Bab 31

174 14 0
                                    

Beberapa minggu kemudian,

Ikhwan mendekati Aryyan yang sedang duduk ditepi kolam.

"Bahhh!!!" sergah Ikhwan.

"Arghhh!" jerit Aryyan pula sebelum...

BUKK!

"Sakitlah" Ikhwan memegang pipinya yang baru sahaja ditumbuk oleh Aryyan.

"Padan muka kau! Siapa suruh sergah aku macam tu!"

"Ala kau ni, sergah sikit pun dah gelabah. Muka je garang" kepala Aryyan ditonjol.

"Kau ni, kepala jangan main la" Ikhwan senyum mengejek.

"Okay, sorry sorry"

"Hm. Ni kenapa kau datang?"

"Qash. Mana dia? Dah lama aku tak jumpa dia. Aku call tak angkat, whatsapp tak reply" soal Ikhwan. Aryyan mengeluh kecil.

"Entah. Dah lama dia tak balik sini. Call pun tak angkat. Aku pun tak tahu dia pergi mana"

"Daddy pun tak tahu?" Aryyan menggeleng.

"Apa jadi sebenarnya? Dia gaduh dengan daddy ke?"

"No, dengan mummy"

"Then?"

"Dia cakap, dia akan balik kalau mummy yang mintak maaf dekat dia"

"Seriously? Teruk sangat ke gaduh?"

"Teruk jugak la, sampai pecah bibir Qash daddy bagitahu"

"Mesti pasal perempuan kan? You know, Qash kan tak suka about this"

"Haah, si Alisa tu la"

"Aku tak tahu apa yang Qash benci sangat dengan perempuan tu"

"Kenapa kau suka dia ke?"

"Merepek ah kau"

"Aku nasihatkan tak payah suka dekat orang macam tu"

"Kenapa?"

"Dasar perempuan tak tahu malu. Kau nak tahu tak? Hari hari dia datang sini tau, dengan alasan nak jumpa mummy. Padahal nak usha Qash"

"Walaupun Qash takde?"

"Haah"

"Habis kalau Qash takde dia usha siapa pulak?"

"Entah, daddy kot"

"Dia usha kau la bangang"

"Aku?" soal Aryyan sambil menunjuk dirinya. Ikhwan mengangguk.

Krik krik krik

"HAHAHA aku ni dia nak usha? Er tolonglah. Setiap kali dia datang, aku tak pernah keluar bilik"

"Kau biar betul? Habis kalau 5 jam dia lepak, lima jam la kau berkurung?"

"Yup"

"Teruk betul kau benci dia?"

"Kalau dia tak gedik aku okay je kot"

"Gedik? Aku tengok Alisa tu okay je. Ala gedik sikit tu biasa la"

"Biasa apa? Haritu pernah dia datang aku tak sempat nak masuk bilik, Qash takde masa tu. Dia masuk lepastu tiba tiba duduk sebelah aku. Lepastu senyum senyum. Lempang nak?"

"Kau tak tergoda ke dengan senyuman dia?" usik Ikhwan.

"Apa kau ni! Huh. Tipula kalau lelaki lain cakap tak tergoda. Tapi bukan aku la. Dia sebenarnya lawa je cuma kalau dia ubah perangai gedik dia tu maybe lagi lawa. Tu pendapat aku la"

Suratan TakdirWhere stories live. Discover now