Bab 24

2.2K 310 26
                                    

"Hi Amalia!" Sapa Ezrin riang seraya melabuhkan punggung di sisi Amalia yang sibuk membaca buku.

"Hi," jawab Amalia senada. Tangan membelek ke lembaran seterusnya. Ezrin masih tersenyum manis melihat orang sekeliling di taman universiti mereka.

Alhamdulilah, hubungan mereka semakin akrab sejak pertemuan hari itu. Mereka juga kerap berjumpa, keluar membeli belah di shopping mall bersama. Siapa lagi yang ajak, kalau bukan Ezrin itu.

Walaupun perangai Ezrin selalu menjengkelkannya, kegedikan Ezrin masih boleh dibawa sabar. Kadang dia juga selalu menarik rambut wanita itu untuk  berhenti membebel.

"You dah makan?"

"Dah,"

"Ala, ye ke. Baru je nak ajak lunch." Ezrin memuncungkan bibirnya, badan disandarkan tanda merajuk.

Amalia membuat muka seposen. "Habis itu? Ajaklah tunang jerawat pipi kau tu,"

Ezrin berdecit. Hish, Uzain itu tidak habis sibuk dengan pembelajarannya. Banyak alasan diberi. Ini baru fasa pertunangan belum perkahwinan. Tapi, kepercayaan dia kepada Uzain tak akan luntur.

"Tak nak lah. Dia cakap dia busy,"

"Percaya je lah cakap dia."

Ezrin tersengih nakal tiba-tiba. Bahu Amalia disiku. "You lunch dengan Amsyar ek," Kening diangkat beberapa kali, mengusik.

"Kalau ye pun kenapa?" jawab Amalia, malas melayan. Bukan dia yang nak makan bersama dengan Amsyar. Mamat sengal itu yang membeli bekal untuknya.

"You guys ni makin rapat pula. Mesti ada sesuatu kan..." Berleret suara Ezrin mengusik. Dia membuat jari 'love' di hadapan Amalia.

Amalia menjentik dahi Ezrin. "Ada apa? Kitorang kawan je lah,"

Ezrin meletuskan tawanya melihat riak menyampah di wajah Amalia. "Malu lah tu,"

Amalia menutup bukunya lalu disimpan ke dalam beg galas hitam miliknya. Dia berdiri dari duduknya membuat Ezrin terkebel-kebel.

"Eh, you nak pergi mana pula ini?" Soal Ezrin. Sampai hati nak tinggalkan I sorang kat sini.

Amalia mengeluh seraya menjulingkan matanya ke atas. "Nak berak. Tanya lagi, nak teman kau makanlah. Kata tadi belum makan,"

Mendengar ajakan Amalia terus Ezrin tersenyum teruja. Beg tangan merah jambu dipegangnya dan turut berdiri. Ingatkan nak tinggalkan kita kat sini.

Dia memeluk tangan kanan Amalia lalu melagakan pipi ke situ sambil berjalan beriringan. Amalia menepis tangan Ezrin supaya jauhkan diri darinya.

"Jangan peluk peluk eh,"

Sekali lagi, Ezrin mengambil tangan Amalia untuk datang dekat bersamanya. Pandangan orang lain diendahkannya.

***

"Kau makan tak boleh laju lagi ke?" Rasa nak simbah air pun ada dekat rakannya ini. Makan macam sedut air, laju seperti kereta api.

Ezrin tersengih tidak tahu malu seketika sebelum menyuapkan lagi mi goreng dipesannya tadi. Bila lapar, semua makanan terasa enak ditelan.

"Uhuk, uhuk." Tersedak Ezrin sehingga terbatuk-batuk. Pantas Amalia menghulur sebotol air mineral kepada Ezrin. Ha, itulah makan gelojoh macam anak gajah lagi.

"Aku dah kata, makan perlahan. Ini makan macam berebut jodoh, kenapa?" Rungut Amalia. Orang dah pesan, tak nak dengar. Dia mengeluarkan tisu di poket hoodie lalu mengelapkan kotoran di pinggir bibir Ezrin.

Light Of My life [C]Where stories live. Discover now