Bab 70 [The End]

428 26 4
                                    

You guys boleh buka lagu diatas sebelum baca okeh. Enjoy!

1 tahun kemudian,

Seorang perempuan sedang menulis di meja tulisnya.

Hi Qash, rindunya Hani dengan Qash. Nasib baik ada Ien, muka Ien sebijik muka Qash. Sekurang kurangnya terubat la sikit rindu pada Qash. Hehe. Dah setahun Qash tinggalkan kita semua. Alhamdulillah, Hani dah makin kuat berbanding dulu. Kalau dulu, Hani selalu fikir. Boleh ke aku hidup tanpa Qash? Macam mana aku nak besarkan Ien tanpa suami disisi? Tapi tak sangka Hani boleh harungi semua. Allah mudahkan urusan Hani. Keluarga Qash pun banyak tolong Hani. Tapi tu la, adik adik Qash semua dah tak macam dulu. Tiada lagi gelak tawa, sakat menyakat macam dulu. Kalau ada pun mesti awkward. Rumah agam daddy tak seceria dulu Qash. Cerianya Qash bawa bersama. Rumah agam daddy sekarang sunyi. Ye masa akan membuatkan semua menjadi normal kembali. Tapi sekarang boleh ke semua berubah normal?

Qash nak tahu tak? Company Qash dah meluas sehingga ke luar negara tau. Berkat usaha Harriz dan Ammar. Aryyan, dah tak duduk dekat rumah agam ni. Dia ambil alih company daddy yang dekat Itali. Dan dia dah tinggal dekat sana. Kalau ikut apa yang mummy bagitahu, harini yan balik. Harriz pula ambil alih company Qash di Johor tu. Dia pun dah pindah sana. Ammar? Ammar jaga syarikat Qash dekat luar negara tu. Arfan pula masih belajar untuk jadi doktor. Nadyne pula? Nadyne terus jadi pendiam Qash. Susah dah Hani nak nampak dia yang manja yang banyak cakap. Dia teruskan hari dia macam biasa.. cuma Hani boleh nampak la perubahan dia. Mummy and daddy okay. Diaorang just teruskan kehidupan macam mana semua anak anak dia. Semua orang berubah Qash. Nak tahu pasal bff Qash? Dia bukan lagi Ikhwan yang Hani kenal. Ikhwan berubah macam Qash masa mula mula Hani jumpa. Ikhwan macam tiada semangat nak hidup. Dan dia selalu elak dari jumpa dengan Hani dan Ien. Mungkin dia akan ingatkan Qash kalau dia jumpa Hani dan Ien. Haritu Hani terserempak dengan dia dekat mall, Hani tengok dia lain sangat Qash. Kehidupan dia macam tak terurus. Hani kejar dia sebab nak tanya khabar tapi dia lari dari Hani. Sejak dari kejadian tu, kitaorang dah tak jumpa lagi dah. Ikhwan hilangkan diri. Mummy and daddy call pun dia tak jawab. Maafkan Hani, Hani dah cuba untuk kembalikan Ikhwan. Tetapi tak berjaya.

Qash nak tahu something best tak? Ien dah boleh jalan dan cakap sikit sikit. Hani bersyukur sangat sebab Ien tak pernah susahkan Hani. Dia baik sangat, dia taknak susahkan mama dia. Dari dia dalam perut lagi dia baik Qash. Tak banyak ragam. Dia tahu Qash takde kalau dia merengek. Dia anak yang bijak Qash. Bijak macam daddy dia. Tapi dalam 3 bulan sekali mesti Ien demam. Demam rindukan Qash lah kot. Tapi takpe dia demam pun dia tak banyak merengek. Siap senyum lagi. Sama macam Qash. Sakit pun senyum. Okay lah Qash, sampai sini je la dulu. Ien dah bangun tu. Nanti Hani sambung lagi ye. Assalamualaikum bidadara.

-Your Dear, Hani Miqayla-

Diarynya ditutup, pen diletakkan diatas meja.

"Kejap Ien. Anak mama lapar ye? Kejap mama buat susu" susu dibancuh dengan pantas lalu disuakan kepada ien. Hani tersenyum melihat Ien.

