Bab 29

2.3K 338 36
                                    

Dia merebahkan tubuhnya di katil hempuknya. Keluhan berat dilepaskan. Siling putih ditenung lama. Sudah beberapa hari berlalu selepas kejadian pergaduhannya dengan ayah. Dan juga Puan Raimah. Perit. Sakit, yang teramat. Terngiang-ngiang ayat yang tajam persis pisau baru diasah itu di benak fikiran.

Jauh di lubuk hatinya dia berdoa ayahnya tidak terlalu fikir akan katanya. Bertahun sudah mereka tidak berbual, meluangkan masa bersama. Setiap kali berjumpa pasti ada benda yang dibawa ke pertengkaran. Sedangkan mereka dulu susah untuk berpisah.

Sukar untuk dia terima tapi hubungan mereka memang sudah tiada makna. Jasad ayahnya masih di hadapan mata, tapi tidak hati dan jiwanya dulu. Ayah yang kini bukan ayah yang dia kenali.

Tapi di sini dia belajar, berdoa juga perjuangan. Jika berdoa saja dia menyerah, dia malah berasa tidak pantas diberi. Ada hal baik yang sedang disimpan Tuhan untuk kejadian selanjutnya. Mungkin bukan sebagaimana dia tunggu atau harapkan. Tetapi, lebih baik untuk masa hadapan. DIA tahu.

Doa sebagai seorang hamba sangat berharga. Seperti emas. Sedetik hati kita mahukan sesuatu, sebaris kata yang kita lontarkan, selangkah kita berjalan itu sudah menafikan kata doa.

Doa juga mengajarnya untuk terus berdiri. Karena menunggu jawapan untuk babak seterusnya yang membuat dia kekal. Doa, perjuangkan, tunggu dan terima. Kita tahu Allah memiliki segalanya. Tunggu apa lagi?

Jam dinding dikerling sekilas. 5.50 a.m, pagi. Seperti biasa, dia berjaga melakukan tugasan yang diberi. Kopi diminum untuk menahan dari kantuknya. Amsyar juga selalu pesan untuk tidak minum kopi secara berlebihan. Gula dan kalori tubuh badannya juga dia sibuk mengambil berat. Entah kenapa mamat sengal itu sibuk sangat pun tak tahu.

"Amalia...?"

"Hello? Amalia?"

Amalia terkaku seketika. Seolah mendengar bisikan. Ada orang panggil nama aku ke tadi? Janganlah kacau aku, masih subuh ni. Dia cuba memekak. Takut ada 'benda' yang panggil dia ajak main masak-masak ke.

"Cik gadis? Dengar saya tak?"

"Assalamualaikum?"

Ha sudah. Dia bagi salam pula...Ya Allah, jauhkan lah aku dari makhluk halus. Puih, puih. Amalia menelan air liur. Perlahan dia bangun dari baringnya.

"Cik gadis saya?"

Amalia cuba mencari datangnya suara itu.  Aik, suara macam lelaki. Tak kan hantu lelaki nak mengorat dia? Meremang lah.

"Amalia Narnia? Saya ni lah, Amsyar Neezreeq. Bakal suami awak."

Macam kenal pula suara ni. Amalia pergi ke tingkap yang terbuka di biliknya terus memandang ke bawah. "Ya Allah, kau buat apa dekat sini? Aku ingat benda halus tahu tak!"

Amalia terkejut melihat Amsyar yang tiba-tiba ada di rumahnya. Amsyar mendongak melihat Amalia yang berada di tingkat kedua dari tingkap. Lantas senyuman lebar terukir.

Amsyar melambai tangannya. "Benda halus? Subuh macam ni?"

"Ye lah, dah kau bisik-bisik. Kenapa tak bunyikan loceng je?" Soal Amalia. Turut menunduk melihat Amsyar yang berada di bawah. Nasib dia masih pakai telekung, baru habis menunaikan solat tahajud.

"Oh, saya takut ummi masih tidur. Nanti ganggu pula."

"Eh jap, macam mana kau boleh masuk? Kau panjat pagar ke?" Entah bagaimana mamat sengal ni boleh masuk ke kawasan rumahnya ini. Mana ada jalan masuk lain, selain pagar itu.

"Oh, saya tengok pagar rumah awak tak terkunci. Saya nak kuncikan tapi saya dah termasuk dalam. Kelakar tak?" Amsyar meletuskan tawanya. Kepala tetap mendongak ke tingkat dua, tingkap bilik Amalia.

Light Of My life [C]Where stories live. Discover now