Bab 62

142 12 0
                                    

Beberapa hari kemudian,

Rumah agam itu dipenuhi dengan tetamu akibat majlis kesyukuran sempena Qash sudah sembuh dari kanser, Hani selamat melahirkan dan kelahiran cucu pertama itu. Banyak kereta keluar masuk dari pagar rumah agam itu. Kawasan disekeliling rumah agam itu pun turut dipenuhi dengan kereta tetamu yang tidak muat di dalam pagar rumah agam. Qash dan Hani semestinya berkepit semula selepas berbaik. Ramai tetamu geram melihat muka comel anak mereka itu. Qash hanya senyum mendengar pujian. (Senyum la kalau semua orang cakap muka macam dia). Hani pula hanya mencebik apabila Qash mula perasan.

"Ien comel sangat kan? Sampai semua orang geram" ujar Qash lalu tersenyum bangga.

"Ala, nak cakap comel macam dia la tu" jawab Hani lalu dia mencebik. Qash hanya senyum mengejek.

"Mesti la.. Ien kan lelaki mesti ikut handsome macam daddy dia" Qash senyum. Hani menggeleng kecil.

Selepas tamat majlis itu, Qash terus masuk ke biliknya. Badan terus dihempas ke atas katil.

"Qash, mandi la dulu. Baru la tidur"

"Dear mandi la dulu, Qash nak rest jap"

"Taknak, Hani taknak perkara sama berulang" Qash membuka matanya semula.

"Dear, Qash kan dah sihat. Perkara tu takkan jadi lagi. Dah pergi mandi" Hani mengeluh kecil. Tiba tiba iphone Qash berbunyi. Qash terus mengangkat.

"Okay okay, I will check later" Qash terus memutuskan panggilan.

"Qash dah mula kerja? Hani tak tahu pun"

"Qash dah start minggu lepas dah, saja taknak bagitahu Hani nanti Hani nak kerja jugak" Hani mencebik.

"Dear mandi dulu okay, Qash nak semak file kejap dekat bilik kerja bawah. Apa apa dear cari la Qash dekat situ" ujar Qash.

"Mandi la dulu"

"Takpelah, kejap lagi Qash mandi" Qash terus keluar dari bilik mereka.

•••

Sudah 4 jam berlalu dan Qash masih tidak naik ke bilik. Akhirnya Hani turun ke bilik itu.

"Aduhh, apa password dia ni" Hani mencuba banyak kali. Tarikh lahir Qash, tarikh lahir Hani dan nombor lain turut diletakkan tapi tetap tidak berjaya. Kebetulan Aryyan lalu didepan bilik itu.

"Eh akak, buat apa dekat sini?"

"Cari abang awak laa, yan tahu tak pass bilik ni?"

"Nope, abang tak pernah bagitahu kitaorang. Dan kitaorang pun tak boleh masuk" Hani cuba mengetuk pintu dari luar.

"Abang tak dengar"

"Kenapa?"

"Pintu ni kalis bunyi" ujar Aryyan sebelum berlalu pergi.

"Pulak dah" Hani mengeluarkan telefonnya dari poket belakang seluar. Nombor Ikhwan didail. Tut, tut, tut.

"Hello, kenapa Hani?"

"You tahu tak pass bilik Qash?"

"Bilik? Bilik mana?"

"Bilik kerja dia dekat rumah agam ni"

"Oh bilik tu, jap jap. Kenapa you tanya?"

"Dah 4 jam Qash berkurung dalam bilik ni. Banyak kali dah I ketuk pintu bilik ni, tak dengar jugak"

"Macam tu ke? Pass dia 250904"

"Okay thank you. Nanti I treat you"

"Alright" talian terus diputuskan. Nombor pass ditekan dan berbunyi bip sebelum nombor pass itu bertukar kepada warna hijau. Hani sudah tersenyum puas. Qash yang berada di dalam bilik itu terus berpusing kearah pintu yang dibuka dari luar. Dia memusingkan semula kepalanya kearah komputernya.

"How did you know my pass?" muka tidak memandang Hani.

"Someone just told me" Qash terus memandang.

"Dear?"

"Qash ni.. risau Hani tau.. Qash cakap nak turun sekejap je. Tapi sekarang dah lebih 4 jam tau"

"Sorry dear, sepatutnya sekejap je tadi. Tapi Imran ni ha nak file lain pulak"

"Kalau ye pun, makan and mandi la dulu. Qash tak makan lagi tadi kan?"

"Jangan risau la, Qash tak lapar lagi"

"Suka hati Qash la, btw ada apa dalam bilik ni? Nampak macam bilik ni selalu dibersihkan" ujar Hani sambil memandang sekeliling bilik itu.

"Qash je yang bersihkan bilik ni, sebab orang lain takboleh masuk. Tapi tak tahu la macam mana Hani boleh terlepas"

"Hani call Ikhwan, tanya pass"

"Patutlaa"

"Qash, nak tanya sikit boleh?"

"Anything" ujar Qash sambil mengemas buku yang bersepah di atas meja itu. Ubatnya turut diambil dan diletakkan di dalam laci.

"Kenapa adik adik Qash tak boleh masuk dalam bilik ni?"

"Erm.. sebab ni bilik kerja Qash. Sebenarnya bilik ni dah wujud sejak Qash umur 11 tahun. Lepas peristiwa Qash kena culik tu, Qash mintak dengan daddy untuk ada bilik untuk Qash bersendirian tanpa sesiapa boleh masuk. Sebab kalau bilik tidur tu, tahu je la, Aryyan and yang lain redah masuk je" jawab Qash lalu dia tersenyum kecil.

"Tapi kenapa Qash nak bersendirian?" soal Hani lagi.

"Sebab lepas peristiwa tu, Qash berubah. Qash bukan lagi Qash yang banyak mulut, suka share itu ini, berkawan dengan semua orang. Qash jadi pendiam, mudah nangis, mudah marah dan mula berahsia. I have a lot of secret that i think i dont want to share with anyone until now. Dekat sini lah tempat Qash luahkan semua. Daddy and mummy faham. Diaorang pun busy, diaorang pun tak sempat nak ambil tahu banyak banyak pasal Qash. Cukup diaorang tahu Qash okay. That's it. Lagipun, adik adik ramai, tak sempat mummy and daddy nak urus semua"

"It's must be hard for you" ujar Hani. Qash senyum kecil.

"Itulah orang panggil pengalaman. Tapi semua tu tak lama pun. Dalam setahun macam tu, Qash yang dulu kembali semula. Tapi yang bezakan Qash yang dulu dengan Qash yang sekarang ialah, Qash hidup dalam trauma, ketakutan dan masih berahsia. Apa yang Qash fikir masatu, Qash tak perlu nak susahkan mummy and daddy. Lagipun mummy tengah pregnantkan Nadyne masa tu"

"Apa yang Qash buat dalam bilik ni?"

"Qash tulis diary, Qash fikir cara untuk survive, macam macam la Qash buat. Erm.. dah la pasal ni, Qash malas nak ingat zaman perit tu. Nanti kalau Qash dah ready untuk cerita dekat Hani. Qash akan cerita semuanya" Qash senyum.

"Hani akan tunggu cerita tu dari Qash" ujar Hani.

"Ien mana?"

"Ada dengan daddy" Qash mengangguk.

"Dah la Qash, jom makan?" ajak Hani.

"Fine, queen of paksa" Hani senyum sebelum mereka keluar dari bilik itu.



Bersambung...

Suratan TakdirWhere stories live. Discover now