Bab 33

2.1K 321 33
                                    

Angin semilir menyapa ke wajah jelita. Daun pohon seakan berdansa menghayunkan gerak. Kepulan asap hitam campur awan merah bergawang-gawangan mengintari alam petang. Seperti mencuba membelai hati yang pernah sakit terhiris.

Dek dibakar bara dendam yang lama. Sanggup menerpa menyakiti rakan. Apakah semua itu masuk akal? Tidak. Tapi yang membezakannya hanya gaya fikiran. Jalan tuju yang sama tapi tidak selekoh jalanan. Kehilangan orang yang sama tapi memendam dengan cara berbeza.

Seseorang yang dulu kita tawa, riang, bermain, berkongsi bersama. Akhirnya memegang pisau yang tajam menuju ke diri kita. Rakan baikkah namanya itu?

Allah yang tahu betapa dukanya hati ini menerima khabar. Kehilangan ibu dan Farsya. Sekali gus, menarik kebahagiaan dengan orang yang tersayang. Ayah menjauhkan diri, ibu Farsya melontarkan kata pilu, rakan yang lain meletak kebencian.

Mereka tidak akan faham jika kita tidak menyuarakan hati yang hancur. Manusia, huh. Fikir masalah sendiri, sakit sendiri. Langsung enggan menanya khabar pihak yang lain.

Dia juga sakit, dia juga merana, dia juga hancur, dia juga tewas. Tapi kenapa mereka tidak kisah akan itu? Jahat kah dia? Buruk kah akhlak dia?

Semua bermula dengan rasa benci. Benci yang membuatkan kita tidak puas hati. Malah tidak sanggup melihat dia hidup. Lebih baik mati. Allahuakbar.

Langit yang ingin menyimbah hujan ditatap. Amalia tersenyum. Topi keledar hitam berkilat dicabut. Seperti biasa, dia singgah menenangkan fikiran di atas bukit. Menyampaikan pandangan pada laut ombak yang indah. Langkahannya mati pabila melihat seorang wanita bersanggul anggun duduk menikmati angin. Mata dikecilkan. Apa yang Iewani buat di situ?

Lambat dia menuju ke situ. Masih menanyakan, patutkah dia bertegur sapa? Gadis itu membenci dia. Patutkah? Tidak mahu nanti berlakunya pertengkaran antara mereka.

Sudah berbelas tahun mereka tidak menanya khabar. Erti kata lain, Iewani memang mahu memutuskan hubungan ini. Mana pergi janji kita untuk kekal bersama? Mungkin bukan kita bertiga, tapi kita mampu berusaha berdua...

Bunyi tapak kasut yang terpijak daun kering membuat bahu Iewani terhinjut kecil. Laju dia memusingkan kepala ke belakang. Empat mata bersabung. Persahabatan yang kian lama ditinggal. Tapi bukan hati dan jiwa.

Amalia tersenyum nipis. Iewani mendengus geram. Macam mana pula dia boleh terserempak dengan Amalia di sini? Arh. Beg hitamnya dicapai kasar. Bergegas ingin beredar. Benci melihat wajah pembunuh.

"Iewani! Tunggu lah sekejap." Sempat Amalia memegang tangan Iewani untuk berhenti. Lagi, Iewani menepis kasar.

"Jangan sentuh aku," Suara ditekan. Tegas.

"Iewani tolong. Please. Tak salah kita berborak dulu."

"Berborak? Dengan pembunuh macam kau ni? Sedar diri kau sikit." Tangan yang dipegang Amalia. Sekali lagi ditepis kasar. Pergi jauh Amalia, aku benci kau.

"14 tahun Wani...Kau tak rindu aku ke?" Langkahan Iewani terhenti. Untuk beberapa saat, hatinya hanyut dalam kebisuan. Kaki seakan tergam di tanah. Hatinya seakan ingin meraung.

Dadanya berombak-ombak. Dia menaikkan bebola matanya ke atas pabila kelopak mata mula berair. Dia benci, dia hairan. Kenapa dia harus tersentuh dengan kata itu? Kenapa dia harus rasa pedih?

Baginya, orang seperti Amalia tidak layan dikasihi. Memusnahkan kebahagiaan orang lain.

Perlahan Iewani memalingkan tubuhnya. Mata menikam ke arah Amalia. "Rindu? Orang macam kau? Kau tak ingat ke apa kau buat, ha?"

Dia mendekati Amalia dengan rasa bengang. Amarah kian menaik. Tidak lepas mata dia dari bersabung ke mata Amalia. Dan dari tatapan itu jua, Amalia terdiam. Tatapan yang menyakiti dia walaupun belum apa dilontarkan gadis itu.

Light Of My life [C]Where stories live. Discover now