"Wah! It looks beautiful!" Puji kekaguman Amalia pabila disapa dengan dada langit yang penuh dengan bintang-bintang berkelipan. Dari siang sampai ke malam mereka meluangkan masa bersama. Ingatkan, Amsyar ajak dia pulang ke rumah terus. Tapi, tak. Dia bawa Amalia singgah ke sini pula. Dengan pemandangan menakjubkan. MaSyaaAllah. Sangat indah.
Berjuta kalipun dia merenung langit sebegini. Memang tak akan puas. Tak akan jemu. Ini adalah pemandangan kegemaran dia dari kecil lagi. Kalau sebelum ini, dia menangis dengan hati kecewa kerana masalah kian memukul hidupnya. Tetapi kini, dia datang ke sini dengan hati yang gembira. Dengan senyuman. Dan juga bersama suami yang halal.
"Kita boleh nampak ciptaan Allah tak pernah tak cantik. Semuanya indah. I can see that." Ucap Amsyar. Wajah tenang Amalia diamati. Saya nampak dan saya percaya. Ciptaan Allah tak ada yang hodoh. Dan salah satu ciptaanNya yang membuat saya lebih percaya tentang ayat itu adalah awak. Allah SWT ciptakan awak tanpa cacat cela.
Dia tahu setiap kali Amalia keluar, pasti Amalia mahu ke pantai. Dia tahu tempat ini banyak kenangan buat Amalia. Dia tahu pantai banyak membantu Amalia untuk menenangkan hati dan jiwanya. Dia tahu betapa cintanya Amalia pada pantai dan pemandangan ini. Disebabkan itu, dia selalu bawa Amalia ke sini. Dengan melihat Amalia tersenyum, dia pun gembira.
Amalia menoleh menatap wajah Amsyar. Mereka dua tersenyum lebar. Kalau orang lain nampak senyuman manis ini, mahu diorang terkena penyakit diabetes. Kalau terfikir nak gabungkan senyuman mereka, jangan haraplah. 100 kilogram gula pun tak semanis senyuman mereka.
"Terima kasih sebab selalu bawa saya ke tempat macam ini."
Memahami. Itu yang Amalia boleh ucapkan. Lelaki yang mampu memahami sepenuhnya hanya satu dalam berjuta. Dia bersyukur. Dia dapat satu itu.
"No thanks, my love. There's much more things i want to show and do it for you. But still, they can't express how much i love you. Only Allah knows." Amalia hanya mampu membalas dengan senyuman. Setiap kali Amsyar berbicara sebegitu, dia tidak mampu berkata apa. Speechless.
Dia temu lelaki yang begitu tulus. Dari luaran atau dalaman, semuanya sempurna.
Amalia menyebam mukanya di dada bidang Amsyar. Menekapkan sekali dua tapak tangan ke dada itu. Amsyar memeluk erat tubuh kecil Amalia. Kepala diletakkan di tepi telinga Amalia. Sempat juga dia mengucup bahu isterinya. Empat mata mereka dipejam rapat. Dengan bunyi ketenangan ombak kecil di larut malam. Merasai kenikmatan yang dikurniakan dariNya.
Lagak mereka seperti tiada lagi manusia di dunia. Hanya mereka bertiga. Amsyar, Amalia dan Allah SWT. Rasa cinta dan sayang itu tak pernah habis. Tak pernah cukup. Dan tak pernah puas.
Merasai Amalia mula mengangkat kepalanya, Amsyar turut mengangkat. Mereka merenung ke dalam mata. "Saya tak akan sampai ke sini tanpa awak, Amsyar. Saya tak pernah henti berdoa kepada Allah SWT kerana awak. Awak banyak tolong saya. From sad me to happy me."
Luah Amalia dari hati. Dengan senyuman berterima kasih. Kehadiran Amsyar dalam hidup ini amat memberi kesan padanya. Memberi semangat. Mengingatkan tentang kekuasaan Allah SWT. Keadilan Allah SWT. Yang dia sendiri kerap lupa.
Dia yang banyak bantu Amalia memotivasi minda. Yang mengumpul kumpulan pemikiran untuk membentuk diri dan hidup yang lebih baik. Yang sentiasa mengingatkannya untuk terus berusaha. Kita inginkan hasilnya. Tetapi, Allah inginkan usaha. Usaha yang berterusan. Kalau dia sedih berpuluh tahun sekalipun, apa yang dia akan dapat? Hanya apa yang dia buat dalam puluhan tahun itu.
"Nah, sayang. Saya patut bersyukur Allah makbulkan doa saya." Sejak mereka bertemu, tak pernah tertinggal satu doa pun untuk Amalia. Sentiasa akan terlintas nama itu di dalam fikiran. Mengarahkan untuk letak di dalam doa.
![](https://img.wattpad.com/cover/280888641-288-k306583.jpg)
YOU ARE READING
Light Of My life [C]
Romansa[2021] Amalia Narnia | Amsyar Neezreeq . . Kerana satu doa menjadi jalan kebahagiaan. Pertemuan di kedai buku, menjadi salah satu sebab untuk dia ingin mengetahui Amalia lebih mendalam. Apabila Amsyar mengetahui mereka menuntut ilmu di tempat yang s...