Bab 66

241 14 1
                                    

Qash dan Hani sedang mengemas untuk pulang ke rumah mereka memandangkan mereka akan mula bekerja nanti.

"Kalau Qash tak balik rumah Qash lagi tak boleh ke?" soal Raisya. Qash yang sedang mengemas itu terus memandang ke arah mummynya.

"Kenapa mummy?" soal Qash.

"Tak payah la balik rumah Qash lagi. Duduk la sini dulu sementara Qash tak kerja lagi. Nanti dah kerja tak sempat dah nak spend time dengan mummy. Lagipun nanti sunyi la mummy takde si Ien tu" Qash senyum.

"Mummy ni, bukannya Qash balik rumah sana tak balik langsung dekat sini"

"Memang laa, tapi tak sama. Nanti Qash balik terus sunyi tau rumah ni"

"Hm, okay la. Qash balik ambil baju then Qash balik sini semula okay" ujar Qash.

"Betul ni?" soal Raisya. Qash mengangguk. Raisya senyum.

"Dear, mana barang yang nak bawak balik? Biar Qash balik sorang je la, Hani dengan Ien tunggu sini"

"Kenapa? Tak jadi balik ke?" soal Hani yang baru turun dari tingkat atas.

"Tak, mummy tak puas lagi nak spend time dengan cucu dia. Takpelah, Qash balik ambil baju, kita duduk la sini dulu sampai yan boleh bagi mummy cucu lain" ujar Qash apabila kelibat Aryyan kelihatan.

"Kalau macam tu, lama lagi la kau duduk sini bang" sapuk Aryyan.

"Alah kau ni, cepat la cari calon isteri. Aku tak sabar nak jadi uncle ni. Nanti tak sempat macam mana" kata Qash sambil senyum mengejek.

"Ah, banyak la kau jadi uncle. Jadi daddy pun cukup la" marah Aryyan sebelum berlalu ke dapur. Qash senyum kecil.

"Qash pergi dulu" ujar Qash. Beg dan beberapa kotak diambil lalu diletakkan ke dalam kereta.

•••

Beberapa hari kemudian,

Seluruh keluarga Andre sibuk dengan persiapan makan malam memandangkan ada makan makan untuk ahli keluarganya. Para perempuan sibuk di dapur, para lelaki pula sedang menyediakan alat untuk memanggang(betul eh?). Mereka mahu membuat bbq malam ni. Qash hanya duduk di ruang tamu. Dia langsung tidak dibenarkan untuk menolong apa apa mahupun di dapur atau di luar. Hani hanya memberinya tugas untuk menjaga Ien. Qash mengeluh kecil. Qash memandang Ien yang berada di dalam pelukannya. Anaknya itu sudah lama tertidur. Qash senyum kecil. Matanya merenung muka comel anaknya itu. Dari mata, hidung, bibir dan tangan. Qash mencium pipi Ien sekilas sebelum dia bangun dari duduk(?). Qash mendekati tingkap yang berada di ruang tamu atas itu. Dia memerhati orang ramai dibawah itu. Qash mahu keluar melihat mereka semua tetapi tiada orang di ruang tamu itu untuk dia meninggalkan ien. Qash duduk semula di sofa. Terus terbatal niatnya ingin keluar. Iphonenya dibawa keluar dari poket seluar, Qash mengskrol ig sebelum dia tertidur di sofa itu bersama ien.

•••

Hani naik ke tingkat atas, iaitu tempat Qash dan Ien berada. Hani duduk di sebelah Qash. Rambut Qash diselak. Hani senyum.

"Kitaorang buat semua ni demi awak Qash, kitaorang tak sanggup lagi tengok awak sakit" ujar Hani. Kejadian beberapa hari lepas kembali bermain di kotak fikirannya semula.

Flashback on

Pada pagi itu, keluarga Andre duduk dimeja makan menjamu selera. Mereka semua bercerita hal masing masing, bergelak tawa dan macam macam lagi lah. Qash juga begitu. Setelah selesai makan, Qash ingin bangun untuk menyimpan pinggannya di dapur tapi tiba tiba dia sesak nafas. Qash mengcengkam dadanya lalu terbatuk batuk disitu membuatkan orang di meja makan itu panik. Mereka hendak bawa Qash ke hospital tetapi Qash taknak. Akhirnya Qash hanya rehat di rumah. Apabila ditanya, Qash cakap sebab dia lupa makan ubat. Disebabkan kejadian tu lah, mereka tak bagi Qash buat kerja berat atau apa apa kerja yang akan membuat kesihatan Qash merosot semula.

Suratan TakdirWhere stories live. Discover now