Jadikanlah aku lelaki yang menghormati perempuan, tidak merosakkan kaum hawa.Jika dia memang jodohku, dekatkanlah kami dengan cara Engkau, cara yang halal dan cara yang Engkau berkati. Jauhkanlah aku dari tenggelam dalam maksiat atau mencintai seseorang yang bukan milikku.
Jika Amalia Narnia sudah tercipta untukku, untuk menjadi isteriku, jagalah kami sehingga tiba masanya kami sudah dihalalkan. Simpankan lah hati dia untukku. Kuatkanlah dia, kuatkanlah hati dia.
Jika dia bukanlah untukku, jadikanlah dia wanita yang sempurna untuk suaminya kelak. Jauhkanlah dia dariku. Hilangkanlah rasa cinta dan sayang aku kepadanya.
Aamiin Aamiin Ya Rabba'al alamin.
Amsyar mengambil masa untuk berdoa kepada Ilahi, untuknya, buat ibu ayah, keluarga dan diakhiri dengan doa untuk Amalia. Carilah peluang untuk berdoa. Mintalah apa sahaja yang baik disisi Allah. In Syaa Allah, Dia akan memakbulnya.
Kerana kita tidak tahu ada lagikah masa untuk kita berdoa untuk hari esok? Malah, seminit nanti juga belum pasti ada buat kita. Bergantung pada kuasa dan ketentuan Allah akan lebih melapangkan hati kita dan menjalani kehidupan yang penuh ranjau dan cabaran ini.
Usai habis berdoa, Amsyar berdiri dari duduknya dan melipatkan sejadah dengan kemas. Meletakkannya di dalam almari surau itu. Adab berpinjaman.
Tok!
Tok!
Tok!
"Masuk," Sahut Amalia dari dalam bilik. Elok duduk bersila di atas katil. Amsyar masuk, pintu dibiarkan terbuka supaya orang di luar dapat melihat mereka. Dan dapat mengelak fitnah.
Amsyar melabuhkan punggung di kerusi yang tersedia di tepi katil Amalia. Senyuman mekar sentiasa diukir di bibir. Amalia mengerutkan dahinya tika Amsyar melangkah masuk. Eh, tak balik lagi ke mamat ini?
"Kau? Kenapa tak balik lagi?"
"Habis itu, tak kan saya nak tinggal awak sorang je kat sini?" Soal Amsyar kembali. Tidak sampai hati pula dia nak tinggal cik gadis dia ini, berseorangan.
"Kau ingat aku budak-budak ke? Aku tahulah jaga diri. Aku kenal jururawat kat sini." Hanya separuh nama jururawat yang Amalia ingat dan rapat. Sebelum ini dia selalu keluar masuk hospital macam hotel.
Semakin dia membesar, jarang dia datang. Meluangkan masa di sini. Melainkan atas tugasan dan berjumpa dengan ayahnya. Amsyar menggeleng perlahan. Masih terlekat kemas senyuman di bibirnya. "Saya tahu awak boleh jaga diri. Tapi, saya tak nak tinggalkan awak."
"For?"
"For me? Saya yang bawa awak ke hospital ini semalam. So, mestilah saya nak bawa awak pulang dengan selamat juga."
Amalia terdiam. Tak jemu ke nak jaga aku ini?
"Tak ada kelas ke? Suka ponteng kelas?" Tanya Amalia lagi. Mencuba untuk membuat Amsyar pergi. Bukan apa, Amsyar banyak sangat berbuat baik kepadanya. Sehingga dia tidak tahu membalas apa. Tambah pula, senyuman yang tidak pernah lekang di wajah Amsyar. Lagi membuat dia rasa berdebar.
Susah tahu tak nak kekalkan wajah kosong, nada beku. Dalam pada yang sama, hati berdegup rancak. Argh!
"Ada,"
"Habis itu tak pergi?"
"Pergi tapi kelas saya petang nanti. So, i have time with you right now. Jadi, fokus saya pada awak je lah." Sekali lagi, Amsyar tersenyum.
Amalia mengeluh, mengalah. "Fine."
"Bila aku nak keluar, semak lah dalam ni. Assignment banyak tak siap." bebel Amalia pendek. Walaupun dia baru sehari duduk dekat hospital. Ye lah, terperap je tak buat. Dinding tengok dia, dia tengok dinding. Bosan tahu tak?
YOU ARE READING
Light Of My life [C]
Romance[2021] Amalia Narnia | Amsyar Neezreeq . . Kerana satu doa menjadi jalan kebahagiaan. Pertemuan di kedai buku, menjadi salah satu sebab untuk dia ingin mengetahui Amalia lebih mendalam. Apabila Amsyar mengetahui mereka menuntut ilmu di tempat yang s...