"Selamat Pagi Encik, lagi 1 jam doktor akan datang untuk cek keadaan Encik" kata nurse yang bertugas. Qash tersenyum kecil. Tepat itu Hani sampai.
"Goodmorning boss!"
"Saya keluar dulu nanti saya datang balik dengan doktor" Hani hanya mengangguk kecil.
"You buat apa dekat sini pagi pagi?"
"Melawat boss la"
"Jangan jadikan alasan melawat I untuk taknak masuk kerja" ujar Qash dingin.
"Boss ni, mana ada saya buat macam tu. Tak terdetik dekat hati pun tau. Kalau saya datang salah, saya tak datang salah. Kalau macam tu saya balik office dulu la" muka Qash terus berubah.
"Eh Hani. I gurau je. You ni janganla ambik serius"
"Boss tu, yang serius je. Boss ada masalah ke? Asyik dingin je"
"Nah, I cuma penat sikit" Hani mengangguk kecil.
"Boss dah breakfast?"
"Belum, I takde selera nak makan" ujar Qash lalu dia melelapkan mata. Hani tersenyum kecil. Dia menulis sekeping note lalu dilekatkan pada iphone Qash sebelum dia keluar dari bilik itu.
•••
Beberapa minggu kemudian,
"Hani, tolong kosongkan jadual I petang ni"
"Kenapa boss?"
"I ada date... eh no! I nak jumpa client" ujar Qash membetulkan semula apa yang dikatakan. Hani ketawa kecil.
"Cantik sangat ke client tu, sampai boss nak date?" usik Hani.
"Merepek la you ni. Nanti you ikut I sekali tau" Ujar Qash sebelum dia berlalu ke biliknya semula. Hani hanya tersenyum kecil.
•••
"So, anything you can inform with my secretary" ujar Qash ramah.
"Okay, thank you" Qash mengangguk kecil sebelum clientnya itu bangun dan berlalu dari situ.
"Okay Hani, let's go" Hani bangun sambil membawa beberapa fail. Qash memandang Hani.
"Give me the file" ujar Qash. Hani memandang Qash blur.
"Bagilah file tu, berat tu kan. I takde la jahat sangat sampai nak bagi you bawak file berat macam tu" ujar Qash.
"Oh, ni kan kerja saya. Lagipun takde la berat sangat" jawab Hani pula. Qash mengeluh kecil sebelum dia merampas semua file tu daripada Hani.
"Walaupun ni kerja you, tapi you perempuan. I lelaki, takkan semua I nak suruh you buat sedangkan I still boleh bawak file ni sendiri"
"Okay lah boss. Dah jom" ajak Hani. Qash terus membuka langkahnya. Hani mengikut di belakang. Sambil dia mengikut Qash, matanya memandang ke arah seorang lelaki yang dikenali bersama seorang perempuan sedang berpegang tangan dan bergelak tawa. Hani terkejut. Dia memanggil bossnya.
"Boss, saya nak pergi toilet kejap boleh?"
"Erm, okay. I tunggu dalam kereta" Hani mengangguk. Qash terus masuk ke dalam kereta.
•••
Di dalam kereta,
"Should I tell her? Or not?" soal Qash sendiri. Sebenarnya Qash nampak boyfriend Hani bersama perempuan lain tetapi dia tidak sanggup untuk memberitahu. Qash mengeluh kecil.
"Ish, lamanya pergi toilet" ujar Qash sendiri. Akhirnya dia decided untuk keluar mencari Hani. Laju sahaja kaki panjang itu melangkah masuk semula ke dalam mall itu. Dia jumpa client di café yang berada dalam mall tu. Sekeliling dicari, sehinggalah dia jumpa Hani.
YOU ARE READING
Suratan Takdir
RandomDilahirkan sebagai anak sulung didalam keluarga yang kaya, bukan lah mudah seperti yang orang sangka kan. Berbagai ujian yang menimpanya tetapi dia tetap sabar dan terus berjalan mencari kekuatan. •••••• "Not all man who is nice to you is flirting w...