Amalia menutup pintu dewan kuliah itu. Kata-kata pelajar di dalam itu enggan didengar. Ada yang memandang dengan riak puas hati. Kerana mereka dia dalam masalah. Bagus. Satu masalah tambah lagi satu masalah.
"Apa yang ayah buat ni?" Tanya Amalia dalam keadaan marah. Nada masih terkawal, tidak mahu meninggikan suara.
"Apa maksud Mal? Ayah datang sini nak bagi ceramah. Itu je." Ayah menerangkan. Jelas pada wajahnya, dia berasa dia lakukan benda yang betul. Buat Amalia lagi tidak mengerti. Ceramah? Dalam keadaan huru hara macam ni?
"Baru sekarang ayah nak bagi ceramah? Ayah tahu tak diorang semua cakap apa pasal keluarga kita?" Dia betul-betul nak tahu apa agenda sebenar ayahnya. Amalia tidak salahkan ayahnya untuk berbuat begitu, ia cuma waktu dan cara ayahnya akan membuat perkara ini lebih keruh.
"Kenapa salah ke apa ayah buat? Ini semua untuk kebaikan Mal juga,"
"Kebaikan apa ayah? Untuk tutup benda tersebar ni? Tak semudah tu. Zaman sekarang apa yang terlintas dalam fikiran diorang itu, yang diorang cakap. Mereka langsung tak fikir pun perasaan orang lain ayah. Sia-sia je ayah buat semua ni,"
"Sia-sia? Ayah buat semua ni untuk Mal, untuk kita. Apa yang diorang cakap tu biarkan. Kita boleh tutup balik semua ini."
"Nak tutup apa lagi ayah? Macam mana? Dengan bagi ceramah? No, ayah. You came on the wrong time. Ayah tiba-tiba muncul bagi ceramah masa perkara tu tersebar. Diorang akan fikir yang kita betul-betul pesalah dalam hal ini." Tak, bukan kita. Amalia seorang sahaja. Ayah cuma terkena tempias kerananya. Dr.Erman meraup rambutnya dengan kasar. Kenapa susah sangat Amalia nak faham?
"Aku buat semua ni untuk kau! Aku pun penat tahu tak orang asyik cakap pasal kau, mengata pasal kau! Boleh tak Mal, jangan susahkan ayah untuk kali ini je?" Soalan terakhir ditanya dalam keadaan nada rayu. Mata sayup menatap wajah anaknya.
Dia pun penat dengan kata-kata rakannya yang asyik memandang rendah terhadapnya dan keluarga. Dia takut perkara ini akan menjejaskan kerjanya. Dan sebab itu lah dia bersungguh untuk hentikan kata-kata orang.
Amalia tersentak. Dia melihat perubahan ayah. Yang merayu dalam tangisan. Dalam keadaan marah. Ayat terakhir dari ayahnya, menikam ke hati. Maksudnya selama ni, dia menyusahkan ayah?
Amalia mengelipkan matanya beberapa kali apabila matanya terasa hangat. "Mal susahkan ayah? Fine. Ayah boleh berhenti buat apa yang ayah nak buat, tak perlu fikir tentang Mal, tak perlu buat untuk Mal. Mal boleh hidup sendiri. Mal bukan pengecut nak merayu dengan sampah macam diorang," Amalia mengakhiri katanya dengan nada mendatar. Dia menjeling ke arah Dr.Erman sebelum pergi meninggalkan ayahnya.
Sakit? Ya, terlampau sakit. Dia tidak sangka ayahnya berubah sebegitu. Ayahnya dulu bukanlah jenis yang sukar mengawal emosi. Tapi kini, ayah berubah menjadi lebih pemarah, menengking, meninggikan suara kepadanya.
Sangat berbeza.
Dr.Erman melihat tubuh kepergian anaknya. Sekali lagi. Menyesal dia berkata sebegitu kepada Amalia. Mungkin dia terlalu stress tentang kerjanya menyebabkan dia mudah beremosi.
Amalia bergerak ke parkir motorsikalnya. Enggan lagi menghadiri kelasnya. Lecturer nak marah, marah lah. Enjin motorsikal dihidupkan lalu beredar dari universitinya. Tempat ingin dituju pun tak tahu. Balik ke rumah? Ummi pasti bertanya kenapa balik terlalu awal. Pergi ke kafe? Sama juga.
Argh! Nak pergi mana pula ni?
Bushhh
Bunyi tayar motorsikal milik Amalia seperti pecah. "Aduh, asal pula motorsikal ini buat hal." Rungut Amalia perlahan. Motorsikalnya pula tiba-tiba terasa ringan dan bergerak tidak tentu arah. Memang semuanya dirancang ke?

YOU ARE READING
Light Of My life [C]
Romance[2021] Amalia Narnia | Amsyar Neezreeq . . Kerana satu doa menjadi jalan kebahagiaan. Pertemuan di kedai buku, menjadi salah satu sebab untuk dia ingin mengetahui Amalia lebih mendalam. Apabila Amsyar mengetahui mereka menuntut ilmu di tempat yang s...