Beberapa hari selepas kejadian melamar itu, nama Qash dan Hani mula viral di semua media sosial. Ramai yang mengucap tahniah dan mendoakan. Dan ramai juga yang dengki. Tetapi Qash tidak kisah. Dia buat semua tu, bukan untuk mendapat perhatian orang ramai pun. Sekarang dia berada di officenya. Hani pula mengikut keluarganya pulang ke Kuala Lumpur untuk membuat persiapan. Mungkin petang ini dia balik ke sini semula. Qash ingin membantu, tetapi dilarang keras oleh Nadiya. Mereka sudah tahu tentang Qash dibuang oleh daddy nya. Jadi mereka volunteer nak buat persiapan. Qash nak buat apa lagi selain bersetuju. Kalau ikutkan dia nak tempah je semua benda. Tetapi mummy Hani cakap, tak payah membazir. So setuju je la. Tiba tiba iphone Qash berbunyi. Qash terus menjawab panggilan itu.
"Hello?"
"Finally, angkat pun!" suara itu. Qash terus melihat nombor yang menelefonnya itu.
"Abang, jangan la tutup lagi" ujar Ammar. Qash hanya diam.
"Qash, anak mummy. Sayang, jangan la macam ni. Mummy dah tahu apa yang jadi between you and daddy. Daddy dah menyesal dengan tindakan dia. Balik la sayang. Qash nak kahwinkan? Balik la, kita buat persiapan sama sama" pujuk Raisya.
"Sorry mummy, tapi persiapan keluarga Hani dah siapkan. Qash pun dah siapkan hantaran semua. Mummy and family tak perlu risau. Qash okay je. Qash betul betul okay. Buat masa ni, Qash takkan balik ke rumah agam. Bagi Qash masa" Raisya mengangguk faham.
"Bila majlis Qash dilangsungkan? And dekat mana?"
"Dua bulan lagi, nanti Qash send invitation card. Kalau mummy dan family tak keberatan, datang la"
"Mesti, takkan mummy taknak tengok anak mummy ni kahwin" Qash tersenyum kecil.
"Okay la mummy, Qash nak siapkan kerja sikit"
"Okay, sayang. Jaga diri tau" Qash menjawab sebelum dia menutup panggilan itu. Dia menyambung kerjanya sedikit sebelum membuka laci kecil disebelah mejanya. Botol putih kecil dicapai, penutup botol dibuka. Ubat dikeluarkan lalu dimasukkan kedalam mulut. Air mineral diteguk rakus. Dia tidak pernah mengambil ubat itu di pejabat kerana ubat itu akan membuat dia berasa sangat mengantuk. Tapi dia terpaksa, sakit dipinggang makin kuat berdenyut. Kaki laju melangkah kearah sofa yang berada dibiliknya itu. Badan direbahkan disitu. Dia terus tertidur.
•••
"Boss ada dekat office? Buat apa? Hari ni cuti kan, dah malam pulak tu?" soal hani semasa dia ingin memgambil barangnnya di pejabat. Guard di bawah memberitahunya.
"Qash tu workahlic sangat, itu yang hari cuti pun nak kerja" ujar Luqman.
"Masalahnya dah malam ni abang" jawab Hani pula. Luqman hanya mengikut Hani dari belakang. Bilik Qash terus dituju. Hani terus masuk ke dalam bilik itu. Luqman memandang bilik yang gelap itu. Suis terus dibuka. Qash yang masih tidur di sofa itu dipandang.
"Dah kenapa pulak tidur dekat sini" ujar Luqman. Hani mendekati Qash. Dia mengejutkan Qash tetapi tiada respons.
"Abang, Qash pengsan ni! Cepat dukung dia, kita bawak pergi hospital" kata hani panik. Luqman terus mendukung Qash dan berlari turun ke parking lot. Kereta laju dipecut ke hospital.
•••
Hani mundar mandir di luar bilik kecemasan. Dia risau dengan keadaan Qash. Muka Qash pucat sangat tadi. Luqman pula baru lepas call Ikhwan.
"Adik, sabar lah" Hani terus duduk di sebelah Luqman.
"Macam mana adik nak sabar, muka Qash pucat gila kot tadi" ujar Hani risau. Ikhwan berlari kearah mereka.
"Ha, Luqman. Mana Qash?" soal Ikhwan risau.
"Dia tak keluar lagi" Ikhwan mengeluh kecil.
Klak,
YOU ARE READING
Suratan Takdir
RandomDilahirkan sebagai anak sulung didalam keluarga yang kaya, bukan lah mudah seperti yang orang sangka kan. Berbagai ujian yang menimpanya tetapi dia tetap sabar dan terus berjalan mencari kekuatan. •••••• "Not all man who is nice to you is flirting w...