2 minggu kemudian,
Tok... tok... tok...
"Masuk je la. Tak kunci pun" ujar Qash. Baru sahaja dia hendak melelapkan mata. Terus pintu biliknya dibuka dari luar.
"Nak apa? Pagi pagi dah kacau aku"
"Daddy nak jumpa kau" jawab Aryyan.
"Jangan tanya kenapa, aku pun tak tahu"
"Hm, kau ni, wangi pagi pagi nak pergi mana?"
"Sibuk ah kau"
"Ingat yan, motor yang aku kasi dekat kau tu, bukan untuk kau pancing perempuan" kata Qash bersama suara seraknya. Qash belikan Aryyan motorbike kegemarannya selepas dia pulang dari Paris.
"Aku tahu la. No, aku ingat lah" kata Aryyan sambil memandang Qash yang sedang menyarung tshirt.
"Aku tak suka tau tengok adik aku kaki perempuan. Jangan bagi aku nampak dengan mata aku sendiri, kau tahulah nasib kau macam mana nanti" ujar Qash sebelum dia bangun dan keluar dari biliknya.
"Walaupun aku nakal, aku tak pernah lupa apa yang kau pesan. Apa yang aku janji, itu la yang aku buat" kata Aryyan sendiri.
•••
Pintu bilik daddynya diketuk sebelum dia mendapat izin untuk masuk.
"Kenapa daddy nak jumpa Qash pagi pagi ni?"
"Daddy nak tanya about your study" Qash hanya membuat muka tiada perasaan.
"Kenapa dengan study Qash?" soal Raisya dari belakang.
"Nothing, just wanna know"
"Daddy nak tahu apa? Sebab Qash dah habis final exam, that's why Qash balik"
"Itu daddy tahu. Bila result keluar?"
"Not sure"
"Qash dah taknak sambung belajar?" soal Andre.
"Taknak lah daddy, cukup lah sampai sini dulu. Kalau Qash rasa Qash nak sambung, Qash akan sambung" Andre hanya tersenyum kecil.
"Daddy taknak bantah. Sebab Qash pun dah buat keputusan. So daddy setuju"
"Thank you daddy. Oh btw, Qash pun nak mulakan kerja dekat office daddy. Erm next week?"
"Kenapa next week? Harini la. Pergilah siap siap. Kejap lagi lepas breakfast kita pergi" Qash hanya mengangguk sebelum dia keluar dari bilik Andre.
•••
Bum! Pintu bilik dihempas kecil. Ada eh? Ah biar lah
"Aku nak tidur!" ujar Qash sebelum dia merebahkan dirinya ke atas katil yang empuk itu. Setelah 5 minit dia bangun semula. Bilik baju dituju.(dah mandi okay) hoodie putih dipakai. Jeans slim fit hitam turut dipakai. Qash melangkah kearah mejanya pula. Perfume dispray sedikit. Aksesori hanya dipandang. Rambut dibaiki sedikit. Iphone dan walletnya diambil. Terus dia keluar dari biliknya. Qash jika tiada mood memang macam tu. Dia takkan pentingkan lagi kekemasan.
"Qash. Come breakfast dulu" panggil Andre. Qash mendekati meja makan itu dengan senyuman. Kerusi disebelah daddynya ditarik. Sarapan pagi hanya dipandang.
"Taknak makan ke?"
"Takde selera la daddy"
"Kenapa? Qash tak sihat ke?"
"No. Qash Cuma taknak makan" jawab Qash sebelum dia menuang kopi kedalam cawan. Kopi itu dihirup perlahan. Habis kopi, ditambah lagi. Sehinggalah Andre menghalangnya.
"Berapa banyak cawan Qash nak minum? Kejap lagi, otw nak pergi office beli lagi"
"Ala daddy, dengan minum coffee je takkan buat Qash mengantuk"
"Are you sleepy?"
"A lil bit"
"Apa apa pun, ni bukan cara dia. Kalau Qash mengantuk takpayah pergi lagi la office"
"Takpelah daddy. Daddy makan la, Qash tunggu dalam kereta" Qash terus bangun dan menuju ke pintu utama.
"Tu dah kenapa? Taknak makan?" soal Raisya.
"Takde selera katanya"
"Kenapa pulak?" Andre hanya mengangkat bahu.
•••
"Qash, wake up. Dah sampai office ni" perlahan lahan Qash membuka matanya.
"Daddy turun la dulu. Kejap lagi Qash turun"
"Daddy tahu, Qash nak pergi beli coffee kan?"
"Mana ada la daddy"
"Dah cepat bangun. Daddy ada meeting pulak nii" kata Andre sebelum dia bergegas keluar dari kereta. Qash turut mengikut. Qash hanya mengikut daddynya di belakang. Secalit senyuman pun tidak ada. Sama seperti kali pertama dia menjejaki di company ini. Tetapi lain pula daddynya, murah betul senyuman pagi ini(Jarangnya nak tengok Andre senyum). Seperti biasa, Nisa. Masih menjadi PA Andre. Mukanya penuh teruja apabila melihat Qash berada dibelakang Andre.
"Mr Uqayl?"
"Hai" ujar Qash.
"Wahh, ni mesti happy semua orang. Bila dapat tahu Mr Uqayl dah balik Malaysia" kata Nisa. Qash pula hanya senyum. Tetapi cepat cepat dia bertukar dingin semula apabila banyak mata memerhati. Senyumannya sangat mahal dan istimewa. Hanya yang layak akan dapat. Gituww.
Bersambung....
YOU ARE READING
Suratan Takdir
RandomDilahirkan sebagai anak sulung didalam keluarga yang kaya, bukan lah mudah seperti yang orang sangka kan. Berbagai ujian yang menimpanya tetapi dia tetap sabar dan terus berjalan mencari kekuatan. •••••• "Not all man who is nice to you is flirting w...