"Erm, kalau takde apa apa effect lain, awak dah boleh keluar petang ni. Tapi, luka tu still perlukan rawatan rapi. Takut nanti jangkitan kuman pula"
"Kalau macam tu, buat appointment la doktor. Saya bawa dia datang hospital and cuci luka" kata Andre.
"Daddy, tak payah la. Qash boleh cuci sendiri" bisik Qash.
"No, I cant trust you
"Sampai hati daddy tak percaya Qash" Andre hanya mencebik.
"Tak perlu pun encik, luka tu boleh dicuci sendiri"
"Okay, terima kasih doktor"
"Kalau takde apa apa saya keluar dulu" Andre hanya mengangguk. Doktor itu terus keluar.
"Orang yang tembak Qash tu, daddy dah suruh orang orang daddy cari"
"Qash tak suruh pun. Kenapa daddy nak cari?"
"Orang tu berdendam dengan daddy. Tapi Qash yang jadi mangsa. Sama juga dengan perempuan yang culik Qash dulu"
"Finally, daddy sedar hal tu"
"I'm sorry, selama ni daddy lalai. Tak perasan keselamatan Qash tak terkawal. Daddy dah ketatkan kawalan. At least kalau Qash keluar, ada yang jaga"
"Dah la daddy, Qash penat la. Asyik topik ni je kita bincang" ujar Qash lalu dia berbaring semula. Andre hanya memandang anak sulungnya itu.
"Ni daddy nak bagitahu, mummy Qash"
"Kenapa? Dah halau Qash? Nak bawa masuk Alisa dalam rumah agam?"
"Apa Qash ni. Anak daddy dan mummy kan Qash bukan Alisa"
"Daddy patut cakap tu dekat mummy bukan Qash"
"Ish dia ni kan. Dengar la dulu apa orang nak cakap. Daddy tak habis cakap lagi dah potong"
"Okay, sorry"
"Mummy mintak maaf and dia nak Qash duduk dekat rumah agam bukan kondo Qash tu"
"Kenapa mummy tak mintak maaf sendiri?"
"Mummy ada meeting"
"Qash tak marah mummy pun daddy, Qash cuma kecil hati" Andre tersenyum kecil.
"Daddy tahu anak daddy ni hati lembut. Tapi, walaupun hati Qash lembut, jangan lupa, Qash anak sulung dan jawatan tu, Qash ingatkan?"
"Qash ingat daddy, tapi tak boleh ke kalau Qash taknak ambil alih jawatan tu?"
"Kenapa Qash taknak? Qash dah janji kan. Macam ni la masih ada 2 tahun untuk Qash fikir betul betul dan daddy letak harapan yang tinggi sangat dekat Qash" ujar Andre sebelum dia keluar untuk menjawab telefon.
"Tapi daddy, Qash sakit. Qash hidup dah tak lama and Qash taknak tambah dosa" ujar Qash sendiri.
•••
Beberapa minggu kemudian,
Qash bangun dari tidurnya. Bathroom terus dituju. Setelah siap mandi, dia mengenakan kemeja putih dan seluar slack hitam. Dia masih tidak larat untuk pergi kerja, tetapi Qash memaksa dirinya. 2 minggu sudah cukup untuk dia berehat. Qash melihat dirinya melalui pantulan cermin. Dia tersenyum kecil sebelum keluar dari biliknya. Tangga terus dituruni perlahan lahan. Sampai sahaja ke dapur, Raisya dan Andre memandangnya.
"Nak pergi mana ni?" soal Andre.
"Er, Qash dah okay. So Qash nak pergi office la" ujar Qash ceria.
"Anak mummy dah betul betul sihat ke ni?" soal Raisya risau. Adik adiknya turut memandang kearah Qash.
"Ala mummy, kena tembak je pun. Takde apa la. Qash kena la biasakan diri. Tengok la siapa daddy Qash" Raisya hanya mengeluh kecil. Andre tersenyum kecil.
"That's my boy! Come, eat" Qash terus mengambil tempat disebelah daddynya.
Bersambung....
YOU ARE READING
Suratan Takdir
RandomDilahirkan sebagai anak sulung didalam keluarga yang kaya, bukan lah mudah seperti yang orang sangka kan. Berbagai ujian yang menimpanya tetapi dia tetap sabar dan terus berjalan mencari kekuatan. •••••• "Not all man who is nice to you is flirting w...