Bab 7

2.9K 390 13
                                    


"Amsyar, kau buat apa lama-lama?" Uzain mendengus sendiri. Bersiap mengalahkan perempuan, nak pergi kelas je pun. Rajin betul pakai macam nak pergi temuduga. Contohilah dia ini, pakai macam nak menjual dekat pasar tani.

Uzain mengerling sekilas ke arah jam yang berada di pergelangan tangannya. "Amsyar!" Panggil Uzain lagi.

"Iya, Ya Allah. Sabar boleh tak." Lembut suara Amsyar membalas. Seorang garang macam singa, seorang lagi extra penyabar. Bagus. Amsyar membawa sepasang kasut hitamnya di hadapan pintu lalu duduk menyarung. Takut sangat kena tinggal.

Uzain memandang Amsyar dari atas ke bawah yang memakai baju kemeja putih, dikawasan lengan dilipat sehingga siku. Seluar berwarna coklat beige. "Style juga kau hari ini. Nak pergi universiti je. Bukan nak pergi cari jodoh." Sakit matanya memandang rakan a.k.a sepupunya berpakaian segak. Nak kata ingin memikat hati wanita, tidak juga. Dia bukan jenis macam itu.

"Hias untuk diri aku je. Okay tak?" Tanya Amsyar. Berdiri menunjukkan diri atau lebih tepat pakaiannya hari ini. Dia bukan bersiap untuk sesiapa, hanya untuk dirinya. Tak salah pun kan.

"Okay je lah tu, jom lambat dah ni." Tergesa gesa Uzain bergerak ke kereta. Memboloskan diri masuk ke dalam perut kereta. Sempat Amsyar mengunci pintu rumah mereka dan memasuki kereta di sebelah penumpang.

"Kau nak cepat-cepat ni, tak sabar jumpa Ezrin kan?" Teka Amsyar. Ye lah, dari tadi Uzain tak henti suruh dia cepat, padahal ada banyak lagi waktu. Amsyar pun bukan yang selalu siap lambat, Uzain yang nak bergerak ke universiti lebih awal.

"Suka hati aku lah, dia kan tunang aku." Selamba Uzain menjawab. Orang kalau dah bercinta, macam inilah.

"Heleh, belum kahwin lagi. Jangan nak melebih-lebih." Pesan Amsyar. Macamlah dia tak tahu Uzain selalu berjumpa dengan tunangnya. Seminggu berkali-kali mereka bertemu. Siapa yang kena jadi peneman mereka berdua? Amsyar juga.

"At least, aku ada tunang. Kau?" Uzain yang sedang memandu, menayangkan muka riaknya. Amsyar mencebik.

"Nanti kalau aku kahwin dulu daripada kau, jangan terkejut ek." Calon pun tiada, macam mana nak kahwin. Tak apalah, kata-kata itukan doa juga.

Uzain ketawa sinis."Okay, we'll see." Tak lama kemudian, mereka tiba di universiti. Kereta diparkir elok dikawasannya sebelum mereka berdua keluar dari perut kereta.

"Jom duduk kat taman dulu, awal lagi ni." Ajak Uzain. Tadi bukan main, nak kerja masa. Sekarang, suruh lepak dulu. Kaki diatur ke taman universiti, tempat biasa untuk menenangkan fikiran.

Amsyar mengangguk. Mereka menoleh ke belakang apabila mendengar suara yang dikenali mereka. "Amsyar! Uzain!" Panggil Aliff dan Hazraf, kawan rapat mereka yang pernah satu sekolah menengah seketika dahulu.

"Eh, Aliff! Hazraf!" Sahut Uzain lalu dia dan Amsyar menyalam rakan mereka sebelum dada mereka bertemu dada. Cara lelaki apabila bertemu.

"Korang ada kelas ek hari ini?"Uzain dan Amsyar belajar satu course yang berbeza dengan Aliff dan Hazraf. Tetapi, mereka mula belajar di universiti ini pada tahun yang sama.

"Ha'ah. Korang pun ek?" Jawab Hazraf. Suara serak garau miliknya sangat menarik sehingga boleh memikat ramai hati wanita. Hazraf lebih kepada islamic person dan seorang yang penyabar seperti Amsyar.

Aliff pula lebih kepada pembuat lawak hambar. The loudest person of the group dan mempunyai watak yang mudah disenangi ramai kerana senyuman lebarnya yang kelihatan begitu comel.

"Kitorang pun ada tapi masih ada masa lagi. Kitorang gerak awal."

"Ohh, jom ah duduk dulu. Aku ada beli air lebih ni tadi." Plastik bag yang berisi beberapa air di dalamnya diangkat separas bahu. Amsyar dan Uzain mengangguk lalu mengorak langkah ke arah taman terhias indah disitu. Beberapa minit berlalu, perbualan mereka masih rancak. Pelbagai-bagai topik dibualkan. Dari langit ke celahan batu.

Light Of My life [C]Where stories live. Discover now