Bab 30

2.5K 322 39
                                    

"Kau fikir tangan aku bantal ke? Peluk-peluk. Geli tahu tak?" Rungut Amalia. Geram. Sudah berapa kali dia menepis, menolak, menendang si minah Ezrin ni. Tapi tiada guna. Masih lagi dia melekatkan jarak antara mereka. Kalau bukan lengan kanan, lengan kiri dia tarik untuk ditaut.

Nasib belum kaki dijadi mangsa. Mahu sahaja Amalia menendang sampai ke Melaka sana.

"Ala, tangan you sedap dipeluk." Lagi, dia melagakan pipinya di situ. Kalau boleh dimakan, memang dia makan. Nyaman. Lagipun, tak akan dia nak pergi bermanja dengan tunangnya. Haram.

Amalia sajalah yang dia ada. Walaupun sakit ditarik rambut oleh gadis itu.

Amalia berdecit. Kaki disarung dengan kasutnya. Kepala didongak pula. Melihat cahaya pagi yang cerah menerang. Ada awan yang putih gebu melindungi di atas penduduk bumi.

Sebaik sahaja mereka mencuci mata melihat pemandangan matahari naik. Mereka singgah ke masjid berdekatan untuk menunaikan solat subuh. Kewajipan seorang muslim. Memang itu dirancang mereka semua.

Sesibuk manapun dengan dunia. Jangan lupa PENCIPTA yang memiliki dunia.

"Eh, itu Uzain. Awak!" panggil Ezrin. Tangan diangkat tinggi. Melambai ke arah tunangnya yang berada di luar pagar masjid. Amalia melihat Amsyar yang berada di sebelah Uzain.

Hoodie disinsing sehingga ke siku. Dia mencabut topi dari kepala. Dek angin bertiupan sepoi, rambut lebat hitam Amsyar menari lembut. Seperti satu paparan yang dirakam. Amalia terpegun. Kaku. Seakan ada cahaya di wajah Amsyar. Cahaya yang diturun membuatkan hatinya berdegup hebat.

Laju fikirannya menyusut satu perkataan. Sempurna.

Bibir merah bak delima, mata bulat hitam, bulu mata elok lentik, hidung tidak terlalu mancung, kening tidak terlalu lebat. Semua indah disatukan. Padanan yang tiada tandingan.

Ezrin mengajak Amalia untuk mendekati dua jejaka itu tapi tidak disahut. Ezrin memalingkan wajahnya. Bahu Amalia digoyangkan. "Amalia? You okay tak?"

Amalia tersentak. Lamunannya terputus. Amalia terpinga-pinga. "A-apa?"

"You okay tak?" Soal Ezrin lagi. Pelik dia melihat rakannya ini. Seperti berangan sesuatu.

Perlahan Amalia mengangguk. Fikiran masih tidak menentu. Bidadara manakah yang baru sahaja dia lihat sebentar tadi? Mendengar jawapan Amalia, Ezrin tersenyum lega. Dia menarik tangan Amalia.

"Dah habis solat?" Uzain bertanya. Silih berganti melihat Ezrin dan Amalia.

Tika empat mata Amalia dan Amsyar saling bersabung. Laju sahaja Amsyar menghadiahkan senyuman manis. MasyaAllah. Sang gadis itu memalingkan wajahnya.

"Jom kita gerak sekarang."

Mereka mengangguk. Sepasang tunang itu memboloskan diri masuk ke kereta. Dua belah tangan elok dimasukkan ke dalam poket hoodie. Amsyar menatap wajah Amalia.

"Awak nak naik motor ke kereta?" Tak sampai pula hati Amsyar kalau melihat Amalia seorang menunggang motosikal. Sedangkan yang lain menaiki kereta.

Dia tahu betapa sukarnya Amalia ingin meninggalkan motorsikal kesayangannya itu. Cemburu? Ya, semestinya. Kadang Amalia lebih mementingkan sebuah motosikal itu berbanding dirinya yang tampan lagi comel ini.

Siap kau motorsikal. Nanti lepas aku kahwin dengan tuan kau, aku yang akan teman dan bawa dia ke mana sahaja. Baguslah dia lupakan kau terus. Hah!

"Motor," ringkas.

"Boleh bagi kunci motorsikal awak?"

Amalia mengerut dahi. Tiba minta kunci motorsikal dia pula. "Untuk apa?" Soalnya geram.

Light Of My life [C]Where stories live. Discover now