Vroomm
Amalia melihat ke kiri dan kanan sebelum memarkir motosikalnya di hadapan kafe Breaktea milik unclenya. Helmet berwarna hitam kilat dibuka, sarung tangan khas motorsikal dicabut satu per satu.
Dia menghayunkan kaki, pintu dibuka perlahan supaya tidak menganggu pelanggan yang datang menjamu. Sempat dia mengulum senyuman tipis ke arah Karla dan Farziq yang sedang menghantar makanan.
Langkah dituju lagi ke bilik pekerja.
"Argh! Ya Allah!" Jerit Amalia, serta merta mata tangan naik menutup muka. Atau lebih tepat, mata. Siapa je tak terkejut bila melihat seorang lelaki yang di dalam bilik?
Amsyar yang mendengar jeritan Amalia terus menoleh sebelum menurunkan baju t-shirt hitam. Terus dia tersenyum lebar melihat Amalia.
"Apa kau buat dekat sini?!" Tanya Amalia dalam keadaan nada yang tinggi. Hampir hilang suci matanya melihat tubuh tegap Amsyar sebentar tadi.
"Pakai baju?" Jawab Amsyar seperti tiada apa berlaku. Kemudian sambung mengikat tali apron di belakang badan pula.
"Tahu lah. Tapi kenapa dekat sini? Tandas kan ada!" Memanglah bilik ini boleh digunakan untuk menukar pakaian, tapi taklah terbuka sebegini!
"Tandas penuh. So, saya tukar je dalam ini. Lagipun tadi, tak ada orang. Dan saya pun dah kunci pintu tu, entah kenapa boleh terbuka pula," terang Amsyar. Lega juga dia tidak membuka baju, dia hanya mencabut hoodie dari badan.
Memandangkan cuaca panas. Dalam pada yang sama, baju hitam juga masih terlekap di tubuh.
Amalia melihat tombol pintu sekilas. Kunci pintu bilik ni memang tak boleh dikunci pun, rosak. Uncle Isa lupa lah ini nak bagitahu dekat mamat ini.
Dia menjeling tajam ke arah Amsyar pula. "Banyak alasan lah kau. Dah lah keluar!"
Amsyar ketawa kecil sebelum berjalan keluar. "Eh sekejap. Bila kau sampai kat sini?" tanya Amalia. Rajin pula mamat ini datang menolong Uncle Isa di sini lebih awal darinya. Dan kalau bukan dekat kafe, mesti ada je tempat mereka bertemu.
Langkah Amsyar terhenti di pintu. "10 minit awal daripada awak, mungkin. Tak sangka jodoh kita kuat, kat mana mana je mesti berjumpa. Tak boleh berpisah."
Amalia menjulingkan matanya ke atas, menyampah. "Itu sebab kau stalk aku."
"Itu sebab kita berjodoh," balas Amsyar pula seraya memberi senyuman manis ke arah Amalia sebelum beredar dari bilik.
"Jodoh hotak dia," Apron dicapai lalu mengikat di keliling pinggang. Tudung bawal diatur sebentar. Dia merenung wajahnya di pantulan cermin dan dia sedar perkembangannya dari hari ke hari.
Dulu, Amalia yang suka bersendirian, hindari manusia dengan menutup wajah dengan hoodie, tidak suka bersosial. Kini, dia tekad untuk tidak lagi menutup mukanya dan ingin menerima lebih ramai rakan.
Berubah lebih baik.
Kaki dihayun keluar dari bilik pekerja dan menuju ke kaunter. Pelanggan yang berdiri menunggu giliran itu dihadiahkan senyuman. "Hi, nak order apa?"
"Hot chocolate, please."
"Anything else?"
"Senyuman awak, manis."
Amalia berkerut dahi tanpa ingin melihat wajah pelanggan itu. Haih, memang semua lelaki dilahirkan jadi macam ini ke?
"Sorry, Encik. Ada apa-apa lagi?" Tanya Amalia seolah tidak peduli akan kata lelaki itu.
"I want you. What is your number?" Sekali lagi, lelaki 20-an itu mencuba memikat Amalia.
Amalia tersengih kecil. Aish, lelaki ini kalau aku sepak, berkecai kau kat sini. Nasib sahaja ada pelanggan di sini.

ANDA SEDANG MEMBACA
Light Of My life [C]
Romance[2021] Amalia Narnia | Amsyar Neezreeq . . Kerana satu doa menjadi jalan kebahagiaan. Pertemuan di kedai buku, menjadi salah satu sebab untuk dia ingin mengetahui Amalia lebih mendalam. Apabila Amsyar mengetahui mereka menuntut ilmu di tempat yang s...