Bab 43

162 15 0
                                    

Qash tidak terus balik ke kondonya, dia singgah di cafe kegemarannya. Ikhwan yang ada disitu berpaling kearah Qash apabila dia terhidu perfume yang dipakai oleh Qash. Kaki laju melangkah kearah Qash.

"Qash! Finally! Kau balik sini semula" Qash yang terkejut dengan sergahan Ikhwan itu terus memukul lengan Ikhwan.

"Kau kenapa pukul aku?"

"Kau tu tiba tiba sergah aku"

"Hehehe, sorry. Kau dah balik sini semula ke?"

"Nope, aku sekejap je dekat sini. Ada nak jumpa client" Ikhwan mengangguk kecil.

"Kau datang sini sorang je ke?" soal Qash sambil memandang sekeliling.

"Tak, aku tunggu someone"

"Siapa?" tiba tiba iphone milik Ikhwan berbunyi.

"Kejap tau"

"Ha, meja ni. Kau dekat mana? Ha aku nampak kau sini sini" telefon disimpan. Aryyan dan Ammar terus kearah meja yang Ikhwan duduki. Mereka semua terkejut dengan kehadiran seseorang yang ada disitu.

"Abang? Bila abang balik sini?" soal Ammar. Qash membuat muka dingin sebelum dia bangun tetapi dihalang oleh Ikhwan.

"Oh please wan, I got to go"

"Kau nak pergi mana? Duduk la dulu"

"Wan aku penat la, aku drive jauh tau"

"Qash, sampai bila kau nak jadi macam ni?"

"Sampai aku mati"

"Abang!" marah Ammar.

"Aku chaw dulu" kata Qash tapi ditahan oleh Aryyan pula.

"Kalau kau asyik lari, macam mana masalah nak selesai? Kau duduk boleh?"

"Kau siapa nak halang aku?"

"Aku adik kau. Duduk!"

"Yan, control your anger" ujar Ikhwan. Qash terus duduk.

"Aku tak banyak masa nak lepak, just tell me, kau nak apa?"

"Balik semula dekat Andre's family" ujar Aryyan. Qash smirk.

"Nanti la aku fikir balik and one more thing, jangan call Hani dalam masa sebulan. Apa apa call aku. Mintak nombor dengan Ikhwan" Qash terus bangun dan berlalu dari situ. Mereka semua mengeluh kecil.

•••

"Macam mana la boleh terserempak" kata Qash sendiri sambil bermain iphone xnya. Tiba tiba telefonnya berbunyi kuat minta diangkat. Senyuman terus terukir hingga ke telinga.

"Nombor yang anda dial, tiada dalam perkhidmatan cuma ada di hati anda" ujar Qash lalu dia tergelak sendiri.

"Ish boss ni, tak habis habis" marah Hani.

"Haih awak ni memang degil betul la. Kenapa call?"

"Mummy and abah ajak awak makan tengah hari esok"

"Ha? Kenapa?"

"Awak busy ke esok? Kalau busy takpela"

"Eh takde la, esok saya datang"

"Okay, jumpa esok"

"Dah pergi tidur. Dah lewat ni, sayang saya mana boleh tidur lewat. Sweet dream! Mimpikan saya tau, bye dear"

"Awak ni kan, okay la goodnight too Qash" Hani terus memutuskan panggilan.

"Haih, bosannya. Nak buat apa ya?" soal Qash sendiri. App photos ditekan, gambar Hani yang candid itu ditatap.

"Agak agaknya, apa perasaan kau dekat aku ey? Kau dapat tak rasa apa yang aku rasa?" soal Qash sendiri sebelum dia turun dari katil. Tiba tiba pinggangnya sakit menyebabkan dia jatuh terjelopok ke lantai. Qash cuba menahan sakit itu tetapi tidak boleh. Perbualannya bersama doktor minggu lepas, terngiang ngiang kembali.

"Uqayl, you're already on your limit. You should get admitted right away or else you will get more worse" Qash senyum.

"I still have a lof of things to do before I die and I don't want to waste my time to stay in hospital" doktor itu mengeluh kecil.

"Kalau Uqayl tak dapatkan rawatan sekarang, peluang untuk Uqayl hidup sangat tipis. Sorry to say this, but maybe you will survive for 3 months"

"Doktor bukan Tuhan untuk tentukan berapa lama saya hidup. I'm sorry. I'm not gonna do it" ujar Qash sebelum bangun.

"Wait Uqayl. I understand if you don't want it, but promise me, terus datang jumpa saya kalau ada sakit sakit" Qash mengangguk sebelum keluar.

Qash merengus kesakitan sebelum dia bangun perlahan lahan. Laci meja dibuka, botol ubat diambil. Beberapa biji ubat dibawa keluar sebelum Qash menelannya. Air mineral diteguk rakus. Qash cuba bernafas semula. Qash menghela nafas lega. Air jernih mula mengalir di pipi putihnya. Qash mengelap kasar air matanya. Apabila nafasnya mula teratur dia bangun lalu menuju ke bilik kerjanya.


Bersambung...

Suratan TakdirWhere stories live. Discover now