Bab 26

2.3K 348 53
                                    

Tingkap di hadapan meja belajarnya dibuka luas. Dalam suasana langit yang terserlah cahaya cerlang pada kesuraman cahaya. Hanya menunggu untuk tenggelam, menukar gelap. Tangan kanan digunakan menumpang dagunya, menatap seakan lukisan itu.

Tidak pernah lepas menjadi pemandangan kegemarannya.

Dia mengeluh kecil. Alhamdulilah, hari demi hari, hatinya mulai tenang. Dengan doa, dia memegang harapan untuk semua pulih sedia kala. Mungkin tidak seperti dulu, malah baik untuk sekarang.

Tidak berharap lebih, cuma kebahgiaan dari-Nya. Sungguh nyaman meluahkan ke tanah, kerana yang mendengarnya hingga ke langit. Tercapai mungkin bukan hari ini, esok, atau lusa. Tapi, yang pasti ia akan tiba.

Terima kasih kepada Amsyar, yang selalu membantu dia. Bukan hanya dari kata-kata, malah dia juga banyak membantu dia ketawa, tersenyum.

Persekitarannya juga menjadi riang. Adanya mereka yang sentiasa memberi tawa kepadanya.

Ting!

Bunyi telefon Amalia menandakan mesej masuk buat Amalia tersentak dari lamunan. Telefon pintar di meja, dicapai.

'Mamat sengal'

Panjang umur. Amalia membuka mesej dari Amsyar, satu link diberi darinya. Amalia menekan link itu dan terpampang spotify playlist untuknya.

"Apa mende dia ni?" Gumam Amalia bertanya. Tajuk lagu dibaca satu per satu sebelum menimbulkan kerutan di dahi.

Good Evening- SHINee

Have a nice day- Seo Eunkwang

You're My- Taeyang

My favourite part- Mac miller, Ariana Grande

always- keshi

"Good morning, have a nice day. You're my favourite part, always..." Amalia tersenyum segan seraya menggigit bibir. Telefon pintar di tangan dihentakkan di kepala.

Aww

Amalia tersedar lalu memperbetulkan posisi duduknya. Dia berdehem kuat, kepala menoleh ke kiri dan ke kanan. Tak ada orang nampak kan?

Dia kembali duduk bersila di atas kerusi. Amalia menarik nafas dalam lalu menghembus kuat. Tolong jangan jadi gila!

Kertas berselerak di atas meja dipandang satu per satu. "Aduh, banyak betul benda nak buat. Argh!"

Tangan naik mengosok rambut yang elok terikat. Dan kini berubah menjadi kusut masai. Kenapa banyak sangat kerja dia kena buat? Apa memang 24 jam nak buat kerja ni?

"Bibibadi pom," Tangan ditutup muka kemudian membuka, seakan membuat 'bak cak' dengan bayi. Berharap ingin menghilangkan assignment ini semua.

"Arh, gila kau ni Mal. Orang gila pun tak macam ini."

Dia menarik nafas sekali lagi, mengetepikan segala kekacauan di fikirannya. Bagilah aku fokus belajar sekejap. Lepas habis je ni, kau nak pergi mana pun pergi lah.

Pen diambil dan meneruskan menulis di kertas. Jari lincah menaip di papan kekunci komputernya.

Satu jam berlalu, satu lembaran kertas sudah selesai disiapkan. Dia pergi ke bilik pembacaannya yang terletak hanya berhadapan biliknya. Mata dikecilkan mencari tajuk buku rujukan yang dia ingini.

"Eh jap, aku ada beli ke dekat kedai hari itu?"

"Rasa macam dah pernah baca..."

"Arh, mana pulak ni..."

"Jangan cakap aku baca buku tu dekat perpustakaan universiti."

"Arh!"

Amalia terbaring di atas buku-buku yang berselerak di balingnya untuk mencari sebuah buku diingini sebentar tadi. Tidak silapnya dia pernah membaca buku rujukan tentang pembedahan itu. Dan mungkin sangkaannya tadi meleset, hanya membacanya di perpustakaan.

Light Of My life [C]Where stories live. Discover now