Amalia mengesat air matanya dengan kasar tapi langsung tak berguna. Malah, air matanya semakin galak berguguran. Dia benci, dia benci menangis depan ayahnya. Dia tidak mahu menunjukkan sesiapa yang dia lemah. Ya, dia sakit. Dia merana. Dia menangis bagai nak mati. Tapi, dia tidak mahu menunjukkan semua itu di hadapan ayah kandungnya.
Akhirnya, duka 14 tahun yang dia simpan dalam genggaman kini sudah dilepaskan. Dek amarahnya satu ayat boleh mengugurkan berjuta titisan air mata anaknya. Tidak berfikir sebelum mengertak, itu padahnya.
Ia berjuta lebih sakit apabila kata itu dilontarkan oleh ayahnya berbanding berjuta orang membencinya. Ayah yang dia mendidiknya dahulu, ayah yang sentiasa mendukungnya. Kini, pembenci dalam hidupnya.
Bagaimana ayah nak hentikan kata cemuhan orang, sedangkan ayah juga antaranya.
Jika dia mengetahui hal ini dari dulu, sudah tentu dia tidak sanggup lagi bertahan. Hilang. Dan agaknya mereka akan meraung menyesal.
Kunci motorsikal di dalam pocek diseluk. Menyedari Amalia yang berjalan ke arahnya, pakcik penjaga keselamatan itu mendekati Amalia.
"Motorsikal manyak cantik woo. Beli mana?" Soalan ditinggal sepi. Membuntang mata pakcik itu apabila melihat wajah kemerahan, mata sembap, air mata tidak henti mengalir di wajah Amalia.
"Eh, adik menangis kah?"
Amalia menggeleng perlahan. Tiada kekuatan untuk menjawab. Helmet dimasukkan di kepala. Kaki dihayunkan separuh pinggang untuk menunggang. Pakcik yang masih terkelu itu, terdiam.
Kenapa ini? Tuan dan anak dia bergaduh ke? Apa yang Tuan dah buat?
"Terima...kasih jaga motor saya. Mal pergi dulu..." Kata Amalia, masih bergetar suaranya. Kepala dianggukan sekali tanda mempamit.
Vroomm
Bar pemegang digenggam kuat. Motosikal dilajukan. Air mata masih galak menjatuhi di dalam helmetnya. Entah kenapa hatinya tenggelam dengan ujian ini, pada masa yang sama dia juga disusut rasa lega.
Atas kerana luahan yang dia lontarkan kepada ayahnya kah? Luahan yang dia simpan selama 14 tahun. Hidup tanpa ibu, ayah, rakan baiknya bukan senang.
Vrroomm
Pantas motosikal miliknya melintasi kenderaan yang lain. Menyerong ke kanan ke kiri. Dia mencari tempat yang dia ingini. Sudah beberapa minit berlalu, akhirnya dia tiba di sebuah masjid berdekatan dengan pantai yang kerap dia kunjungi sebelum ini.
Jarang sekali dia datang menyinggah ke masjid atau surau sebelum ini. Huh, pelik bukan? Menangis bagai nak mati tapi tidak ingat Allah yang menghulurkan segalanya. Hilang harapan dengan manusia, salahkan takdir Allah yang indah. Gila.
Bagai tiada iman.
Dia memarkir motosikalnya di hadapan pagar besar masjid itu. Dengan kaki kanan dia memasuki, terlihat tidak banyak orang lagi yang ada di situ. Mungkin sudah habis menunaikan solat isyak berjemaah.
Wudhuk diambil dengan niat. Telekung disarung dengan bismillah. Dengan khusyuk dia memulakan solat. Pada sujud terakhir terkeluar air matanya memohon segalanya kepadaNya. Tiada sesiapa yang layak aku memohon melainkan Engkau, Ya Allah.
Permudahkanlah segalanya. Apa yang baik turunkan lah, apa yang buruk hilangkan lah untukku.
Aku tidak tahu apa yang Engkau telah aturkan untukku selepas ini tetapi aku hanya mampu bermohon, kuatkan la aku. Walaubagaimanapun, jika aku jatuh, bangunkanlah aku kembali dengan mengingatiMu.
Dia menarik nafas sedalam yang mungkin. Jam yang berada di skrin telefon dipandang sekilas. Sudah jam 8 malam. Pasti keluarga Farsya sudah menunggunya di hotel.
YOU ARE READING
Light Of My life [C]
Romance[2021] Amalia Narnia | Amsyar Neezreeq . . Kerana satu doa menjadi jalan kebahagiaan. Pertemuan di kedai buku, menjadi salah satu sebab untuk dia ingin mengetahui Amalia lebih mendalam. Apabila Amsyar mengetahui mereka menuntut ilmu di tempat yang s...