Bab 58

134 10 0
                                    

"Qash, jumaat kau dah boleh keluar" kata Ikhwan.

"Serious?"

"Yee"

"Thank you bro"

"Ha btw, wartawan dari semalam lagi tunggu dekat bawah tu. Aku pun penat dah nak jawap"

"Diaorang tak masuk pulak?"

"Anak buah daddy dah bersepah jaga dekat bawah"

"Sampai macam tu sekali?"

"Yes, so buat masa ni kau tak payah turun bawah la"

"La kenapa pulak?"

"Kenapa? kau nak serah diri ke?"

"Apa salahnya? Aku just taknak menyusahkan orang lain. Kau tak kesian ke orang lain yang nak masuk hospital ke emergency ke?"

"Tapi Qash.."

"No tapi tapi. Aku nak serah diri jugak"

"Tapi Qash, daddy dah pesan tadi jangan bagi kau turun"

"Ni masalah aku wan, kau pun tahu kan. Aku tak suka sebab masalah aku orang lain susah"

"Fine, kau nak turun sekarang ke?"

"Boleh juga, cepat sikit settle" Ikhwan ingin mengambil wheelchair tetapi..

"Tak payah wheelchair la, aku boleh jalan"

"Betul ni?" Qash mengangguk.

"Jom" mereka terus berlalu ke tingkat bawah. Apabila Qash turun di lobi, wartawan yang berada di luar terus mengangkat kamera mereka. Hospital itu seakan bilik photoshoot pula penuh dengan flash. Anak buah Andre menahan Qash semasa Qash hendak keluar.

"Uqayl, cosa ci fai qui?" soal salah seorang anak buah Andre itu.

"Saya nak settlekan masalah kat luar tu"

"Tapi signor bagi arahan jangan bagi Uqayl keluar"

"Ni masalah signor ke masalah saya?"

"Masalah Uqayl"

"Pandai, dah tepi" bodyguard itu terus ketepi. Saat pintu utama PCMC itu terbuka, terus mereka semua menyerbu Qash. Tapi bodyguardnya sempat menghalang.

"Saya disini untuk membetulkan keadaan dan memberi jawapan kepada persoalan anda semua" mereka semua terus bersedia.

"First of all, Alhamdulillah berkat doa family, wife, friends and everyone, operation saya berjalan dengan lancar. Berkat doa semua orang juga saya diberi peluang kedua untuk hidup" seorang wartawan dihadapan Qash mengangkat tangan.

"Macam mana keadaan EQ buat masa sekarang?"

"Alhamdulillah, saya dah sihat sepenuhnya cuma saya masih dalam pantauan doktor" wartawan kedua pula mengangkat tangan.

"Apa perasaan EQ selepas terjaga dari koma selama 3 bulan?"

"My feeling? Hurmm, quite blur actually and feel like being a new EQ" mereka semua mengangguk. Banyak soalan yang ditanya sehingga Ikhwan menamatkan temu bual itu apabila dia melihat Qash sudah kepenatan.

•••

Qash dan Ikhwan masuk semula ke biliknya.

"Aku nak kau rest"

"Banyak jugak soalan diaorang"

"Sebab tu aku tak kasi kau serah diri"

"At least aku dah bagitahu apa yang diaorang nak tahu"

"Ye la" pintu bilik Qash ditolak dari luar.

"Broo!!"

"Ha ni dah kenapa pulak ni?" soal Qash.

"Bro kau trending nombor satu worldwide bro"

"Dah kenapa pulak aku trending worldwidenya?" soal Qash tak faham. Aryyan tidak dengar soalan Qash.

"Serious la yan?" soal Ikhwan. Qash membuat muka bosan, dia bukan seseorang yang sukakan popularity. Dia serah diri pun sebab taknak jadi tumpuan.

"Apa yang best bila popular? Nothing" selimut ditarik sebelum dia terlelap.

"Abang kau memang macam tu, dia tak suka popularity"

"Kau suka?"

"Kalau famous sebab benda baik aku nak"

"Ah kau" terus bilik itu penuh dengan gelak tawa mereka berdua. Qash yang sedang tidur itu terus terbatuk batuk. Pada mulanya perlahan sehinggalah tidak berhenti dan makin kuat. Ikhwan terus mendekati Qash.

"Kau okay tak ni?"

"Ai..uhuk..ai..uhuk..air" ikhwan terus mencapai botol air mineral diatas meja. Air dihulur kepada Qash. Qash meneguk dengan rakus sehingga habis sebotol. Dia menyandar lelah di kepala katil. Qash cuba bernafas seperti biasa tetapi agak sukar. Ikhwan yang risau melihatnya terus mengambil topeng pernafasan ditepi katil itu. Topeng itu terus dipakai ke mulut Qash.

"Kau degil sangat kan, ni la dapatnya. Dah suruh duduk diam diam dalam bilik, sibuk nak serah diri" Qash hanya memandang Ikhwan. Dia tidak larat nak menjawab.

"Lain kali aku cakap dengar, ni degil" kata Ikhwan sambil membaringkan Qash. Qash terus terlelap kembali. Topeng pernafasan masih berada dimulutnya.

"Topeng tu tak cabut ke?"

"Tunggu pernafasan dia stabil balik baru aku cabut"

"Haish, Qash ni degil betul" ujar Aryyan.

"Macam kau la" ujar Ikhwan sebelum keluar dari bilik itu. Aryyan mencebik.


Bersambung...

Suratan TakdirWhere stories live. Discover now