Bab 25

180 11 0
                                    

Heidy berlari masuk ke dalam rumah agam Andre.

"Signor! Phone Uqayl dah active!" jeritnya.

"Yes Heidy, dia dah call saya pun" ujar Raisya. Heidy terus menunduk hormat.

"Qash call you?" soal Andre yang baru turun dari atas. Heidy meminta diri untuk berlalu.

"Yup. I baru habis cakap dengan dia"

"Serius? Macam mana dia? Okay tak?"

"Dia cakap okay je. Phone dia hilang rupanya, baru jumpa harini"

"Seriusly? Haihla anak you tu. Careless betul!"

"Anak you jugak. And perangai careless dia tu, confirm ikut you" Andre mencebik.

••••

Sejak kejadian haritu, Harry, Leo, Zac dan Adam tidak benarkan Qash keluar dari rumah berseorangan. Mereka membuat syarat untuk menjaga keselamatan Qash dan tidak mahu perkara lama berlaku lagi. Qash pula hanya mengikut. Kalau tak ikut, confirm kena bebel dengan si Adam tu. Qash menggeleng kecil sambil tersenyum. Qash mendekati meja belajar di dalam biliknya. Diary kesayangannya diambil. Qash menulis sesuatu.

18 August 2018,

Setiap benda yang terjadi, pasti ada hikmah.

Aku diculik lagi. Kali ni mungkin lagi extreme dari yang dulu. Aku tak tahu kenapa asyik aku yang jadi mangsa. Orang yang culik aku tu, anak kepada perempuan yang culik aku 12 tahun yang lepas. Aku tak sangka, semua ni akan jadi dekat aku. Aku sepatutnya bagitahu daddy tentang ni, tetapi aku taknak dia risau and aku takut rahsia tentang penyakit aku terbongkar.

Qash menutup diarynya.

"Qash, ni susu" ujar Adam. Qash sedang duduk di kerusi meja belajar terus berpusing kebelakang.

"Ad, aku boleh keluar la ambik sendiri. Jangan susahkan diri kau"

"Tahu, tapi kalau tunggu kau keluar, basi kot semua makanan" sindir Adam.

"Amboi, sindir nampak?" ujar Qash. Dia sudah berdiri.

"Dengar macam sindir ke?" soal Adam.

"Aku gurau je. Jom la makan" bahu Adam dipaut. Laju sahaja meja makan dituju.

"Duduk la. Aku masakkan makanan favourite kau"

"Wahhh, thank you abang Ad!"

"Tak payah nak abang sangat la. Geli aku" ujar Adam. Adam memang macam ni. Ego tinggi. Tapi tetap care pasal adik adik dia. Kalau nak mengada, boleh pergi dekat Harry. Harry jenis melayan je.

"Mana orang lain?" soal Qash. Biasanya diaorang yang sampai dulu di meja makan.

"Tidur lagi, semalam diaorang tidur lambat sebab main game"

"Ouh. Kau join ke semalam?"

"Join, tapi tidur awal" Qash hanya mencebik.

"Kau mana pernah tidur lambat. Asyik tidur awal je. Cuba try tidur lambat, best"

"Taknak aku. Kita dah penat satu hari, malam untuk rehatkan diri. Tidur awal awal. Bukannya tidur lewat. Itu lah sebabnya mata merah, bangun lambat lepastu terlepas subuh" Qash terus berhenti menyuap.

"Okay, you win" kata Qash sebelum dia menyambung semula.

••••

Klak,

Perlahan lahan Qash masuk kedalam rumah agam itu tanpa disedari. Bunyi bising dari ruang tamu itu menandakan mummynya ada tetamu. Qash memanjat anak tangga tanpa membuat bunyi langsung. Bagasinya pula diangkat. Sedang dia berusaha untuk tidak membuat bunyi, matanya memandang keruang tamu itu. Risau jika mummynya nampak akan dirinya. Disebabkan hal itu, dia tidak perasan akan seseorang dihadapannya. Mereka berdua berlanggar, sebelum Qash cuba menyambut orang itu. Serentak bunyi bagasi jatuh dan jeritan orang itu membuatkan tetamu Raisya dan keluarganya memandang kearah itu. Qash pula memejam matanya. Qash terus membuka matanya. Alangkah terkejutnya apabila jarak muka antara mereka hanya beberapa inci. Wait.

Suratan TakdirWhere stories live. Discover now