghela nafas berat sebelum dia berlalu ke bilik kerjanya di tingkat bawah.

'Memang patut pun Hani marahkan aku' ujar Qash sendiri. Dia tidak mahu menganggu Hani, jadi biarlah dia ke bilik lain. Pintu bilik kerja itu dibuka menggunakan fingerprint. Sofa yang berada di dalam bilik itu terus dia duduk. Sebenarnya, selepas jumpa Luqman, dia pergi ke hospital. Dua minggu sekali dia ada check up. Tapi keputusan hari ni membuatkan dia berasa murung, takde mood dan sebagainya la. (btw qash memang tak buat kimo lepas operation ye) Dan sekali lagi dia mengambil keputusan untuk rahsiakan dari keluarganya. Kali ni, dia betul betul akan mati. Peluang untuk dia hidup sangat tipis. Mungkin dah tiada peluang lagi.

Suratan TakdirWhere stories live. Discover now