Bab 40

2.7K 315 41
                                        

"Saksi?"

"Sah."

"Sah."

"Alhamdulilah, bismillah." Semua mula menadahkan tangan. Dengan Izin Ilahi hanya satu lafaz Nur Ezrin Syakila sudah menjadi isteri sah buat Uzain Rafi. Kegembiraan hati Ezrin menujahkan keluar manik-manik jernih dari birai kolam matanya.

Dia pusingkan tubuh ke kanan, memeluk mama yang tersayang. Berat untuk melepaskan tangan anak perempuan. Dahi, pipi dan dagu Ezrin dikucup lembut. "Jadi isteri yang solehah. Dengar cakap Uzain. Janji tau pada mama." Sambil mengusap belakang tubuh Ezrin, mama berbisik memberi pesan.

Ezrin mengangguk. Rosak sudah segala make up yang sudah mengambil masa berjam-jam dihias cantik pada wajah. Air mata galak berjujuran. Masih tidak percaya. Dari sekolah menengah mereka berkenal sehingga dijinjang pelamin. Takdir Allah itu indah. Walau banyak pergaduhan, perselisihan, Uzain masih dapat menjaganya baik. Kegedikan, manja, kecomelan dia kini sudah hanya pada suami. Dia bersyukur Allah hadirkan seorang lelaki yang sebegitu ikhlas menerima kekurangan diri ini.

Pelukan mereka dilepaskan. Puan Hajah memusingkan lagi badannya, memeluk sahabat ke jannahnya. Meluahkan kegembiraan dengan tangisan. Ezrin pula menoleh ke kiri pula, di mana Amalia berada. Amalia tersengih manis membuatkan Ezrin semakin teresak-esak menangis. Amalia ketawa dan menarik Ezrin ke dalan pelukan. Belakang tubuhnya diusap perlahan.

"Dah...jangan nangis. Kau kan nak jadi bidadari hari ini. Kalau kau nangis, kau tak jadi bidadari dah...jadi baldi." Dalam pelukan itu, Ezrin ketawa halus dengan lawak hambar Amalia. Terhibur. Mendengar kata Amalia dia cuba tahan air matanya, tisu ditangan dilapkan pada pipi gebunya.

"I sayang you..."

"Ish, cakap dekat Uzain nanti lah. Cakap kat aku buat ape."

Ezrin merenggangkan pelukan mereka. Amalia tahu cara untuk hiburkan hati dia. Amalia kawan yang baik, pandai menjaga hatinya walaupun dia tahu Amalia selalu menyampah dengan perangai dia. Dia selesa dengan Amalia.

"Oh gosh. Habis basah baju aku." Gumam Amalia seolah merungut bila tiba-tiba terasa basah pakaian dibahunya. Dia melihat sekeliling, takut ada yang terdengar.

Uzain bersalam dengan ayah kandungnya di sebelah kemudian ayah mertuanya. Bersyukur yang teramat memiliki gadis seikhlas Ezrin. Walaupun wajahnya penuh dengan jerawat, gadis itu masih sudi menerimanya. Dia berpalingkan tubuh ke belakang, di mana Amsyar berada. Kawan baik merangkap sepupunya tersenyum manis. Mereka berpelukan.

"Tahniah Uzain. Dah jadi suami. Aku doakan kau dan Ezrin bahagia sehingga ke jannah. Jangan ajak aku makan burger pukul 3 lagi, jaga Ezrin sepanjang masa."

Pelukan mereka dileraikan. "Eleh, kau tak nak makan burger dengan aku sebab kau tak lama lagi nak kahwin juga kan?" Macam lah dia tak tahu.

Amsyar membalas dengan ketawa sahaja. Kalau Uzain ajak dia makan burger setiap hari macam waktu bujang dulu, memang tidak lah dia nak ikut. Suami tetap suami. Kena jaga isteri. Jangan berlagak macam belum kahwin lah abe Uzain.

***

"Tak makan ke, bakal isteri saya ni?" Amsyar datang menyapa Amalia yang berdiri bersandar pada sebuah kereta. Puas dia cari cik gadis dia ni dari tadi. Sejak habis je akad nikah, dah hilang. Buat dia risau je.

"Tak. Dah kenyang." Pagi tadi sewaktu lama menunggu puan pengantin kita bersiap, dah habis dua pinggan dia ngap. Perut dah habis berkeroncong sepanjang dia tidur malam semalam. Mungkin sebab dia selalu berjaga sambil makan snek setiap hari untuk siapkan tugasannya. Takut kalau bagitahu Amsyar atau Asyikin, menyusahkan jadinya.

Light Of My life [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang