"Eh, Kak Mal buat apa dekat sini? Duduk dekat ruang tamu sana, pergi ambil angin ke." Arah Asyikin seolah ingin menghalau Amalia daripada datang ke dapur. Dari tadi Amalia datang menjenguk, ingin menolong masak tengah hari untuk hari ini. Tetapi, keluarga ini sangat tak suka bila tengok tetamu membantu. Dah nama nya tetamu.
Amalia jejak sahaja kaki di ruang dapur, laju mereka menolak Amalia ke ruang tamu kembali. Langsung tidak mahu menyusahkan Amalia. Tak elok lah tetamu datang ke dapur, menolong tuan rumah memasak.
"Ala, tak apa lah. Mal nak tolong sikit je. Potong-potong pun boleh la." Amalia membuat muka muram tanda memujuk. Tak selesa lah dia kalau tak menolong. Walaupun bonda bukan macam mak-mak mertua yang lain. Yang pantang kalau menantu atau bakal menantu tak pandai masak.
Bonda ni lain. Tak suruh bakal menantu bekerja pula. Alahai.
"No no. Bonda tak nak tengok cik Amalia ni dekat dapur. Pergi ler berborak dengan sofa ke lampu ke." Balas bonda. Tangan lincah memasukkan bahan-bahan lalu menggaulkan masakannya. Dia ingin bergerak ke kanan tapi dihalang sengaja oleh Amalia. Sengaja nak bonda perasan dia yang merajuk ni.
Wajah cemberut Amalia dia lihat seketika. Comel betul bakal menantu dia ni. "Ish, ye lah. Tapi untuk kali ini aje. Esok lusa, jangan harap!" Akhirnya, bonda mengalah. Amalia terus tersenyum lebar. Teruja.
"Yeay! Nak tolong apa ni?" Soal Amalia tak sabar. Melangkah mendekati mereka.
Sebatang lobak merah dihulurkan pada Amalia. "Basuh, ini je. Lepas tu siap." Amalia membuat muka pembaris. Basuh lobak merah je? Ingatkan nak suruh dia tolong masak ke tolong blender sesuatu ke. Ini tidak, basuhkan aje?
Asyikin dan bonda meletuskan tawanya. Amalia terus pergi ke sinki. Tak sampai satu minit, dia sudah siap membersihkan kotoran di lobak merah itu. Sekali, dia mengeluh sebab tak ada kesempatan nak menolong memasak di rumah bakal mertua sendiri.
Dia melabuhkan punggung di kerusi kaunter bar yang berada di dapur itu. Dagu ditumpangkan pada tangan melihat Asyikin dan bonda yang masih memasak. Cis, nak tolong pun tak boleh.
"Akak, akak nak tahu tak macam mana perangai along bila dia dah suka dekat seseorang tu ?" Tanya Asyikin cuba meriuhkan suasana di dapur. Tersenyum sendiri dia di situ. Ha sudah, mula lah nak bergosip ni.
"Apa dia?" Berubah nada suara Amalia bertanya dengan nada teruja. Telinga dipasang menunggu Asyikin menyambung.
"Along ni...dia lebih kepada mengucapkan kata cinta dengan perbuatan. Akak perasan tak yang dia selalu jaga akak, tak nak akak sakit, jaga perasaan akak, faham akak, nak happykan akak. Maksudnya dia betul-betul jatuh cinta mendalam dengan akak."
Amalia meneroka setiap momen dia bersama Amsyar. Dia perasan semua itu. Amsyar banyak membantu dia dari segi fizikal dan mental untuk berubah. Amsyar selalu puaskan hatinya dengan bawa dia ke pantai, tempat yang tenang, bawa dia meluangkan masa dengan Uncle Isa, ummi, Farziq, Syafiq, Karla, Arif, Ezrin dan Uzain. Dia nampak usaha Amsyar untuk menyembuhkan diri ini. Amsyar selalu menjaga perasaan dia, tidak pernah Amalia terkecil hati dengan sikap atau kata-kata dari lelaki itu.
Amsyar yang membuatkan dia baik semula kepada ayah. Sentiasa memberi kata nasihat untuk dia kuat. Pada masa yang sama, dia selalu ada di sisi Amalia. Berlari hanya untuk mendengar luahan Amalia. Amsyar yang buat dia berubah jadi lebih baik. Lupakan masa lalu, endahkan kata orang. Amsyar yang memberi senyuman padanya kembali. Akhir kata, Amsyar seorang yang sangat...baik. Allah SWT ciptakannya dengan kesempurnaan. Rupa mahupun akhlaknya.
"Akak dan Along dua dua patut memiliki sesama sendiri. Cantik dan kacak. Pergh, Asyikin tak boleh bayangkan dekat pelamin nanti macam mana. Mesti masuk surat khabar." Borak selamba Asyikin. Bonda dan Amalia ketawa mendengar bicara Asyikin.
YOU ARE READING
Light Of My life [C]
Romance[2021] Amalia Narnia | Amsyar Neezreeq . . Kerana satu doa menjadi jalan kebahagiaan. Pertemuan di kedai buku, menjadi salah satu sebab untuk dia ingin mengetahui Amalia lebih mendalam. Apabila Amsyar mengetahui mereka menuntut ilmu di tempat yang s...