"Nurse, macam mana keadaan pesakit Masira malam tadi?""Alhamdulilah, okay je doktor. Saya dah check and listed every little details." Amsyar tersenyum nipis. Perlahan dia mengangguk selepas mendengar jawapan dari jururawat.
Amsyar melihat jam di pergelangan tangannya sekilas. Masih pukul 12.39 p.m. "Awak ada ingatkan dekat dia yang pukul 2 petang nanti, dia ada pembedahan?"
"Dah, doktor. Dia kata dia dah sedia."
Amsyar mengangguk lagi. Entah kenapa dia rasa sedih nak teruskan pembedahan ini. Patutnya sebagai seorang doktor, dia kena gembira sebab pesakit setuju untuk melakukan pembedahan. Kalau tidak, penyakit yang ada dalam tubuh pesakit akan merebak.
Tapi, kali ini. Dia rasa lain.
"Doktor tak ada apa lagi nak tanya? Kalau tak ada, saya pergi dulu?" Jururawat wanita itu bertanya. Mendapat gelenggan dari Amsyar, dia pun menghayunkan kaki keluar dari bilik doktor Amsyar.
Amsyar menyandarkan tubuhnya ke kerusi. Mata dipejam rapat. "Ya Allah, kau permudahkan lah." Gumam Amsyar perlahan. Sebaik sahaja dia ingin menyambung melakukan tugasan kerjanya, beberapa ketukan dari luar pintu berbunyi.
"Masuk,"
"Doktor ada orang nak jumpa. Katanya dia anak kepada pesakit Masira." Seorang jururawat berkata seolah meminta izin kepada Amsyar terlebih dahulu. Mendengar sahaja ayat itu, Amsyar terus berdiri dari duduknya. Jururawat itu membuka luas pintu untuk seorang lelaki masuk ke bilik itu lalu menutupnya kembali.
"Assalamualaikum, doktor Amsyar."
"Waalaikummusalam, Ifhan. Eh, duduklah." Amsyar menjemput satu-satunya anak lelaki dan kenalan Makcik Masira.
"Lama tak jumpa, doktor. Doktor dah makin kacak ek sekarang." Ucap Ifhan sebaik dia melabuhkan punggung di kerusi hadapan Amsyar. Amsyar ketawa kecil.
"Ifhan pun sekarang rambut dah panjang."
"Itulah, doktor. Dulu waktu saya bawa ibu saya ke sini, waktu itu saya botak. Sekarang tengoklah. Silap hari bulan, boleh jadi rapunzel saya, doktor." Amsyar dan Ifhan meletuskan tawa mereka.
"Saya minta maaf sebab jarang pergi ke sini, doktor. Mesti saya banyak menyusahkan doktor kan?"
"Eh, menyusahkan apanya. Tak adalah. Memang tugas saya jaga pesakit dekat sini." Amsyar memberi secalit senyuman. Dia gembira untuk pembedahan kali ini, Ifhan ada di sini.
"Oh ya, pembedahan ibu awak akan bermula pukul 2 petang nanti. Saya..."
"Saya yakin doktor boleh buat yang terbaik untuk mak saya kan? Mesti doktor boleh punya. Doktor kan the best doctor dekat sini," Belum sempat Amsyar menghabiskan ayatnya, Ifhan mula bicara. Dia percaya Amsyar boleh buat sehabis baik untuk ibunya.
Amsyar gelak kecil. Perlahan senyuman di wajahnya hilang.
***
Amsyar menarik nafas sedalam yang mungkin. Cuba menyedapkan hati yang semua akan dipermudahkan. Dia percaya dan dia berserah.
"Can i start, Dr Lee?" Soal Amsyar kepada pakar anestetisia yang membantunya di dalam pembedahan ini.
"You may start now, Dr Amsyar."
"This patient, Masira Binti Daie has pancreatic head cancer. We'll now begin the whipple procedure."
Tiga jam berlalu...
Teeeeettttttttttt
Bunyi itu. Degupan jantung Amsyar semakin berdetak laju. "It's V-tach. I think it's a-fib with WPW."
YOU ARE READING
Light Of My life [C]
Romance[2021] Amalia Narnia | Amsyar Neezreeq . . Kerana satu doa menjadi jalan kebahagiaan. Pertemuan di kedai buku, menjadi salah satu sebab untuk dia ingin mengetahui Amalia lebih mendalam. Apabila Amsyar mengetahui mereka menuntut ilmu di tempat yang s...