"Jadi anak yang soleh ya anak mama. Jadi macam daddy Ien, berjasa pada keluarga, peramah dengan sesiapa pun, bertanggungjawab pada mama" Ien yang berbaring diatas katil itu ditatap. Botol susu yang kosong itu diberikan kepada Hani. Hani mengusap kepala Ien.

"Pandai anak mama. Harini papa yan balik, Ien mesti tak sabar kan nak jumpa papa yan"

"Pa..pa yan" Hani tersenyum lagi.

"Bijak macam daddy" Ien didukung. Hani terus melangkah keluar dari bilik itu. Kakinya laju menurun anak tangga.

"Goodmorning mummy, ada apa yang boleh Hani tolong?"

"Goodmorning, takde apa dah Hani. Aminah dah siapkan"

"Oh yeke? Sorry lambat mummy, Hani tulis diary sekejap tadi"

"Takpelah sayang, ni Ien dah mandi belum?"

"Belum lagi, dia baru bangun ni. Kejap lagi Hani mandikan. Btw pukul berapa yan sampai sini?"

"Dia cakap, around 11 pagi macam tu"

"Oh lagi 3 jam la. Takpelah Hani nak mandikan Ien kejap tau" Raisya mengangguk. Hani terus naik keatas semula.

•••••••

"Ienn!!" jerit Aryyan.

"Pa..pa!" jerit Ien pula. Aryyan terus mendakap tubuh kecil Ien.

"Rindunya papa yan dengan Ien. Besar dah dia. Ien sihat? Naughty tak ni?" Ien ketawa mengekek apabila Aryyan mendukungnya.

"Kak Hani, how are you?"

"Macam ni la yan. How about you?"

"Akak nampak yan macam mana?"

"Makin sihat je nampak"

"Nak cakap yan gemuk la ni?"

"Makan banyak ey dekat itali"

"Ish mana ada!"

"Hahaha, dah jom la. Abang Mad dah tunggu dalam kereta tu ha"

"Orang lain tak ikut?"

"Diaorang busy yan. Akak ada ajak, tapi semua tak boleh. Sorry"

"Takde apa la kak, yan tanya je. Yan faham la, dulu abang pun macam ni. Balik dari New York, takde orang sempat nak ambik dia. Yan jugak yang amik" Hani hanya mengangguk. Mereka bertiga terus berjalan menuju ke kereta.

Sebelum sampai dirumah, mereka singgah dikubur Qash dahulu.

"Assalamualaikum Qash, Hani datang ni. Bawa Ien sekali"

"Da..ddy!" Aryyan senyum melihat Ien.

"Bro, sorry dah lama tak lawat kau. Aku tinggal dekat itali, busy gila. Tapi sekarang aku dah balik. Nanti hari hari aku lawat kau" ujar Aryyan sebelum ien menangis.

"Ien sayang.. kenapa nangis ni? Kita jumpa daddy ni.. jangan lah nangis.." pujuk Aryyan. Ien senyap sebentar sebelum dia menangis semakin kuat.

"Takpelah yan.. panas ni.. bawak dia masuk dalam kereta" Aryyan mengangguk. Ien diambil dan dibawa kedalam kereta.

"Qash, Hani rindu Qash. Tapi apa boleh Hani buat selain doakan Qash. Betul la orang kata, rindu pada orang yang takkan kembali ni perit" air mata perlahan lahan mengalir.

"Hani kuat demi Ien dan janji Hani pada Qash, Hani sayang Qash sangat sangat. Hani pergi dulu ya Qash, kesian dekat ien dari tadi tak berhenti menangis tu. Ada masa Hani datang lagi. Assalamualaikum bidadara" Hani terus bangun. Dia berhenti melangkah. Kubur Qash dipandang sekali lagi sebelum dia memejam matanya rapat dan air mata mengalir di pipi. Benar rindu itu berat!

KAU YANG MENGAJARKU TENTANG SEMUA, TAPI TERLUPA MENJELASKAN PADAKU. BETAPA PEDIHNYA KEHILANGAN, RINDU YANG DEKAT TAPI TAK MAMPU KU PEGANG, SENDIRI KU TAHU TENTANG KESABARAN DAN REDHA PADA SESEBUAH PERPISAHAN.


  -TAMAT-

Suratan TakdirWhere stories live. Discover now