Bab 21

179 14 0
                                    

Qash sedang termenung di mejanya. Macam macam di dalam kepala dia sekarang. Berkerut keningnya memikir sesuatu.

"Mr Uqayl?" Qash terus tersedar dari lamunannya.

"Er, yes? Why?"

"Mr Fran nak jumpa" Qash mengangguk kecil sebelum berlalu ke pejabat daddynya. Pintu diketuk sebelum masuk.

"Come in!" perlahan lahan Qash membuka pintu pejabat daddynya. Setelah masuk dia duduk di kerusi dihadapan daddynya.

"Kenapa daddy nak jumpa Qash?"

"Are you okay? Daddy tengok Qash pucat je, kenapa ni?"

"Can I ask you a questions?" Andre mengangguk.

"Perempuan yang culik Qash dulu tu, betul betul dah mati ke?" soal Qash perlahan.

"Apa Qash cakap ni? Kenapa tanya macam ni?" soal Andre tidak faham.

"Qash nak tahu jawapan tu je"

"Kenapa? Qash ada jumpa orang muka macam dia?" Qash geleng.

"Takde, cuma nak tahu"

"Dah, dia dah mati. Lama dah pun" jawab Andre. Qash mengangguk kecil.

"Kalau macam tu, Qash keluar dulu la" Qash bangun dari duduknya. Baru berjalan beberapa langkah, terus dia jatuh terjelopok ke lantai.

"Qash!" jerit Andre.

•••••

Bilik itu senyap. Hanya bunyi IV drip dan tangki oksigen kedengaran. Semua yang berada di dalam bilik itu hanya menunggu Qash sedar. Sudah 5 jam Qash tidak sedarkan diri.

"Anak saya macam mana doktor?"

"Alhamdulillah tiada yang serius, cuma dia tak cukup rehat. Erm, boleh saya tahu, Encik Uqayl pernah mengalami trauma pada masa lalu ke?" tanya doktor itu.

"Kenapa ye?" soal Andre pelik.

"Salah satu punca dia pengsan juga kerana trauma attack. Buatkan dia rasa ketakutan melampau sampai dia pengsan" terang doktor itu.

"Tapi dah 7 tahun, and dia pun pernah cakap dia dah tak trauma or what" ujar Andre.

"Kebiasaanya dia ternampak atau terjumpa sesuatu yang boleh ingatkan semula kepada trauma dia" Andre mengangguk faham.

"Faham. Thank you doktor" doktor itu mengangguk kecil sebelum berlalu pergi.

Flashback end

"Mummy, daddy. Event nanti macam mana?" soal Aryyan. Sepatutnya, Andre dan Qash perlu hadir ke majlis perpisahan Qash tetapi macam ni pulak yang jadi.

"Nampaknya, riel la yang kena pergi" ujar Andre.

"Me? No daddy. Terlalu muda untuk menonjol" ujar Aryyan riak.

"Habistu, riel nak suruh abang riel yang tak sedar ni pergi?" marah Andre. Dia pula tidak dapat pergi memandangkan clientnya hendak meeting last minute.

"Tiada siapa pergi. Bukan lebih senang. Lagipun tu kan majlis perpisahan abang, buat apa yan yang pergi"

"Aryyan Adriel, its still important to me"

"Kalau daddy rasa penting, kenapa daddy tak cancel and buat hari lain? Daddy dah tahu ada meeting dengan client malam ni, tapi daddy still nak buat majlis tu"

"What's wrong with you Adriel? Dah pandai nak tunjuk perangai?"

"Kenapa? Tak boleh ke nak tunjuk perangai? Selama ni, yan sabar je tengok mummy dan daddy paksa abang itu ini. Ada mummy dan daddy fikir pasal abang? Ada fikir perasaan abang? Fikir perkara yang buat abang tak selesa? Pernah tak mummy dan daddy fikir kenapa abang selalu sakit? Tak. Sebab abang selalu sakit semua punca dari mummy dan daddy. Abang stress sampai sakit. Sebab taknak kecilkan dan lukakan hati mummy dan daddy, abang ikut semua yang mummy dan daddy suruh. Tapi mummy dan daddy hargai?" kata Aryyan panjang sebelum dia terus berlalu dari situ. Pintu bilik itu dihempas kuat.

