"Bye! Thanks tau ChaCha. Nanti kalau dah siap call I tauu," Tangan dibentuk menjadi telefon seraya digoyangkan. Pintu butik itu dibuka dan terlihat Amsyar dan Amalia yang sedang menunggu.
"Baik babe. I buat cepat punya. Jangan risau tau," balas ChaCha pula. Kenyitan mata juga dihadiahkan kepada Ezrin.
Amalia yang sedang menyilang dada di hadapan butik itu memandang pelik ke arah mereka berdua. Tadi tak macam ini pun perangai si Ezrin. Oh ye lah, dah jumpa kawan sepelanduk. Begitulah jadinya.
"Eh, eh. You! yang pakai hoodie tu. Nama apa?" soal ChaCha, jari telunjuk menghala ke Amalia.
Amalia melihat pakaian Amsyar, Ezrin dan Uzain terdahulu sebelum menilik pakaiannya. Oh, aku ke?
"Mal," Amalia hanya menjawab sepatah dengan nada acuh tak acuh. Sibuk je nak tanya.
"You tak nak jadi model ke? Muka, badan, tinggi you, boleh jadi model tau. Ramai peminat nanti," Sambung ChaCha pula. Pujiannya itu tidak dia sangkal, memang benar wajah Amalia sungguh cantik. Tinggi, sesuai menjadi model.
Kalau menjadi pekerja dibawah syarikatnya ini. Aum! Mahu tak kaya raya.
Tetapi, ada yang kurang di wajahnya. Senyuman. Ya, langsung tiada sebaris senyuman diukir dari bibir gadis itu.
Dahi Amalia berkerut laju. Model? Semestinya tidak.
Cita-cita ingin menjadi seperti ibunya pun tidak tercapai, nak jadi model? Huh,
"Why not kau je jadi model? Mesti model lain menangis tengok," ujar Amalia membalas dengan nada sindir. Ayat terakhir diperlahankan suara. Takut terkecil hati pula si ChaCha kembong ni.
Padan muka, sibuk je hal orang.
ChaCha terus tergamam sebelum menghentak kaki. What?! Sampai hati kata kita macam itu!
Ezrin menahan tawanya sambil mengusap bahu ChaCha berlapit baju ketat itu. Uzain pula, sudah bergelak sakan di situ.
Ezrin sengaja mengeluarkan gelakkan hambar. "Ha ha ha...erh I pergi dulu tau..."
"Hmh, ye lah. Take care tau. Tata," Semangat ChaCha sudah tidak bersamanya lagi. Dia melangkah masuk ke butik meninggalkan mereka.
"Sudahlah tu awak. Malulah orang tengok," Ezrin memukul lengan Uzain yang masih bergelak sakan menahan perut. Ayat savage Amalia lah punya pasal.
Amalia malas melayan, kaki terus dilangkah ke parkir kereta. Ezrin berlari mengejar Amalia. Amsyar menarik lengan Uzain untuk berjalan. Ketawalah puas, nanti kena tinggal baru tahu.
Punat kunci kereta ditekan lalu terus memboloskan diri ke dalam kereta miliknya. Begitu juga, Ezrin.
"Kita nak pergi mana pula ini?" Soal Amalia sebaik sahaja menghidupkan enjin kereta.
"Jap, I tanya-"
Belum sempat Ezrin mendail nombor tunangnya, ingin bertanya. Nama Uzain sudah terpapar di skrin telefonnya.
"Panjang umur. Baru je nak call. Jodoh kuat orang kata," Ayat terakhir sengaja dia mengpamer wajah riak di hadapan Amalia.
Amalia menjeling tajam apabila Ezrin berkata tanpa suara tetapi dari wajah mengatakan 'Aku ada buah hati, kau hado?'
Ha, macam itulah.
"Waalaikummusalam, kenapa?"
"Lah..kitorang baru nak tanya pasal itu tadi,"
Ezrin ketawa gedik hambar. Gelak yang tiada lawaknya.
"Oh, okaylah. Boleh je. Baik..."
"Nah, Amsyar nak cakap dengan you." Telefon pintar dihulurkan kepada Amalia.
![](https://img.wattpad.com/cover/280888641-288-k306583.jpg)
YOU ARE READING
Light Of My life [C]
Romance[2021] Amalia Narnia | Amsyar Neezreeq . . Kerana satu doa menjadi jalan kebahagiaan. Pertemuan di kedai buku, menjadi salah satu sebab untuk dia ingin mengetahui Amalia lebih mendalam. Apabila Amsyar mengetahui mereka menuntut ilmu di tempat yang s...