Bab 65

173 11 0
                                    

Seawal 4.00 pagi Qash pulang ke rumah agam. Perlahan lahan pintu rumah agam itu ditutup. Rumah itu masih gelap bermaksud semua masih tidur. Qash memanjat dua anak tangga sebelum dia berhenti akibat seseorang menegurnya.

"Sejak bila Qash pandai balik lewat ni ha? Keluar petang balik pagi. Apa nak jadi dengan Qash ni? Siapa ajar perangai macam ni? Dah lupa tanggungjawab ke?" soal Andre dingin. Andre la yang selalu kantoikan perangai anak anak dia. Walaupun mereka keluarga mafia, tetapi peraturan mereka tak sama dengan peraturan keluarga lain. Jika dah ada anak bini di rumah, jaga mereka baik baik. Bukan boleh sesuka hati tinggal bodoh macam tu.

"I'm sorry daddy. Petang semalam Qash buat kerja dekat rumah Qash lepastu tak sedar dah lewat. Qash sedar sedar dah pukul 2.30 pagi. Takkan Qash nak balik waktu tu pulak, Qash kan ada anak kecik" terang Qash sambil memandang lantai. Andre mengeluh kecil.

"Kerja apa Qash? Kerja apa? Qash baru balik kut and Qash pun boss right?"

"Yep but bukan ke dulu daddy cakap kalau nak pekerja buat kerja, kita pun kena buat kerja?"

"Jangan tukar topik Qash. Ni pasal lain, Qash baru balik and Qash perlu rehat dulu"

"Daddy, Qash duduk je tau dalam flight. Tidur pulak tu"

"Qash, awak tu baru free cancer tau. Buat pulak operation bahagian pinggang. Kalau apa apa jadi nanti macam mana? Tak fikir Hani dan ien ke?" Qash menghela nafas berat.

"Daddy, ajal maut jodoh semua tuhan yang tentukan. Ada je orang yang baring, mati jugak"

"Qash, daddy tak maksudkan macam tu. Cegah lebih baik dari mengubati right?" soal Andre sambil menepuk bahu Qash.

"Daddy, I'm alright. Daddy jangan lah risaukan Qash sangat okay" ujar Qash lalu senyum sebelum memeluk daddynya.

"Macam mana tak risau? Qash tu kan anak daddy. Jaga la sikit kesihatan tu. Kalau tak kesiankan diri sendiri, kesiankan Hani dan Ien pun cukup" ujar Andre.

"Okay daddy" jawab Qash lalu naik ke tingkat atas. Andre hanya memerhati Qash.


Pagi itu, Hani bangun sebelum memandang bantal sebelahnya yang kosong.

'Takkan tak balik lagi kot' soal Hani sendiri. Katil ien didekati.

'Aik, anak pun hilang? Qash dah balik ni' ujar Hani sendiri sebelum masuk ke bilik mandi untuk bersihkan diri.

•••

Qash sedang menyiapkan meja makan bersama mummynya. Ien diletakkan di atas kerusi makannya.

"Qash pergi mana semalam? Kenapa balik lewat?"

"Qash siapkan kerja dekat rumah sikit semalam. Lepastu tak sedar dah lewat sangat" Raisya senyum.

"Hm, lain kali call la sayang. Jangan buat semua orang risau, Hani tunggu Qash dari Qash pergi tau"

"Sorry mummy, phone Qash takde bateri lepastu charger dekat rumah pulak rosak" Raisya mengangguk kecil.

"Mana mama awak ni sayang?" soal raisya pada Ien.

"Qash pergi tengok Hani la mummy, dia merajuk dengan Qash kot" ujar Qash lalu mendukung Ien.

"Pergi lah, pujuk isteri awak tu" ujar Raisya sebelum berlalu ke dapur. Qash terus naik ke tingkat atas. Pintu bilik di buka perlahan lahan. Hani yang sedang termenung di balkoni, Qash dekati.

"Dear, kenapa termenung ni?" soal Qash. Hani tidak berpusing ke belakang.

"Saya nak tanya satu soalan boleh?" soal Hani. Qash mengangkat kening.

"Boleh, kenapa sayang?"

"Ni last tau saya tanya. Awak dah bosan ke dengan saya?" soal Hani lalu pusing ke belakang memandang Qash. Hani cuba mencari sesuatu didalam mata Qash. Tapi yang dia nampak hanyalah keikhlasan gitu.

"Ya Allah Hani, kenapa jauh sangat fikir ni? Takkan sebab Qash balik lambat semalam, Hani fikir sejauh ni?" soal Qash sambil menepuk Ien. Ien sudah mengantuk, hampir sahaja dia tertidur di lengan Qash tetapi Qash sempat meletaknya di atas katil. Qash menarik Hani duduk di bucu katil.

"Macam mana saya fikir sejauh ni? Sebelum kita balik Malaysia, awak macam lain. Lepastu sampai KL, awak tak masuk jumpa ien dulu, terus pergi tempat yang awak nak. Then balik lewat. Saya ni kadang kadang rasa macam orang bodoh asyik tunggu awak. Bukan nak mengungkit. Tapi saya tak faham. Kalau saya ada buat salah, bagitahu. Kalau awak dah bosan dengan saya, ada perempuan lain sekalipun, bagitahu saya. Saya boleh undurkan diri" ujar Hani. Qash mengeluh kecil.

"Hani Miqayla, dengar ni baik baik. Masa Qash buat keputusan untuk kahwin dengan Hani, masa tu jugak la Qash janji dekat diri Qash, takkan ada perempuan lain di hati Qash. Hanya Hani sorang. Qash dah janji, Qash takkan curang, Qash takkan bosan dengan Hani, Qash akan jaga Hani, sayang Hani, beri semua kasih sayang pada Hani. Sumpah Qash tak pernah terfikir pun nak ada perempuan lain. Tak terniat pun Hani. Kalau boleh, sampai mati Qash nak dengan Hani. Setiap detik tak pernah pun Qash tak fikirkan Hani. Qash sayang Hani sangat sangat. And pada Qash, Hani isteri yang sangat sempurna. Tak mungkin lah Qash akan cari perempuan lain. Lelaki bodoh je yang akan curang dengan isteri yang perfect macam ni. Maafkan Qash sebab buat Hani fikir macam macam. Qash harap sangat pasal ni takkan timbul lagi. Dalam hati Qash, hanya nama Hani" ujar Qash panjang. Qash bangun dari situ ingin memberikan Hani ruang tetapi Hani menarik Qash. Qash terduduk semula sebelum Hani memeluknya.

"Maafkan Hani, Qash. Hani.. hani cuma taknak hilang Qash. Hani takut hilang Qash. Hani sayang Qash sangat sangat sampai Hani fikir macam macam" luah hani sambil menangis. Qash menepuk belakang Hani. Dahi Hani dicium. Mata Hani turut dicium.

"Bukan salah awak sayang. Dah la takmo nangis. Comot dah isteri saya ni" usik Qash lalu mengelap air mata Hani. Hani senyum. Qash turut senyum.


Bersambung...

Suratan TakdirWhere stories live. Discover now