Qash yang sudah sedar mula mengalirkan air mata. Andre terduduk di sofa sambil mengeluh. Raisya pula masih tercengang. Apa yang dikatakan oleh Aryyan itu betul. Dia tidak pernah fikir tentang Qash. Perasaan Qash. Hidup Qash selalu dipaksa dan diatur. Walaupun kadang kadang Qash membuat keputusannya sendiri(90% masih diatur oleh mereka). Andre memandang kearah Qash. Terbuka luas matanya melihat Qash yang sudah sedar.

"Qash, you awake?" soal Andre. Raisya terus memandang Qash. Laju katil Qash didekati.

"Qash, Qash okay? Ada rasa sakit dekat mana mana?" soal Raisya risau. Qash diam.

"Qash say something. Jangan buat mummy risau" Qash senyum.

"Qash okay, mummy jangan la risau"

"Are you sure?" soal Andre. Qash mengangguk kecil.

"Mummy dan daddy tak payah la ambil hati dengan apa yang yan cakap tu. Dia tengah marah, sebab tu semuanya keluar. Sumpah, selama jadi anak mummy dan daddy, Qash tak pernah rasa terbeban. Qash ikut semua yang mummy dan daddy suruh sebab Qash taknak jadi anak derhaka. Tapi ada masa Qash lawan sebab Qash tak tahan. Maafkan Qash" ujar Qash.

"No, bukan salah Qash. Mummy yang salah, mummy selalu paksa Qash itu ini. Qash sakit pun sebab mummy" ujar Raisya penuh bersalah.

"Mana ada la mummy. Qash sakit sebab antibodi Qash lemah, bukan salah mummy"

"Salah mummy sayang, dulu masa lahirkan Qash mummy busy. Mummy tak sempat nak susukan Qash. Mummy biar Qash duduk dengan pengasuh. Mummy bagi Qash susu formula bukan susu mummy sebab tu la antibodi Qash lemah" ujar Raisya.

"Mummy, semua ni dah tertulis. Mummy tak payahlah salahkan diri mummy. Apa pun yang jadi, mummy tetap mummy Qash. Qash sayang mummy sampai bila bila"

•••

Aryyan masuk kedalam bilik Qash selepas mummy dan daddynya pulang. Qash yang sedang tidur itu diperhati.

"Kenapa kau mengamuk tadi?" Aryyan terus memandang Qash.

"Kau dengar?"

"Aku dah sedarlah. Kau yang tak perasan"

"Takde lah, aku lepaskan apa yang patut je"

"I know. Tapi kau tak sepatutnya buat macam tu. Kau nak tahu kenapa aku suka pendam perasaan aku?" Aryyan menjongket kening.

"Sebab aku taknak mummy and daddy rasa bersalah. Diaorang busy yan, aku taknak kerja diaorang terganggu sebab fikirkan perasaan aku. Aku tak kisah yan. Sumpah aku tak kisah. Aku anak sulung. Aku ada 5 orang adik untuk kongsi kasih sayang daddy dan mummy. Sebab tu aku tak memberontak. Kalau aku memberontak, mungkin semua adik adik lain takkan dapat kasih sayang tu"

"Tapi, mummy dan daddy pun kena jaga perasaan kau. Kena ambil tahu tentang kau. Jangan sebab kau anak sulung, dan kau ramai adik, kau dipinggirkan. Jangan sampai satu hari nanti, kau tak cukup kasih sayang"

"Aryyan, selama 18 tahun aku hidup, aku dah terlebih kasih sayang. Walaupun dari kecil mummy dan daddy busy, tapi diaorang tak pernah lupakan tanggungjawab diaorang"

"Kau baik sangat bang. Kau abang yang paling terbaik dalam dunia ni. Janji dengan aku, jangan pernah tinggalkan aku tau"

"Kenapa pulak aku nak tinggalkan kau?"

"Manalah tahu, kau ada niat nak tinggalkan kitaorang"

"Merepek lah"


Bersambung....

Suratan TakdirWhere stories live. Discover now