Bab 21

2.3K 350 14
                                        

"Ha! Ini pun kedainya! Penat betul cari," Ezrin melompat teruja. Masih tersisa tenaga. Sudah kedai ke- 16 mereka masuk. Tetapi hanya beberapa plastik beg sahaja dibawa keluar.

Amalia, Amsyar dan Uzain bagaimana pula? Usah ditanya, pasti lelah bagai ingin pengsan. Rasanya mereka dah tawaf satu bangunan beli belah ini agaknya.

Sepanjang perjalanan di dalam Mall, mereka hanya membontoti langkah Ezrin. Pergi ke kiri, mereka ikut. Pergi ke kanan, mereka turut. Masuk keluar kedai, mereka melangkah.

Mana tidak rasa nak tercabut kaki ini.

"Betul ke ini tempat dia? Lima belas kedai sebelum ini pun kau cakap benda yang sama," kata Amalia seakan merungut. Termegah-megah tapi masih boleh dikawal.

Memang perempuan macam ini ke? Dua kali lima macam ummi, tapi minah serong ni lebih teruk.

"Betul, kali ini betul. Jom!" Tangan Amalia ditarik pantas diajak melangkah ke dalam Butik Pengantin.

Amsyar menoleh ke kanan memandang wajah Uzain yang sedang kepenatan seperti berada di padang pasir.

Amsyar ketawa kecil. "Tak payah nak letih sangat. Macam tak biasa," tutur Amsyar sebelum menyeret Uzain pula masuk ke dalam.

"Hi! Selama datang ke Butik Elegant Fancy Kebaboom Wedding ChaCha kami!" ucap seorang lelaki yang berseluar ketat merah jambu. Baju yang ketat, melekap di badan sehingga menampakkan perut buncit lelaki itu.

Ha?

"Nama butik itu, tak boleh panjang lagi ke?" Soal Amalia selamba. Terus Ezrin menyiku lengan Amalia. Ada ke cakap macam itu depan orang? Mulut tak ada insurans.

Lelaki itu berdehem kecil mendapat soalan itu dari Amalia. Dia memandang dari atas ke bawah tubuh Amalia.

"Erh. Assalamualaikum? Ni ke butik yang viral itu?"

Pap!

Lelaki itu menepuk tangannya membuatkan Ezrin, Amsyar dan Uzain tersentak.

"Yup! This is my boutique. Nama I, ChaCha. Thank you for coming," Lelaki yang menamakan dirinya ChaCha itu tersenyum lebar memberi kepada pelanggannya.

Dia mengajak mereka berempat mengikut langkahnya dibelakang.

"Oh, saya-"

Belum sempat Ezrin ingin menanyakan soalan. ChaCha memusingkan tubuhnya, jari telunjuk diangkat.

"Hmh, hmh, hmh."

Ke kiri, kanan jari itu digerakkan serentak dengan bunyi 'hmh'.

"Tell me. You nak baju macam mana?"

Ezrin mengelip matanya beberapa kali. Apa yang dia tengah tengok ni? Nak dikatakan pondan, takut menghina pula. Nak dikatakan, sotong. Memang ya.

"I nak baju yang simple but looks modern,"

Buku di rak diambil lalu membukanya.

"Pilih,"

Sepasang mata Ezrin membuntang melihat gambar koleksi jenis pasangan baju pengantin yang ditunjukkan oleh ChaCha.

ChaCha hanya tersenyum sinis seraya melihat kukunya dengan penuh bangga. Kagum bukan? Sotong ini jugalah bercita rasa tinggi.

"Semua nampak can-"

"I know,"

Masih ternganga Ezrin melihat jenis lakaran dan gambar gaun pengantin disitu. Terbukti bakat ChaCha sangat hebat dalam bidang itu.

Light Of My life [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang