"Amsyar Neezreeq, your name. Am i right?" Soal Amalia mendatar. Tangan tersilang ke dada. Merenung tubuh tegap Amsyar dari belakang. Tak sangka pula dia, Amsyar ikut dia sampai ke sini. Amsyar memejam matanya. Dia berdecit di dalam hati. Ha sudah, kantoi.
Dia memusingkan badannya memandang Amalia. Topi dicabut dari kepala. Amalia melihat rambut milik Amsyar yang menari-nari terangkat itu. Amsyar menguak rambutnya ke belakang. Sebelum kembali melihat wajah Amalia dengan senyuman tipis. Sekali, dia mengalihkan pandangan.
"Seriously? Are you followed me?" Amalia mengecilkan mata. Bertanya senada. Memberi tanda untuk Amsyar memberi jawapan sepatutnya. Patutlah dia rasa tak selesa. Rupanya ada orang mengikut dia sepanjang perjalanan tadi.
"Urm, yes. Jangan risau. Saya bukan ada niat buruk ke niat jahat pada awak. Saya cuma nak ikut awak untuk kenal lebih tentang awak. Itu sahaja. D-don't look at me like that." Jujur Amsyar. Sedaya upaya untuk membuat Amalia percaya kepadanya. Keadaan akan jadi teruk kalau Amalia dah mula pandang tak baik padanya. Itu dia tidak mahukan. Percayalah, dia bukan orang macam itu.
"Saya minta maaf buat awak tak selesa. Maafkan saya?" Sambung Amsyar lagi penuh dengan rasa bersalah. Jelas pada wajahnya. Sepasang mata Amsyar ditenung silih berganti. Lambat Amalia mengangguk jua. Dia pun lega yang bukan lelaki mana yang mengikutnya sampai ke sini.
"Fine. Now, you can go." Baru sahaja Amalia ingin memusingkan tubuhnya. Menyambung tugas. Satu suara datang ke arah mereka.
"Eh Mal, siapa ni?" Tanya Uncle Isa. Melihat wajah Amalia dan Amsyar silih berganti. Tak tahu pula Amalia ajak kawan ke sini. Amalia mengeluh kecil. Tangan yang tersilang di dada tadi dileraikan.
"Stalker,"
"Assalamualaikum, saya Amsyar Neezreeq. Kawan universiti Amalia." Amsyar memperkenalkan dirinya dengan sopan. Tunduk separuh tubuh. Dia dan Uncle Isa bersalaman.
"Oh, ingat boyfriend tadi. Nama pakcik, Isa. Panggil Uncle Isa. Baru modern sikit." Satu kenyitan dihadiahkan untuk Amsyar. Ramah. Bibir digoyangkan rancak menyebut 'uncle' seperti orang British.
Amsyar tersengih melihat Uncle Isa melayan dengan ramah. Nampak dari wajah Uncle Isa seorang yang baik. "Uncle Isa owner kedai ini ke?"
"Ha'ah, uncle owner kedai ni."
"Amsyar datang sini, kenapa? Nak mengorat Mal ke?" Uncle Isa mulakan mod terlebih mesranya. Dia melangkah mendekati Amsyar. Berbisik untuk bertanya. Tak mau orang di sana mendengar.
"Nampak sangat ke, Uncle? Yang saya nak mengorat dia?" Amsyar melayan. Berbisik kembali kepada Uncle Isa.
"Nampak sangat lah... Meh sini Uncle Isa bagi tips." Lengan Uncle Isa diletakkan kepada bahu Amsyar. Aik? Betul ke nampak baru kenal ini? Amsyar hanya memasang telinga menunggu kata-kata Uncle Isa. Badan dibongkokkan sedikit.
Amalia mengerling sekilas ke arah Amsyar dan Uncle Isa selepas selesai melakukan tugasannya. Lantas mata dikecilkan. "Asal dua ekor tu? Baru dua minit jumpa dah macam keluarga." Soal Amalia sendiri. Bukan main nampak rapat macam dah pernah berjumpa.
"Perempuan ini tak suka kalau kita terlalu terhegeh-hegeh dekat diorang. Nanti diorang rimas." Penuh dengan perwatakan Uncle Isa memberi nasihat. Seperti makcik bawang bercerita. Boleh masuk squad ni.
Amsyar mengangguk faham. "Ye ke, maksudnya saya kena kurangkan lah?" Tanya Amsyar pula. Betul-betul mengambil nasihat dari Uncle Isa. Uncle Isa mengangguk.
"Baru jumpa dah mengumpat ke?" Tegur Amalia senada. Kaki melangkah dekat ke arah mereka. Tangan bercekak pinggang memandang mereka. Amsyar dan Uncle Isa ketawa kecil.
YOU ARE READING
Light Of My life [C]
Romance[2021] Amalia Narnia | Amsyar Neezreeq . . Kerana satu doa menjadi jalan kebahagiaan. Pertemuan di kedai buku, menjadi salah satu sebab untuk dia ingin mengetahui Amalia lebih mendalam. Apabila Amsyar mengetahui mereka menuntut ilmu di tempat yang s...