Bab 5

3K 427 24
                                    


"Hmm, sedapnya ummi masak." Puji Amalia selepas menyuap satu sudu masakan ummi. Berselera betul dia makan. Yelah, semua masakan ummi tak pernah tak mantop.

"Ye lah, makan perlahan sikit. Kang tersedak." Dagu ditumpang menggunakan tangan. Tersenyum ummi melihat karenah anak majikannya. Wajah cantik Amalia dipandang lama. Sungguh cantik seperti ibunya sendiri. Bila dipandang wajah Amalia pasti teringat akan arwah ibunya. Serupa. Senyuman mereka manis seperti madu.

"Amboi, bukan main tengok kita. Ummi jangan macam-macam. Mal masih straight okay."

Ummi mencapai sudu yang tersedia di atas meja lalu mengetuk kepala Amalia yang masih ralit menikmati hidangan. Amalia mengaduh sebelum tangan menggosok kepala sakitnya. Suka betul ketuk kepala orang!

"Ke situ pulak dia, ish. Ummi tengah teringat arwah ibu kamu tu."

Suapan Amalia terhenti apabila mendengar ayat dari ibu. Wajah ummi dipandang sekilas lalu berdehem kecil.

"Kenapa pula?" Soal Amalia.

"Wajah Mal dengan arwah ibu Mal sebiji sangat. Lagi-lagi senyuman dan bentuk mata Mal, memang ikut arwah."

"Hm, tahu." Jawab Amalia acuh tak acuh. Banyak juga menegur tentang hal itu. Dan perkara itu membuat dia lebih rindu dengan ibunya. Kalau orang lain masih mengenang arwah ibu, mustahil Amalia tidak.

"Okay lah, ummi nak bersiap dulu nanti lambat." Pamit ummi. Bahu Amalia sempat ditepuk perlahan sebelum menukar baju di kamar.

"Eleh, ummi yang lambat ok nak meneran lah apa lah." Rungut Amalia. Bila nak on the way mesti kena tunggu ummi nak melepaskan hajat. Ada je benda nak terkeluar. Lepas itu, salahkan orang.

"Ummi dengar!" Suara laungan ummi dari tingkat atas.

"Memang nak suruh dengar pun," Cebik Amalia. Kaki dihayunkan ke sinki dapur untuk mencuci apa yang patut. Setelah itu, dia duduk di sofa yang berada di ruang tamu.

Telefon pintar dikeluarkan dari poket seluar dan melihat apa yang menarik sementara menunggu ummi bersiap. Nasib sahaja dia sudah bersiap lebih awal. Kalau dia bersiap sekalipun, tidak mengambil masa yang lama. Hari ini dia hanya memakai hoodie hitam, seluar hitam longgar, bawal berwarna dark blue dan kasut converse hitam. Pakaian yang selesa dipakai.

15 minit berlalu. Seperti biasa ummi masih belum keluar dari bilik. Apa lah yang perempuan buat sampai lama sangat nak bersiap. "Ummi! Dah ke belum?"

"Ye, ye. Sabar jap." Ha, baru nampak batang hidung. Pantas sepasang kaki ummi menurun anak anak tangga.

"Nak guna motor ke kereta ni?" Kepala Amalia menghadap ummi menunggu jawapan. Soalan dari Amalia membuat sepasang mata ummi membulat.

"Ingat ummi ni macam Mal ke? Nak tengok ummi menonggeng?" Dia ingat ummi ni macam dia ke nak merempit. Silap-silap nanti motor yang tunggang ummi.

"Ye lah, tanya je pun nak marah." Tangan mencapai kunci kereta di atas meja. Apabila pintu masuk dibuka, terpacak kereta BMW 425i Coupe miliknya didepan rumah. Terparkir elok bersebelahan motorsikalnya. Punya lah lama tak pakai sampai berhabuk kereta.

***

"Ummi beli lah barang apa yang patut. Mal nak pergi bawah sekejap. Hati-hati tau." Amalia berbisik dengan ummi. Hoodie ditarik sehingga menutup muka. Tangan dimasukkan ke dalam poket hoodie tersebut. Bosan menunggu ummi membeli barang. Baik dia pergi jalan-jalan sekitar Mall sebentar. Perempuan kalau beli barang satu jam memang tak cukup. Niat nak beli barang dapur, tapi pergi ke kedai jual barang pakaian.

Light Of My life [C]Where stories live. Discover now