Amsyar Neezreeq
Telefon pintar digenggam kuat. Gigi diketap rapat. Dia menelan air liur kesat. Wah, tak sangka. Lelaki yang dia fikir berhati baik sebenarnya lelaki yang penuh dengan muslihat. Maksudnya, lelaki itu mendekati hanya kerana tentang hal ini? Bagus.
Kali pertama dia dikhianati sebegini. Entah kenapa hatinya berasa sakit dengan perbuatan Amsyar. Dia ingatkan Amsyar ikhlas ingin berkawan dengannya tetapi tidak. Patutlah dia terhegeh-hegeh mendekati Amalia, rupanya dia ingin mendapatkan maklumat, biodata lebih tentang Amalia.
Mungkin Amsyar sudah tahu yang pembantu rumahnya yang di panggil 'ummi' itu bukan ibu kandungnya. Dan mungkin dari situ juga dia dapat lebih maklumat tentang Amalia. Dari ummi.
Bijak kau, Amsyar.
Amalia menghidupkan enjin keretanya dan memulakan perjalanannya pulang ke rumah. Malas ingin menangis lebih, tiada guna. Tiada masalah dapat diselesaikan dengan tangisan. Hati dia mungkin sakit kerana cepat percaya dengan wajah naif lelaki itu.
Amalia menggenggam sterengnya dengan kuat. Selama ini, susah payah dia menyorok tentang dirinya kini sudah terbongkar oleh seorang lelaki yang palsu. Hari ini, salah satu hari yang paling dia takuti dan hari yang paling tidak inginkan untuk terjadi.
Amalia mengedipkan matanya. Menahan air mata dari jatuh. Mungkin kisah sesedih ini sudah ditakdir untuknya. Beberapa minit kemudian, Amalia sudah tiba di rumahnya. Enjin kereta dimatikan. Beg galas hitamnya yang berada di kerusi penumpang di sebelahnya, diambil.
Pintu rumah diketuk beberapa kali seraya memberi salam. Tetapi tiada sahutan yang kedengaran. Amalia mendengus. Mana pula ummi ni? Telefon pintar didalam poket hoodienya, dicapai. Ternampak mesej yang sudah sampai beberapa minit yang lalu dari umminya.
Ummi❤️
Mal, ummi pergi hantar cupcake dekat customer. Mal ada kunci yang lain kan?
Butang back ditekan lalu mematikan telefonnya. Dia lupa yang dia juga menyimpan kunci yang lain. Selalunya, ummi sahaja yang akan membuka pintu untuknya. Dan kunci itu jarang diguna.
Langkah diatur terus ke kamar. Dia menghenyakkan penjuru katil. Kemudian mencabut sepasang stokin. Dia tertancap satu album yang berada di rak sebelah katil sebelum mengambil. Buku yang tersimpan gambar-gambar memori. Buku yang penuh dengan gambar keluarga bahagia seketika dahulu.
Satu per satu dia melihat gambar di dalamnya. Amalia tersenyum nipis apabila melihat gambar ibu. Lembut jarinya menyentuh wajah cantik ibunya. Dia memandang pula lelaki disebelah ibunya. Ayahnya kelihatan sungguh bahagia disitu. Senyuman mekar, tidak seperti kini.
Amalia tahu betapa cinta dan sayang ayahnya kepada ibunya. Tetapi kisah mereka tidak diakhiri dengan penamat yang baik."Mal, minta maaf ayah...ibu...Mal tak yakin Mal boleh bertahan lama lagi," Berkaca-kaca linangan air jernih gugur dari sudut kelopak mata.
Sungguh dia tiada sesiapa disisinya. Hari-hari terasa sama. Tiada rasa teruja untuk menghadiri hari seterusnya. Kosong. Sangat kosong.
Lembaran seterusnya dibuka. Membuat tangisan Amalia semakin membasahi pipi. Tiga kanak-kanak perempuan sedang duduk dibangku taman. Salah seorang dari mereka sedang menangis dan dua dari mereka sedang memujuk.
"Farsya..." Wajah muda Farsya, rakan baiknya, disentuh lembut.
"Maafkan aku..." Sayu suara Amalia. Dia berharap Farsya dapat mendengarnya tetapi perkara itu sangat mustahil. Tuhan lebih menyayangi sahabat dan ibunya. Sehingga mengambil mereka terlebih dahulu. Tanpa membawa diri ini juga.
Amalia mengesat air matanya. Dia menghela nafas berat. Tiada apa yang mampu menenangkan fikiran sekarang ini. Semuanya menyerbu ke akal fikiran.
Ting tongg!

ANDA SEDANG MEMBACA
Light Of My life [C]
Romance[2021] Amalia Narnia | Amsyar Neezreeq . . Kerana satu doa menjadi jalan kebahagiaan. Pertemuan di kedai buku, menjadi salah satu sebab untuk dia ingin mengetahui Amalia lebih mendalam. Apabila Amsyar mengetahui mereka menuntut ilmu di tempat yang s...