"Huh, finally."
Kertas yang bersepah di atas meja, Amalia kemas. Buku rujukan ditutup dan disimpankan di dalam beg galas hitam kepunyaannya. Kedua belah tangan naik lurus ke atas meregangkan badan yang penat menyiapkan assignment. Punggung pun sakit kerana terlalu lama duduk di kerusi. Dah berbentuk petak agaknya punggung dia.
Berpetak ke bulat ke bujur ke, dia dah biasa. Walaupun, dia dikenali sebagai budak medikal. Lagipun Amalia Narnia memilih bidang itu bukan kerana minatnya ia kerana arahan dari ayahnya, Dr Erman, seorang doktor yang dikenali ramai.
Amalia pernah cuba untuk membantah tapi akhirnya dia sendiri beralah. Sangat berasa yang dia tak ada hak untuk bersuara tentang keinginan dia. Sebagai seorang anak dia tahu, ayahnya pasti ingin dia mengikut jejak langkah ayahnya.
Anak pertama dan terakhir. Tunggal. Tiada pilihan.
Walhal, keinginan dan cita-cita Amalia ingin menjadi seperti arwah ibunya, seorang detektif. Sebelum ini, ibunya pun berharap Amalia untuk menjadi sepertinya. Malangnya, tidak kesampaian. Biasalah, manusia hanya mampu merancang. Allah SWT menentukannya.
Kruk, kruk,
"Bunyi apa tu?" tanya Amalia sendiri.
Kruk, kruk,
"Oh."
Bunyi perut. Kelaparan. Perut yang berlapik baju diusap lembut. Dari semalam sibuk buat kerja, sampai lupa keperluan diri sendiri.
Dia turun ke bawah, langkah diatur ke dapur mendapatkan makanan dan melihat makanan telah terhidang di atas meja makan. Siapa lagi nak buat, kalau bukan ummi.
Satu- satunya orang yang dia tinggal bersama. Ayahnya jarang balik ke rumah ini kerana telah membeli rumah yang lebih dekat dengan hospital miliknya. Rumah yang didiami Amalia dan ummi kini adalah rumah penuh dengan memori indah untuk keluarga bahagia itu seketika dahulu.
Dia melabuhkan punggung di kerusi meja makan dan kedengaran suara menyapa. "Eh, dah siap kerja sekolah?" Ummi datang sambil menatang jug berisi air.
"Assignment ummi, assignment. Kerja sekolah menda nya." Amalia perbetulkan. Biasalah umur dah makin meningkat. Tangan sibuk menciduk nasi. Metakkan di pinggan.
Ummi ketawa kecil. "Ye lah. Meh makan, mesti Mal lapar kan, asyik terperuk je dalam bilik dari semalam. Kalau ye pun buat assistant, kesihatan jangan lupa ye."
Amalia mengeluh kecil. Berapa kali dia nak perbetulkan ayat ummi ni? Lama sangat ummi tak pergi sekolah agaknya. "Assignment ummi. Jauh betul pergi ke assistant."
"Aahh, apa-apa je lah."
"Mal, lepasni ada kelas?" Ummi sambung bertanya. Seingat dia, Amalia pernah cakap yang dia ada kelas hari ini. Dia pun dah lupa jadual Amalia. Walhal, setiap minggu dia ulang alik ke universiti.
"Ada. Jam 2, kenapa?" Wajah jelita ummi dipandang sekilas. Sebelum menyuap nasi ke dalam mulut.
"Tak ade apa. Saja tanya,"
Sepi sejenak.
Ummi berdehem perlahan. Teragak-agak ingin mengeluarkan ayatnya. Tetapi, dia kena juga bertanya hal ini pada Amalia. "Ayah kamu ada call ummi semalam."
Kunyahan Amalia terhenti seketika kemudian sambung lagi. Balas dengan anggukan. Memilih untuk diam. Tidak ingin mengeluarkan suara."Dia tanya keadaan Mal. Mal...tak nak berbaik dengan dia?" Pertanyaan ummi tak semena membuat pergerakan Amalia terhenti. Berbunyi sudu diletakkan pada meja. Tak ada selera sudah apabila soalan itu dilontarkan.
YOU ARE READING
Light Of My life [C]
Romance[2021] Amalia Narnia | Amsyar Neezreeq . . Kerana satu doa menjadi jalan kebahagiaan. Pertemuan di kedai buku, menjadi salah satu sebab untuk dia ingin mengetahui Amalia lebih mendalam. Apabila Amsyar mengetahui mereka menuntut ilmu di tempat yang s...