Bab 44

3K 313 49
                                    

Jug berisi air teh itu Amalia tuang perlahan ke setiap cawan. Dia meletakkan cawan itu di hadapan ayah dan walid yang masih sibuk berbual walaupun sudah duduk di meja makan. Bonda dan walid mengarahkan Erman untuk tidur di sini beberapa malam. Mereka pun dah menjalinkan hubungan rapat. Tak salah ingin mengeratkan silahturrahim lebih lagi. Lagipun, jarak Kuala Lumpur dan Melaka jauh. Penat ulang alik aje.

Amalia meletakkan cawan yang dituangnya di hadapan Amsyar pula. Suami dia tersenyum manis membuatkan Amalia juga membalas senyuman itu. Amalia melabuhkan punggung di sebelah kiri Amsyar. Ye lah, dah jadi suami isteri.

Selepas semua sudah lengkap duduk di meja makan, walid mula menadahkan tangan lalu membaca doa makan.

"Hmh, sedap betul menantu walid masak." Puji walid melemparkan pandangan ke arah Amalia. Sarapan pagi ini dihidangkan istimewa dari Amalia. Pada mulanya, bonda menghalang. Tapi memandangkan, Amalia dah pandai memujuk bonda dalam bab itu. Akhirnya, dia dapat juga masak.

Amalia ketawa kecil. Segan. Nak kata dia pandai masak, itu tidak lah. Banyak lagi yang dia perlu pelajari. Bonda pun ada ajarkan dia masakan kegemaran Amsyar."Tak ada lah. Biasa je walid."

"Ni, Am dan Mal tak ada plan nak honeymoon?" Tanya walid lagi. Mereka yang lain pun menunggu jawapan. Amsyar menghabiskan dulu nasi di dalam mulut sebelum menjawab.

"Am dan Mal dah bincang. Kitorang tak nak berbulan madu dulu." Balas Amsyar tenang. Kelmarin dia sempat bertanya kepada Amalia tentang hal ini. Amalia kata dia tak nak berbulan madu dulu. Membazir. Amsyar pun tak boleh buat apa, dia dah puas pujuk Amalia.

Kalau isteri dah begitu. Dia ikutkan aje lah.

"Aik, kenapa pula tak pergi? Raikanlah."

Amsyar ketawa kecil. Tangan isteri di sebelah dia genggam erat. "Tak apelah. InSyaaAllah ada masa lagi. Kitorang pergi." 

"Iya lah. Nanti bawa lah Mal pergi jalan-jalan. Pusing Melaka. Mal pun jarang sampai ke sini kan?" Amalia mengangguk perlahan. Dia membalas senyuman Amsyar yang menoleh ke arahnya.

"Oh ya, ayah bila nak balik? Am boleh hantarkan." Wajah ayah dipandang sekilas. Menunggu jawapan. Dia faham ayahnya tidak dapat tinggal di sini lama. Mesti ayah ada banyak kerja di hospital.

Ayah menggeleng perlahan. Menelan makanan seketika. "Tak apalah, ayah boleh pergi sendiri. Kawan ayah pun ada yang teman sekali." Memandangkan ada tarikh pembedahan sudah ditetapkan, dia kena balik semula ke Kuala Lumpur.

"Eh, tak apelah. Am hantarkan. Am boleh bawa kawan-kawan ayah sekali." Risau dekat ayah. Apa-apa boleh terjadi. Kalau Amsyar ada, mungkin dia boleh jaga ayah.

"Itulah, Erman. Biarlah menantu kamu ini bawa kamu." Walid menyokong. Yang lain pun turut mengangguk.

Erman pun tak ada pilihan. Bila dah ramai setuju ni. Dia pun taknak berdegil. "Ha, iyalah." Amsyar terus tersenyum.

"Harfeey boleh bawa Uncle Erman jalan-jalan juga. Sebelum Uncle pulang ke Kuala Lumpur." Suara si Alang menambah. Dia pun nak rehatkan minda dia yang banyak sangat berfikir tentang business ini. Sejak Amsyar belajar, dia yang banyak uruskan perniagaan mereka. Dia masih memberi tangan dan masih ada tanggungjawab yang tinggi di dalam perusahaan ini.

"Eh, boleh juga."

"Angah pula?" Soal Asyikin cemberut. Habis dia? Bosan lah duduk rumah aje. Dia pun nak berehat. Asyik tenung kertas. Tenung laptop. Tak baik juga. Dia pun kena cari masa untuk diri sendiri juga.

"Itulah, bonda suruh cari boyprend tak nak." Sampuk Harfeey.

"Eh eleh. Dia pun sama." Harfeey mencebik pula. Angah ini lah. Kalau bukan sebab dia tak ada pasangan lagi. Tak adanya, bonda suruh dia yang bongsu ini cari pasangan. Biasalah perempuan. Boleh bagi banyak alasan. Tetap masuk akal bagi bonda.

Light Of My life [C]Where stories live. Discover now